Saturday 14 July 2012

O tanjō-bi omedetōgozaimasu

Alhamdulillah. I'm 26 already. Sungguh cepat masa berlalu. Bermakna bertambah lagi usia. Cuba flashback balik ape yang telah terjadi selama 26 tahun ni. Suka. Duka. Pahit. Manis. Masam. Masin. Tawar. Gembira. Sedih. Semuanya ada. Cukup lengkap Allah bagi. Alhamdulillah.

Jalan hidup ini indah sangat. Ceritanya ditulis oleh Allah dan aku sebagai pelakonnya. Langsung tiada cacat cela kerana Allah Maha Sempurna so jalan ceritanya semuanya sempurna. There are no error or mistakes. Ceritaku yang selama ini dipenuhi dengan kegembiraan, tangisan. Jatuh bangun semuanya ada. Perfect kan? So siapalah aku untuk mendustakan nikmat yang telah Allah berikan.


Walaupun dah 26 tahun hidup namun rasanya baru beberapa tahun aku mengenal erti hidup. Baru terasa yang hidup ini begitu bererti. Baru beberapa tahun aku mengenal-Mu. Umur yang boleh dikira sebagai baru nak belajar bertatih. Kini cintaku padaNya mula bertasbih. Walaupun di saat itu kesakitan yang dirasakan namun aku tahu Kau tak pernah jauh menjadikan aku lebih tegar untuk melangkah. Menjadikan aku lebih kuat dalam menghadapi segalanya. Dan aku tetap memilih jalan yang telah Kau sediakan untukku. Tidak pernah sesekali berfikir untuk berundur. Semoga aku terus istiqomah di jalan-Mu. Sebak. Tangisan itu menyedarkan aku tentang kebesaran-Mu Ya Allah.

Nak dapat syurga bukan mudah kan?? Bila ditanya samada syurga or neraka yang menjadi pilihan semestinya syurga yang akan dijawabkan? Namun apa yang kau buat di dunia ini untuk memperoleh syurga?
Beringat kepada diri jangan judge orang lain dengan mata kasar kerana pandangan mata selalu menipu. Kita semua adalah sama di mata Allah. Yang membezakan hanyalah amal kita.

Bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk membahagiakan orang-orang di sekeliling walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan diri sendiri namun itu semua sudah cukup untuk membuat aku tersenyum bahagia. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan aku.

Hope dengan masuknya umur 26 ni, i will be more matured. Tidak semua apa yang kita nak kita akan dapat. Berusaha untuk mendapatkannya bukan menunggu untuk dapat. Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya melainkan hambaNya berusaha untuk mengubahnya. Wallahualam


Keep Smile (^_^)


No comments:

Post a Comment