Sunday 24 February 2013

Jawapan sebuah persoalan

Menongkat dagu mengusir sepi
Memikirkan apa yang terkandung di hati
Termenung aku sendiri
Kerana hati telah diracuni

Hati bertalu melontarkan pertanyaan
Otak mula ligat mencari jawapan
Apakah kini yang dirasakan
Adakah hanya satu permainan

Dalam diam hati ini telah dicuri
Dalam diam hati mula menyukai
Dalam diam aku mula menyendiri
Dalam diam aku mula merindui

Kerana dalam diam tersimpan kekuatan
Kerana dalam diam tersimpan harapan
Kerana dalam diam tersirat satu perasaan
Mungkin saja akan jadi kenyataan

Namun aku takut ianya satu dosa
Aku takut ianya satu permainan semata
Hadirnya tidak aku duga
Di saat aku ingin mencari redha-Nya

Berkali Engkau pertemukan kami
Berjalan berselisih bahu memang terjadi
Engkau letakkan kami di tempat yang sama
Namun tidak pernah sekali bertegur sapa

Takdir-Mu melebihi segalanya
Kami bertemu juga akhirnya
Ia berlaku tidak ku pinta
Namun sudah tersurat segalanya

Tidak pernah terlintas di fikiran
Kami mula berkenalan dan berkawan
Padahal sudah sekian lama berpandangan
Kerana Allah kami dipertemukan

Aku mula merindui
Dalam diam aku mengasihi
Aku memohon kepada-Nya diberikan kekuatan
Terasa perit apa yang dirasakan

Selesa bergandingan sebagai teman
Itu yang kami rasakan
Kerana antara kami tiada ikatan
Biar Allah yang menentukan

Cinta Allah yang perlu kami dapatkan
Dengan cinta-Nya kami hidup
Kerana cinta-Nya yang kami dambakan

Namun kini tersingkap jua jawapannya
Takdir-Mu melebihi segalanya
Bukan dia jodoh yg ditunggu
Bukan juga bakal imam yg dicari
Kerana kini dia telah dimiliki

Walau bukan ini yg dipinta
Namun segalanya telah tertulis oleh-Nya
Aku redha mengikhlaskan segalanya
Melepaskan segala rasa yg terkurung sekian lama
Kerana ini adalah dari-Nya

Ku usir pergi sebuah kesedihan
Kepada-Nya aku serahkan hati
Memohon kekuatan untuk bangkit kembali 
Dan yakin dengan janji-Nya
Masanya akan tiba jua nanti



Namun....
Aku bersyukur dengan rasa ini
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia
Dia membuat aku mencari-Nya
Dia membuat aku lebih cintakan-Nya
Hatiku tenang saatku mengadu pada-Nya
Sesungguhnya DIA sebaik-baik pendengar
Dan kini cintaku pada DIA melebihi segalanya


Keep Smile (^_^)

2 comments: