Monday 14 May 2012

Fuhhhh

Keletihan mula melanda kebelakangan ni. Dah seminggu rasanya jari tidak menari di blog yang comel ini. Comel la sangat kan...hihihihii~~

Rasa nak demam tapi alhamdulillah bangun pagi hilang kalau tak, tak dapek la den g khojo.hihihi~

Hari minggu ni terlalu banyak aktiviti. Paginya ke majlis ilmu dan berkawan bersama makcik-makcik, so jadi la makcik.matang sikit bak kata along aku.hihihi~ Tapi yang tak syoknya bila diselitkan dengan sedikit cerita politik. Gua tak suka politik la der.. Almaklumla pilihan raya makin menjelmakan diri mengempen la diorang ni.hahaha~ Aku???? Tetap atas pagar. kahkah~

Petang pulak habiskan masa bersama teman-teman tersayang kat pantai, berkongsi cerita-cerita menarik tentang diri,tentang family dan tentang persekitaran. Topik kawin tu tak terlepas la, almaklumla semuanya dah 26 tahun tapi kami masih lagi single mingle manakala yang lain sudah mendirikan rumah dan membina tangga.kihkih~~ Terima kasih Emah, Izzati dan Noraini sebab melayan aku yang gila-gila ni. hakhak~

Masa di rumah hanya seketika saja namun tidak menghalang kami untuk bergurau senda. Telatah abang dan adik yang mencuit hati walaupun letih tetap girang bergelak ketawa. Itulah along, kak dan adik. Ber-adik beradik semuanya lelaki ni paham-paham jerla, pening kepala kadang-kadang tu tapi tetap menjadi kesayangan..hihihiihi~ Kerana arwah ayah, along dan adik-adik adalah lelaki-lelaki yang begitu penting dalam hidup ini. Cewahhh!!! Bermadah pujangga pula.hahaha~

Setelah start bekerja ni hidup pun busy la, malam pun terpaksa bekerja apabila diperlukan kerana buat masa ini rezeki makin bertambah-tambah. Alhamdulillah, walaupun hanya kerja-kerja biasa saja tapi ini adalah rezeki buat masa sekarang, kita grab je peluang yang datang. Walaupun sedikit lari dari bidang akaun namun tetap mempunyai kesamaaan iaitu bermain dengan 'pitih'. Cuma tak buat akaun je, kalau tak masaklah. Syukur kepada Allah kerana diberikan kepercayaan sepenuhnya. Agak takut jugak bila seseorang terlalu percayakan kita. InsyaAllah, Allah will always be there. Terima kasih kepada 'someone' yang sentiasa mengingatkan supaya memegang amanah dengan baik. InsyaAllah.

Kepada kawan-kawan yang tertanya-tanya keadaan diri Cik Onn sekarang ni, alhamdulillah hidupnya kembali teratur dan sekarang ni makin berseri-seri mukanya.hahaha~ Ada berita gembira agaknya. kuang2~~
Pelangi telah muncul dan berdoa agar ia akan tetap menjadi pelangi. InsyaAllah.
Cantik kan pelangi tu dik??
Tetap maniskan muka walau dalam apa jua keadaan.

Keep Smile (^_^)

No comments:

Post a Comment