Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah lama tak update blog. Ok, rindu nak menaip sebenarnya tapi sekarang dah terbatas sikit. Almaklumlah sekarang ni dah bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, dah 2 minggu bergelar isteri kepada seorang lelaki yg penyayang and of cos manja. :)
Orang kata 'love is sweet'.
Is it sweet like lolypop?
Tapi makan banyak lolipop boleh rosak gigi. hakhak~
Ok, dah mengarut.
Tapi betul cinta itu indah.
Its become sweet only after nikah.
Why?
sebab couple is totally HALAL after nikah.
"Rindu yg disubur-suburkan selepas nikah akan berbuah pahala yg tak sudah-sudah. Cinta terasa lebih indah selepas nikah" - Ustazah Fatimah Syarha
Dia lelaki yg aku tak pernah kenal sebelum ni. Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Kami disatukan dalam ikatan suci pernikahan. Kini kami masih lagi belajar untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan masing2. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Allah merancang dan mengatur apa yg terbaik buat kita.
Kadang-kadang rasa macam tengah bermimpi. Ada orang sayang, ada orang rindu, ada orang yg jaga kita. Ada orang yg akan imamkan kita bila solat. Rasa selamat sangat. Dulu masa bujang semuanya sendiri tapi sekarang ni semuanya berubah. Nak kena mintak izin suami untuk segala hal. Kalau dulu semuanya ikut kepala sendiri tapi sekarang semuanya berdua. Alhamdulillah sebab aku dikurniakan seorang suami yg memahami. Hai, bukan main liat lagi lidah ni nak panggil encik suami tu abang tapi akhirnya lepas seminggu kahwin dapat jugak panggil. Sabarnya dia layan kerenah aku ni. Terima kasih ye abang. hihihihi~
Encik suami..
Silalah bimbinglah diri ini menuju jalan-Nya kerana saya bimbang saya akan tergelincir dari landasan-Nya kerana saya cuma manusia biasa yg kadang-kadang alpa dan leka dengan nikmat dunia. Tolong lah sabar dengan kerenah-kerenah saya yg mungkin akan menguji kesabaran abang suatu hari nanti. Tolong dahulukan umi dan abah dulu sebelum saya ye kerana pada mereka terdapat syurgamu. Biarlah cinta yg mula berputik ini akan terus mekar hanya kerana-Nya. InsyaAllah.
HeartNote: Now you already be my husband and I will give all my life to you, In The Name of Allah. Indahnya cinta aturan Allah, Subhanallah. Semoga kita bercinta hingga ke jannah-Nya. InsyaAllah. Semoga Allah redha.
Keep Isitqamah (^___^)