Thursday, 28 June 2012

No words

Terjawab sudah....
akhirnya begini pengakhirannya.
Kuatkah hati??
Senyap.
Tiada jawapan.

Hati...
Kau harus redha menerima segalanya.

Lari.....sejauh-jauhnya.
Selagi mampu.
Sedarlah kedudukanmu di mana.

Tidak seharusnya aku bertanya kenapa ini semua terjadi.
Kerana ini adalah rahsiaNya.

Tergamam.
Senyap.
Setitik demi setitik.
Ia gugur lagi.
Titik.

Keep Smile (^_^)

Tuesday, 19 June 2012

Cukup sudah

Penat.
Sedih.
Sebak.
Sakit.
Bercelaru.
Bukan sekali difitnah, sudah berulang kali.
Terduduk.
Esakan makin kuat.
Air mata makin laju menuruni pipi.
Kuatkah aku?
Tabahkah aku?
Hilang segala semangat yang tersimpan.
Pelukan ibu makin kuat terasa.
Kekuatan dari ibu mula terasa.
Menghentikan tangis yang menggila.

Fitnah kali ini makin membuatkan diri berada di awang-awangan.

Kata ibu : "Kak, ingat..orang beriman Allah sentiasa uji. Nok tengok adakah kita sabor. Bukan mudoh untuk menerima ujian, hanya orang yang Allah pilih saja. Ujian yang Allah bagi ni akan mengangkat darjat kita lebih tinggi di sisi Allah. Sabor deh. Mok sentiasa percaya anok mok. "

Alhamdulillah. Terima kasih ibu kerana sentiasa bersama kak dalam apa jua keadaan. Sentiasa percaya anak mak tak pernah melakukan perkara yang dilarang Allah. Anak mak ni sentiasa ingin menjadi anak yang baik, muslimah yang baik kepada keluarga, agama dan negara.

Ya Allah, ajarkan aku erti REDHA
tentang segala apa yang telah
ditetapkan olehMu.....


***********************************************************************

" Memfitnah lebih buruk bahayanya daripada membunuh.."
Tak takutkah kita pada Allah?

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Oleh itu dosa fitnah termasuk dalam dosa sesama manusia. Maka dosa fitnah tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun dari orang yang difitnah. Namun kini, menyebarkan fitnah seolah-olah perkara kecil bagi manusia sekarang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Keep Smile (^_^)

Friday, 15 June 2012

Rindu

Hari bapa makin menjelang.
Rindu pada seorang lelaki bergelar ayah makin menggunung.
Namun semuanya tidak terluah.
Tersimpan jauh di sudut hati.

****************************************************************

Mata tiada tanda-tanda ingin lelap.
Fikiran menerawang jauh mengingati semua kenangan bersamanya.
Bagaikan semalam semua itu berlaku.
Terasa dia ada bersama aku.

*****************************************************************

Cepatnya masa berlalu.
Rupanya telah 1 tahun 7 bulan dia meninggalkan aku.

*****************************************************************

Saat ini aku rindukan lelaki itu..
Lelaki itu yang kurindu dalam setiap diamku di rumah. Entah sedar ataupun tidak saat ini aku benar-benar memerlukannya. Lelaki itu, yang tampak riang dalam sedihnya, tampak tenang dalam setiap kesulitannya, tampak bijak dalam setiap permasalahannya.
Ya, aku rindu dia...
Ya Allah ingin rasanya kau hadirkan dia lagi dalam bingkai kehidupanku. Namun aku tahu itu tidak mungkin akan terjadi.
Dia yang selalu tersenyum di kala aku gundah, yang selalu setia di saat aku tidak terarah dan selalu melindungi di saat aku tenggelam dalam kebodohanku. Lelaki yang senang diajak berbincang tentang apa saja masalah termasuklah cinta.

