Wednesday 16 May 2012

Hari guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru di Tabika Kemas Taman Perumahan Wakaf Tengah, Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot (SEMKO). Selamat Hari Guru juga kepada semua pensyarah-pensyarah di Politeknik Seberang Perai dan Uitm Shah Alam.

Kepada teman-teman yang sekarang ini sedang berkhidmat sebagai guru Selamat Hari Guru buat kalian. Semoga berjaya mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah.

Alhamdulillah, hari ini dapat meluangkan masa bersama guru-guru di SEMKO untuk sambutan Hari Guru. Walaupun dah ramai yang telah berpindah namun kelibat cikgu-cikgu lama masih lagi kelihatan. Tergambar keceriaan di wajah mereka ketika kami bertiga sampai di sekolah pagi ini. Jelas kelihatan senyuman kerana kami anak-anak muridnya yang tidak pernah lupa pada jasa guru-guru. 

"Cikgu, maaflah kami datang dengan tangan kosong, gaji tak dapat lagi."

"Cukuplah kami melihat kamu sekarang sudah berjaya, ini adalah hadiah buat kami. Cikgu bangga dengan kamu bertiga. Kalau dapat bagi anugerah memang kamu yang cikgu bagi sebab tak pernah miss datang sekolah pada Hari Guru tiap-tiap tahun dan masih lagi ingat cikgu-cikgu ni semua."

Senyuman di bibir langsung tidak dapat disembunyikan, betapa terharunya apabila cikgu-cikgu masih mengingati kami walaupun hampir 9 tahun kami meninggalkan sekolah. 

CIKGU IBARAT LILIN YANG MEMBAKAR KAMI. TANPA CIKGU SIAPALAH KAMI. KERANA JASAMU CIKGU KAMI MENJADI SIAPA KAMI SEKARANG. TERIMA KASIH CIKGU. JASAMU TIDAK AKAN KAMI LUPAKAN HINGGA KE AKHIR HAYAT...

hayati sebuah lagu dari kumpulan InTeam, LILIN SEORANG GURU....


Keep Smile (^_^)

No comments:

Post a Comment