Monday, 28 January 2013

Sebuah kehilangan

"Kalau ayah aku takdok memang aku tak boleh hidup la"
Itulah yg aku ungkapkan suatu masa dulu bila aku ditanya kawan baik aku tentang ayah kerana dia telah kehilangan ayah masa dia masih berada di sekolah rendah. Dan sekarang aku sendiri telah rasakan kehilangan seseorang yang bergelar ayah.


Mesti antara kita pernah kehilangan seseorang yang bererti dalam hidup kita kan?

Manusia tidak pernah memiliki sesuatu pun kerana semuanya adalah hak Allah yang diamanahkan kepada kita untuk menjaga termasuklah diri sendiri. Namun kenapa ramai yang seakan-akan tenggelam dalam kesedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan yang penting dalam hidup kita. 

Kerana kasih kan?? Kasih kita kepadanya membuatkan kita sayang, namun tanpa kita sedar kasih Allah terhadap hamba-Nya melebihi segalanya. DIA sentiasa mendengar kita berbicara. DIA tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat pun. DIA yang tak pernah mengecewakan kita. DIA yang tidak pernah jemu mendengar kita meminta. DIA Yang Penyayang walaupun kita sering melakukan dosa, buktinya pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya. 

Cinta abadi hanya cinta Allah. Namun kasih antara insan diibaratkan pungguk yang sering merindui bulan kerana kita tidak mampu untuk meraihnya dan selamanya kita menjadi penanti. Ditinggalkan jauh lebih menyakitkan daripada diputuskan, Putus mungkin bisa saja bersambung namun ditinggalkan tidak mungkin akan kembali lagi. Lebih menyakitkan bila kita tidak pernah mengerti kadangkala Allah ambil orang yang kita sayang untuk kebaikan kita sendiri. Kehilangan akan membuat kita rapuh tapi di sisi lain kehilangan membuat kita tabah.

Sekuat apapun jiwa dan diri, setiap dari kita tidak pernah lepas dari merasa kehilangan. Kerana cerita di dunia ini adalah corat coret yang harus didengari, dipenuhi dan dilalui.

Sebuah kehilangan tidak menjadikan kita kosong kerana kita tetap dipenuhi dengan kenangan-kenangan yang ditinggalkannya. *Senyum segaris*

Redha dengan segala yang berlaku dan akan berlaku kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

HeartNotes: Al-Fatihah buat ibu saudara yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Rabiulawal 1434H baru-baru ini. Semoga arwah beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman. InsyaAllah. Amin.


Keep Smile (~_^)v

Friday, 25 January 2013

Pain make people change

Salam Maulidur Rasul. Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah
 [Al-Ahzab : 21]

***********************************************************
Hebatnya dugaan yang Allah bagi kepada kita untuk menjadi orang yang sabar, Ketika orang lain menyakiti kita dan kita berpeluang untuk membalas tapi kita memilih untuk berdiam diri, tidak membalas dan memaafkan. Kita terus berbuat baik kepada mereka dan terus bersabar. Kerana kita tahu kita hidup hanya untuk redha Allah bukannya mencari redha manusia. Dan sesungguhnya hanya Allah yang layak membalas setiap perbuatan manusia. 

Kesakitan itu mengajar manusia menjadi lebih baik. Kita manusia yang alpa dan mudah terleka. Kadang-kadang dengan kesakitan kita akan lebih mengingati Allah dan mula mensyukuri segala nikmat-Nya. Am I right? Bila datang ujian baru kita mula sedar. Sentiasalah bersangka baik kepada Allah. Ada hikmah di setiap ujian yang bertandang dan suatu hari nanti akan terlihat apa hikmah disebalik semua itu berlaku. 


Bukan manusia yang memberi rezeki tapi hanya DIA YANG SATU. Jangan letakkan pergantungan pada manusia tapi serahkan segalanya pada Allah. Biar manusia membenci kita namun jangan sesekali biarkan Allah murka kepada kita. Allah Maha Mengetahui segalanya. 

Hidup ini kalau tak diisi dengan ilmu maka kejahilan akan mengisinya. Kalau tak diisi dengan pahala maka dosa yang akan memenuhinya. Nauzubillah. Jalanilah hidup dengan sebaiknya.

Don't waste your time looking back on what you've lost. Move on, for life is not meant to be traveled backwards.

Footnote: Sedang mengajar diri untuk belajar memaafkan kesalahan orang lain kerana kita semua melakukan kesalahan. Nobodies perfect, isn't it? Wahai hati teruslah bersabar dan yakinlah dengan janji Allah.

Keep Smile (^_~)v

Saturday, 19 January 2013

I'm still a student

Kerana aku seorang pelajar di universiti kehidupan......


Di kala kehendakku tidak dipenuhi, aku mula belajar untuk bersabar dan terus bersabar. Belajar untuk mensyukuri apa yang aku miliki. Bersyukur dengan apa yang dianugerahkan DIA. Kerana aku sedari segalanya adalah milik Allah Yang Esa. Ini menjadikan aku lebih matang dalam menilai erti kehidupan.

Di kala aku disapa ujian, aku mula belajar mengenal kehidupan. Bahawasanya hidup bukan saja ada suka dan duka malah kadang2 terselit juga kedukaan dan air mata. Lalu aku belajar untuk tersenyum walau hiba terus menerus mendatang. 

Aku belajar dan terus belajar menjadi diri aku apa adanya. Belajar menjauhkan perasaan cemburu melihat kelebihan orang lain. Kerana Allah menjadikan kita tidak sama dan berbeza. Dan aku yakin kita memiliki kelebihan masing-masing namun kita bukanlah sempurna. Nobodies perfect. Isn't it?

Dan sehingga kini aku masih lagi belajar dan akan berhenti hingga aku kembali kepada Penciptaku. 



Keep Smile (^_*)v

Friday, 11 January 2013

#Wordless


Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau
Dan....
Tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan


Masa lalu jadikan ia pengajaran,
Kerana darinya kita belajar tentang hidup.

Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah atas segalanya.


Keep Smile (~_^)v