Rindu ini makin menggunung...
Bagaikan dia ada disetiap hembusan nafas.
Aku rindu dihantar sampai ke terminal, ku rindu dijemput saat tibanya di terminal.
Aku rindu menunggunya saat dia pulang dari tempat kerja.
Ya, aku rindu..
Rindu pada seraut wajahnya. Walaupun sudah dimakan usia namun tetap kacak di mataku.
Entah sampai bila aku akan merinduinya tapi ia terubat bila aku mula berdoa kepadaMu.
Memohon belasMu agar mengampuni segala dosanya, menghapuskan segala khilafnya, menerima segala amal baiknya dan tempatkan dia bersama kekasihMu.
Aku tahu aku bukanlah anak yang solehah yang boleh menjadi tauladan bagi orang lain, namun aku berharap aku akan menjadi lebih baik dan menjadi orang yang selalu rindu padanya sehingga aku terus berdoa padaMu.
Ya Allah, aku rindu ayahku..


Keep Smile (^___^)

Wednesday, 13 June 2012

Kau dan Aku


Kau dan aku
Dunia kita berbeza
Perbezaan antara kita terlalu ketara
Namun perbezaan itu mengukuhkan lagi persahabatan kita


Kau dan aku
Kita saling melengkapi
Disetiap kali aku terjatuh dan pilu
Kau sentiasa memberikan semangat untuk aku
Tapi semuanya itu dulu

Kau dan aku
Antara kita jarak kini memisahkan
Aku di pantai timur kau pula di pantai barat
Namun tidak pernah sesekali aku lupakan

Kau dan aku
Antara kita tercipta 1001 kenangan
Yang tidak mungkin aku lupakan
Kerana ia anugerah terindah yang Allah berikan

Kau dan aku
Kita semakin matang dalam menilai kehidupan
Semakin matang dalam membuat keputusan
Kerana masalah telah mematangkan fikiran

Kau dan aku
Kau harus tahu
Kau sentiasa ada aku di sisi
Walaupun kini kita jauh beribu batu
Namun kau tetap kuingati

Kau dan aku
Aku tahu kini aku hanyalah persinggahan
Namun tidak bermakna terputus persahabatan
Kerana persahabatan ini terlalu indah aku rasakan

Kau dan aku
Aku rindukan kau yang dulu
Kau yang sentiasa mengambil berat akan diriku
Namun semuanya telah menjadi debu
Di bawa angin lalu

Kau dan aku
Kita cuma pelakon di pentas dunia ini
Tiada apa yang kekal abadi
Kecuali Allah Rabbul Izzati
Jadi bersyukurlah atas apa yang dimiliki


Yang aku harapkan semoga ikatan persahabatan ini tidak akan pernah putus walau sesulit manapun keadaan kita kini. Semoga Allah merahmati perhubungan ini. Doaku sentiasa mengiringimu wahai sahabat.

Keep Smile (~_^)

Sunday, 3 June 2012

Yang tinggal kini

Ya Allah...
Aku letih.
Aku penat.
Aku lelah.
Menghadapi situasi yg sama sekali lagi


Ke mana hilangnya sabar..
Ke mana hilangnya tabah..
Ke mana hilangnya semangat..
Ke mana hilangnya kebahagiaan..

Kini yang tinggal hanyalah amarah..
Kini yang tinggal hanyalah pilu..
Kini yang tinggal hanyalah kesedihan..
Kini yang tinggal hanyalah tangisan..

Ke mana arah yang harus di tuju
Ke mana harus kaki ini melangkah
Ke mana harus diri ini ku bawa
Kerana kini langkah kembali songsang

Apa yang harus dilakukan
Apa yang harus aku fikirkan
Apa yang akan terjadi selepas ini
Apa yang akan tinggal selepas ini

Ya Allah...
Aku buntu.
Bantulah hamba-Mu yang hina ini.
Tunjukkan aku arah menuju jalan-Mu
agar aku tidak terpesong dari agama-Mu
Kurniakan aku kesabaran agar aku dapat bertahan
Kembalikan semangat yang makin menghilang
Hanya pada-Mu aku bergantung.

Keep Smile (~_~)

Friday, 1 June 2012

Aku perlukan DIA

Di keheningan pagi
Sejadah aku hamparkan di celah-celah kegelapan malam
Membawa diri yg hina ini menghadapNya
Diri ini begitu kerdil di hadapanNya
Diri ini yg terlalu banyak khilaf dan dosa

Waktu yg berlalu begitu cepat aku rasakan
Waktu yg tidak akan pernah kembali lagi
Waktu yg tidak dapat diundur lagi
Telah ku tinggalkan tanpa sebarang amalan kepadaNya
Waktu yg banyak terisi dengan dosa antara sedar atau tidak

Kuhabiskan sisa-sisa malam dengan terus membasahkan bibir ini 
mengingatiNya, beribadat kepadaNya
Pasrah dan menyerah akan diri yg terlalu penuh dengan noda dan dosa
Noda-noda yg membuatkan hati ini keras dari mengingatiNya

Kuhadapkan hati menghadapNya
Ku biarkan jiwa ini 
Bebas sebebasnya
Ku lepaskan hati yg selama ini merantai jiwa
Hanya kepadaNya aku berserah

Perasaan yg kerap kali aku layan
Perasaan yg sepatutnya aku tinggalkan
Aku lepaskan sewaktu sujudku kepadaNya
Aku berusaha menjernihkan minda
Melapangkan hati
Menyerah segalanya padaNya

Aku ceritakan segalanya dalam doaku
Aku luahkan segala yg terbuku di hati
Sesungguhnya hati ini terlalu sakit
Terlalu pedih
Kerana tidak sepatutnya rasa ini menghantuiku

Kulafazkan pengakuan demi pengakuan
Sesungguhnya apa yg terjadi bukan kehendakku
Adakah ia anugerah dariNya atau mainan syaitan semata-mata
Akan ku bebaskan diri dari dibelenggu rasa ini 
kerana ia menyesakkan ku

Di kala ini aku dambakan kasihNya
KeredhaanNya, KerahmatanNya
Aku dambakan keampunanNya
Layakkah aku untuk meminta kepadaNya
Kerana tanpa aku sedari diri ini selalu melupakanNya

Nikmat duniawi seringkali membuat diri ini alpa
Dunia yg terlalu banyak dengan tipu daya
Dunia yg penuh dengan kepura-puraan
Diri ini terlanjur melakukan khilaf tanpa disedari
Diri ini engkar tanpa disedari

Aku hambat pergi segala urusan duniawi
Yg mengurung aku di lembah nafsu
Yg seringkali merantai hati ini dari keinsafan
Yg mengeraskan hati ini dari mengingatiNya

Dialah satu-satunya tempat untuk mengadu
Dialah satunya-satunya tempat untuk bergantung
Dialah pelindung di kala kecelakaan menimpa
Dialah pemberi di kala diri ini memerlukan
Dialah pengingat di kala tipu daya duniawi memenuhi diri
Kerana Dialah satu-satunya yg berhak disembah

Aku bertafakur di sepertiga malam ini
MentauhidkanNya
Hanya kepadaNya
Hanya keranaNya
Kerana yg aku perlukan hanya Dia

Aku lepaskan segala kepura-puraan duniawi
Dunia yg penuh kepalsuan
Aku rapatkan dahiku menyentuh sejadah
Agar keinsafan sentiasa di hati
Bahawa sujudku hanya untuk Illahi

Kerana Dia
Nafas ini masih dapat ku sedut
Kerana Rezeki dariNya
nasi yg disuap masih lagi masuk ke mulut ini
Kerana Ihsan dariNya
Nadi terus berdenyut buat diri ini

kerana Dia
aku masih terus kukuh berada di sini
Kerana Dia 
Iman masih lagi menapak di hati ini
Kerana Dia 
Kesabaran masih lagi dalam genggaman
Kerana yg aku perlukan hanyalah Dia



(^_^) Keep Smile