Wahai hati..
Apakah perkhabaran dirimu sekarang?
Sihatkah dikau dalam menempuh hari-hari yang makin sukar ini?
Aku tidak pasti kenapa aku kerap mengingatkan dikau kini,
Kata orang kau semakin berubah,
Jika dulu kau sentiasa sejuk dengan zikrullah,
Kini kau semakin culas dengannya.
Mengapa bisa jadi begitu wahai hati?
Jika dulu dikau rajin berjalan menuju ke Masjid di subuh hari,
Berpakaian suci dan bersih
Untuk bertemu Rabbmu Yang Maha Agung,
Namun mengapa kini kau jarang ke sana?
Cukup jarang sekali...
Ke mana dirimu di waktu subuh?
Masih dibuai mimpi lena yang tiada sudah,
Ketika setiap hamba menyahut seruan Illahi,
Mengorak langkah ke masjid,
Memperbanyakkan zikir dan fikir,
Ke mana dirimu saat itu wahai hati.
Jika dulu setiap kata-katamu cukup berhemah,
Diselangi dengan ayat-ayat Allah,
Rasa takut dan gerun dengan azabNya,
Mengapa kini lidahmu tidak bertulang,
Cukup mudah dikau bermadah,
Walau songsang maksud dan tiada tujuannya.
Wahai hati...
Kesibukan apakah yang sedang melanda dirimu?
Apakah dikau asyik memikirkan soal duniamu?
Hingga dikau tidak lagi seronok bersama Rabbmu.
Di mana Tahajjudmu?
Di mana Dhuhamu?
Di mana Hajatmu?
Di mana Taubatmu?
Kini jarang sekali dikau dirikan
Atau mungkin dirimu telah hanyut dalam duniawi
Hingga Dia kau lupakan.
Sedarkah dirimu wahai hati,
Urusan duniamu untuk siapa?
Insaflah wahai hati.
Insaflah untuk selamanya...
Duhai hati...
Sungguh aku takut,
Sungguh aku risau,
Sungguh aku gerun,
Tidak mahu dikau berterusan begini.
Rosak dirimu maka rosaklah seluruh diriku,
Baik dirimu maka eloklah diriku,
Besegeralah engkau ke arah mencapai MardhatillahNya,
Mencari REDHA ILLAHI....