Monday 7 May 2012

Sekitar majlis pertunangan

Alhamdulillah...
Dah bertunang pun dia.
Tapi dia tu bukan aku la.hahahaha~~~
Yang bertunang tu my lovely sis yang lain ibu dan ayah. hihihihi~~


Jari si penyibuk pun ada..hahaha~

Penyibuk antarabangsa..hahaha

Aku selaku pengapit dan jurugambar memang sibuk tak menang tangan. Macam aku pulak yang bertunang. kahkah. Bertunang dalam mimpi jerla. hihihi~

Akhirnya, soalan cepumas dari orang-orang sekeliling sekali lagi menghumbankan kepala aku jauh ke dasar kerak bumi.huhuhu. Soalan yang memang malas untuk aku dengar apatah lagi untuk menjawab. Grrrr...

"Na tunang doh, insyaAllah tahun ni jugok kawin. Kaknya bile lagi?".
Uwaaaaaaa.. Masuk jer bab ni aku memang surrender because i don't have any answer for that question.
Hanya mampu gelak jerla..hahaha~~ Tau la aku lagi tua dari adik aku tu tapi nak buat camne dah jodoh dia sampai dulu kan.
Kalau tanya orang lain pun mesti tak tahu juga kan. Yela, jodoh ni kan rahsia Allah. No need untuk aku jawab rasanya sebab semua dah sedia maklum.

Seharian muka asyik tersenyum je tumpang gembira untuk adik tersayang. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun tanpa kehadiran pasangannya kerana bagi kami diorang belum bernikah so no need to take a picture together. Kita sendiri sedia maklum kan, mana boleh lelaki bukan muhrim bergambar berdua-duaan dengan perempuan yang belum halal untuknya.

Bak kata UAI : Boleh nok gambor 2 orang tapi ayoh puang kene duk tengoh.

Tapi ada ke orang nak buat gitu sekarang ni. Mesti nak bergambar berdua juga kan. Adat. Batas pergaulan mesti dijaga. Bertunang bukan tiket untuk mereka melakukan perkara yang terang-terang ditegah oleh agama.

Alhamdulillah,dia memang seorang anak yang sememangnya patuh pada ayah ibu. Tahniah dari kak. Semoga pertunangan ini akan berakhir juga dengan perkahwinan dan seterusnya bercinta hingga ke syurga sana. InsyaAllah.

Keep Smile (^_^)


No comments:

Post a Comment