Sunday, 25 August 2013

Tentang seorang ayah


Seorang ayah tidak seperti seorang ibu. Ayah jarang memperlihat kasih sayangnya namun tanpa kita sedar seorang ayah amat mengasihi anaknya. Ibu yang sinonim dengan kelembutannya dan ayah lebih sinonim dengan ketegasan. Tapi disebalik ketegasan itulah yg terselit kasih sayang seorang ayah buat anak-anaknya.

Anak....
Benar ayahmu tidak mengandung,
tapi darahnya mengalir dalam badanmu,
juga namanya berada di belakang namamu.
Benar ayahmu tak melahirkanmu,
Tapi suaranya lah pertama menghantarmu pada Tauhid ketika kau lahir.

Anak...
Benar ayahmu tidak menjagamu setiap saat,
tapi tahukah kamu dalam doanya selalu ada namamu disebut.
Tangisan ayahmu mungkin tak pernah kamu dengar kerana dia ingin terlihat kuat agar kamu tak pernah ragu untuk berlindung dibelakangnya dan dadanya ketika kau merasa tidak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tidak seerat dan sehangat ibumu namun ini kerana kecintaanya dia takut tidak sanggup melepaskanmu suatu hari nanti.
Dia ingin kamu berdikari agar ketika dia tiada kamu dapat menghadapi semuanya sendiri.

Ketahuilah bahawa...
Cinta seorang ayah kepadamu sama besarnya cinta ibu terhadap kamu.
Pada diri ayahmu juga terdapat syurga bagimu.
MAKA HORMATILAH DAN SAYANGILAH AYAHMU..

"Jagalah selalu kecintaan dari ayahmu dan janganlah engkau memutuskannya kerana yang demikian lalu Allah SWT akan memadamkan cahaya daripadamu" (HR Bukhari)



HeartNote : Al-Fatihah buat ayahanda tercinta. Di saat ini anakmu ini sedang merinduimu dan memerlukanmu di sisi. Namun Allah lebih menyayangimu. Love u Dad, Lillahi taala. Semoga Allah redha.

Keep Istiqamah :)


Friday, 23 August 2013

Hadiah dari Allah

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, bersyukur ke harat Illahi kerana dengan limpah kurnianya selamat berakhirnya majlis pernikahan my sis different mom and dad dan pertunangan diri sendiri. Alhamdulillah selamat semuanya. Dia dah berkahwin aku pulak dah bertunang. Tak pernah tercapai dek akal aku akan bertunang.hahaha~ Ngigau ke ni? tampar skit pipi. Auch..sakit..so aku tak mimpila. dah datang sengalnya.kahkah~ Tak pernah bermimpi pun lepas adik kawin aku pulak bertunang. And sebulan lebih lagi aku bakal mengikut jejaknya. Alahai, ciputnya masa. Orang lain wat persiapan kawin berbulan2 aku ni sebulan jek. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh-Nya. 


Segalanya dipermudahkan oleh Allah. Still rasa tak percaya. Sekejap sangat. First dia tengok terus dia kata nak datang merisik, mulanya payah untuk aku terima. Istikharah memberi jawapan kepada persoalan and alhamdulillah sekarang dah bertunang. Sebulan lebih lagi insyaAllah nikah. Cepat sangat. Betulla, Allah akan bagi bila tiba masanya. Kadang2 dengan orang yg langsung kita tak kenal atau langsung kita tak duga. Allah memang akan bagi apa yg kita perlukan. Indahnya percaturan Allah. And alhamdulillah, walaupun dia tak hensem sangat tapi dia baik. Bukan senang nak cari lelaki yg baik sekarang ni. Aku bukan mencari si hensem untuk dibuat suami tapi seseorang yg akan memimpin tangan ini menuju ke jannah Allah. InsyaAllah. Kita bercinta lepas kawin. Katanya. hahaha~ Itu yg aku nak sebenarnya. And ini adalah hadiah dari Allah buat seorang aku yg tak punya apa-apa pada bulan Syawal ini. Hope segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya. 

