Sunday 10 March 2013

Sebuah perjalanan

"Datangku tidak diundang, hilangku takkan dicari"-Dia

"Bukan tak diundang bukan jua tak dicari, tapi tanggungjawab membatasi segalanya"-Senor

"Awak adalah teman, sahabat, kawan, kakak, adik yang paling rapat dan paling dekat dengan saya"-Dia

"Kamu adalah sahabat, kawan, musuh, teman, adik dan juga abang buatku"-Senor

Nonsense.
Because of her, you lost yourself. What have you done?? Sesuatu yg tak pernah terfikir dek akal langsung.

Mana perginya iman?? Sudah terbangkah ia?

Hidup kita sama. Kehilangan demi kehilangan kita rasakan. Kehilangan orang2 yg kita sayang, terlalu pedihkan? Siapa tak sedih tapi segalanya adalah milik Allah. Dia meminjamkan mereka kepada kita buat sementara waktu. Adakah dengan meratap dan berbuat sesuatu yg buruk akan mengembalikan mereka kepada kita?? Sesekali tidak. Ikhlaskan hati melepaskan segalanya kerana ini yg tersurat dan yg tersirat akan terbentang bila tiba masanya. Bersabarlah.

Kita hilang seseorang kerana memang dia milik Allah. Tiada sesuatu pun atas dunia ni adalah milik kita. Without Allah we are nothing. So kenapa nak menyeksa hati dan diri kita kerana kehilangan seseorang. Semua orang akan merasai kehilangan, tiada siapa terkecuali.

Tapi takkan disebabkan itu kita berubah menjadi lebih buruk sedangkan kita tau Allah sedang menguji. Ada hikmah disebalik tiap dugaan yg diberi-Nya. Bukan saja2 Allah nak uji kita melainkan untuk mengangkat darjat seseorang. Celik mata dan pandang pada mereka di sekeliling, bukankah mereka juga menyayangi kita? Kita kehilangan ayah tapi kita masih ada ibu. Kita kehilangan seseorang tapi kita masih ada adik beradik yg sentiasa di sisi. Bersyukurlah dengan apa yg kita miliki.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada apa diri mereka." -Surah Ar-Ra'd ayat 11

Kita sama2 ingin berubah ke arah lebih baik. Bukan semata2 untuk mendapatkan jodoh yg baik tapi untuk mendapat keredhaan Allah. Kita tidak pernah tahu bila masanya kita akan pergi menyusul ayah kita. Memang kita terlalu rindukan dia. Terlalu rindu.

Berubahlah kerana kita ingin berubah bukan kerana orang lain. Dan yg penting berubahlah kerana Allah. Kalau kita berubah kerana orang lain perubahan itu tidak akan kekal lama.

Sesukar mana hidup kita mungkin ada yg lebih sukar diluar sana. Sepatutnya kita bersyukur kerana masih lagi bernafas untuk beribadat dan beramal kepada Allah.

Kau hadir tika aku memerlukan teman
Kau hadir menghulurkan tangan dikala aku kebuntuan
Kau hadir memberikan kata2 semangat
Kau sanggup menjadi kertas A4 untukku melukis segala macam kegembiraan dan kesedihan
Because of that I love you my friend. Lillahi Ta'ala.
I miss the old of you.

Keep Smile (~_^)v


No comments:

Post a Comment