Saturday 5 October 2013

Dad, I will get married

Bismillahirahmanirrahim..

Ting...Ting... Kini menghitung waktu demi waktu untuk menggalas tanggungjawab besar bergelar seorang isteri. Ayah, adakah anakmu ini mampu untuk menggalas tanggungjawab tersebut? Sungguh, kak rindu ayah. Rindu untuk dipeluk, rindu untuk menangis di bahumu melepaskan segala beban yg berada dalam kepala tika ini. Kalau ayah masih di sini mungkin ayahlah orang yg paling sibuk menguruskan segalanya. Sungguh, aku rindu pada seorang lelaki yg bergelar seorang ayah tika ini.

Ayah, kak telah khatam Quran dengan jayanya. Alhamdulillah. Ayah selalu kata dulu, kita akan adakan majlis khatam Quran untuk kak. Sejadah yg ayah beli lama dulu untuk guru mengaji telah selamat kak bagi bersama2 sepasang telekung sembahyang. Tidak ada majlis, tidak ada pulut kuning yg selalu ayah angankan. Maaf. Kak hanya khatam Quran disaksikan Allah yg akan menjadi saksi bahawa seorang guru itu berjaya mengajar anak ini mengenal ayat2 Allah dan mengamalkannya sehingga sekarang. Alhamdulillah. InsyaAllah.

Masih banyak perkara yg belum selesai. Rasa macam tak cukup tangan nak selesaikannya sendirian. Namun di saat itu, Allah menghantarkan kepada anakmu ini ramai pembantu2 untuk meringankan beban. Begitu banyak bantuan yg diterima untuk majlis kesyukuran ini. Semuanya begitu mudah. Allah memudahkan segala urusan anak yatim ini. Sungguh kasih sayang Allah tiada tandingnya. Tidak dibiarkan anakmu ini sendirian melakukan segalanya. Alhamdulillah, terima kasih Allah. 

HeartNote: Kepada semua sponsor2 tudung, pelamin, langsir, makanan untuk majlis tahlil arwah dan majlis kesyukuran yg akan berlangsung nanti, terima kasih banyak2 dari kami sekeluarga. Semoga Allah mengurniakan kalian dengan rezeki yg melimpah ruah. Sungguh anak ini terharu. Moga Allah redha.

Keep Istiqamah :)

No comments:

Post a Comment