Kepada awak yg bakal menjadi pendamping saya, terima kasih sebab buat saya rasa bertuah sangat. hahaha~ Awak hargai saya sebagai seorang wanita islam. InsyaAllah, saya akan cuba menerima kehadiran awak. Cuma satu saya nak awak tahu yg saya memang takde kelebihan bahkan penuh dengan kekurangan. Semoga awak dapat menerima segala kekurangan saya ni. Semuanya adalah kerana DIA. InsyaAllah.

Kepada kawan2 yg telah menamatkan zaman bujang di bulan ini aku ucapkan tahniah dan semoga bercinta hingga ke syurga sana. 

p/s : Allah knows the best for us. Just pray for a good life. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar. Cepat atau lambat setiap orang mempunyai jodoh masing2. Yakinlah dengan semua janji Allah. Semoga Allah redha.


Keep Istiqamah :) 


Friday, 16 August 2013

Allah ajarkan aku untuk tersenyum

Ketika kita menempuhi onak duri dunia, derita sekali sekala menjengah diri..
Hati remuk pecah berderai, kesedihan terus bersemadi jauh di lubuk hati..
Ketika itu tiada lagi kesabaran, mutiara jernih mula gugur.
Namun jauh disebalik semuanya,
Terselit 1001 hikmah..
Kerana semuanya adalah aturan-Nya
Apa yang diaturkan Dia adalah yang terbaik
Adakala kita gembira,
Adakala kita berduka,
Adakala kita menangis,
Adakala kita ketawa,
Aturan-Nya bukan pilihan kita. 
Jangan dirisau
Kerana Allah itu Tuhan kita
Dia Yang Maha Luas kasih sayangnya
Tidak akan sesekali membuat hamba-Nya menderita.
Percayalah,
Dia tidak menduga hamba-Nya
Melainkan untuk melihat hamba-Nya tersenyum

You don't know everything but Allah knows.
Allah memberi apa yg kita perlukan
bukan apa yg kita mahukan.

HeartNote : It's seems difficult for me to accept this but I will try because I know that Allah will always with me. The old me please come back. I need you now. Hati teruslah bertahan. Redhalah dengan segala yg telah Allah berikan ini. Semoga semuanya dipermudahkan. Ya Allah, ajarilah aku untuk terus tersenyum (~_^)v


Keep Istiqamah :)



Thursday, 15 August 2013

Satu hari di hari mulia

Bismillahirahmanirahim...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Alhamdulillah kita masih lagi dapat mengecapi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ni. Bersyukur kerana masih lagi diberi peluang oleh-Nya untuk mengunjungi saudara mara dan sahabat handai. Hulurkan tangan berjabat mesra memohon maaf sesama kita. Hal lepas biarlah berlalu, jangan disimpan di dalam hati. Itu satu kunci mendapat kebahagiaan dalam hidup.

Syawal ini menyaksikan seorang aku yg telah dirisik untuk seorang lelaki yg aku tak berapa kenal. Kita bercinta lepas nikah. Itu katanya. Aku rasa macam dalam mimpi pulak. Tak pernah sangka keadaan macam ni. Tak pernah terpikir dek akal langsung. Tidak menyesalkah aku dengan keputusan yg telah aku ambil? Aku tak boleh memilih untuk menolak kerana seorang ibu. Wajah kegembiraan terlukis di wajahnya sebaik saja aku kata aku akan terima walau aku dalam dilema. Ya Allah, hanya padaMu aku mengadu. Aku memilihnya kerana-Mu. Kerana agama yg ada pada dirinya. Jadikan aku hamba-Mu yg bersyukur dengan segala apa yg telah Engkau kurniakan. 

Yahoo..adik nak dapat abang ipar. Adik menjerit aku pulak rasa macam nak menangis. hahaha~ Mak!!!! Tak nak kawin lagi..hukhuk~ Dan dalam sebulan lebih lagi status bujang akan turut berubah kepada isteri orang. Terlalu cepat kan. Rasa macam pantas sangat semua ni berlaku. Dia tak kenal aku, aku tak kenal dia tapi katanya dia yakin aku jodohnya yg telah tertulis di Luh Mahfuh. Seandainya dia yg bakal menjadi imamku, bukakanlah pintu hatiku untuknya Ya Allah. Engkau Maha Mengetahui segalanya. Aku redha.

Ya Allah, Engkau telah kembalikan keluargaku yg dulu. Rumah makin riuh rendah dengan gurauan adik-adik. Sejak kami berbaik ada saja usikan nakal yg kedengaran dari mulut mereka y tak berapa nak comel tu. hahaha~ Tapi satu yg aku tahu. Aku bahagia. Rasa macam kat taman yg ada banyak bunga sakura je.kikiki~ Hati pun dah jadi kuat macam bumblebee. Alhamdulillah. Allah beri apa yg kita perlukan bukan apa yg kita mahukan. Semoga keadaan ini berterusan. 

Dan kepada awak yg bakal menjadi imam saya,
Saya harap awak akan bersabar dengan perangai kebudak-budakan saya ni yer. hahahaha~ Semoga awak dapat menerima segala kekurangan saya ni sebagaimana saya cuba untuk menerima diri awak seadanya. Macam yg awk kata, takde sape yg sempurna dalam dunia ni. Kita sama. Bimbinglah saya yg masih merah dalam agama ni agar saya sentiasa di landasan yg betul. Terima kasih kerana sudi menerima diri saya yg serba kekurangan ni. Chewah ayat!! Tak boleh blah langsung.hahaha~ Jangan marah ye, sebab bakal isteri awak ni perangainya gila-gila tapi tak sampai jadi gila. Jangan bimbang. hohohoho~ Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami.   

HeartNote : Semoga kita dapat menutup aurat dengan sempurna pada Aidifitri ini dan hari2 mendatang. Jangan jadikan hari kemenangan kita sebagai hari kita menempah tiket ke neraka sebaliknya jadikan hari kemenangan kita sebagai tiket ke syurga Allah. Ayah, anak perempuan ayah akan kawin tak lama lagi. Impian kak nak ayah yg jabat tangan menikahkan kak tak kesampaian. I love u and miss u Dad.
Taqabbalallahu minnan waminkum. Kullu'am wa antum bikhair. Selamat Hari Raya.


Keep Istiqamah :)

Wednesday, 7 August 2013

Meniti hari terakhir

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnya kita sampai ke hari akhir Ramadhan untuk tahun ini. Terasa sayu untuk meninggalkan bulan yg penuh barakah ini. Sangat pantas masa berlalu. Dalam sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung Ramadhan.

Sekejap saja rasanya Ramadhan meninggalkan kita dan Syawal bakal menjelma esok hari. Moga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun akan datang. InsyaAllah.

Sama2 kita bermuhasabah. Apakah kita merasa gembira untuk meninggalkan Ramadhan? Di saat malaikat2 dan semua makhluk yg cintakan Allah menangisi pemergian bulan yg paling mulia ini. Allahuakbar. Ya Allah ampuni lah dosa kami.

Alhamdulillah semalam berakhirnya solat terawih dan hujan turut membasahi bumi Wakaf Tengah ni. Walaupun dalam hujan masih ramai yg berjalan menuju ke surau untuk solat terawih berjemaah untuk kesekian kalinya. Semoga semua amalan kita diterima oleh-Nya. InsyaAllah.

Heartnote : Tak susah untuk mulakan perubahan yg baik tapi apabila hendak beristiqamah itu yg memerlukan pengorbanan yg besar. Semoga Allah redha. Tahun ni tahun ke 3 beraya tanpa ayah. Al-Fatihah. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.


Keep Smile :)