Monday 28 January 2013

Sebuah kehilangan

"Kalau ayah aku takdok memang aku tak boleh hidup la"
Itulah yg aku ungkapkan suatu masa dulu bila aku ditanya kawan baik aku tentang ayah kerana dia telah kehilangan ayah masa dia masih berada di sekolah rendah. Dan sekarang aku sendiri telah rasakan kehilangan seseorang yang bergelar ayah.


Mesti antara kita pernah kehilangan seseorang yang bererti dalam hidup kita kan?

Manusia tidak pernah memiliki sesuatu pun kerana semuanya adalah hak Allah yang diamanahkan kepada kita untuk menjaga termasuklah diri sendiri. Namun kenapa ramai yang seakan-akan tenggelam dalam kesedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan yang penting dalam hidup kita. 

Kerana kasih kan?? Kasih kita kepadanya membuatkan kita sayang, namun tanpa kita sedar kasih Allah terhadap hamba-Nya melebihi segalanya. DIA sentiasa mendengar kita berbicara. DIA tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat pun. DIA yang tak pernah mengecewakan kita. DIA yang tidak pernah jemu mendengar kita meminta. DIA Yang Penyayang walaupun kita sering melakukan dosa, buktinya pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya. 

Cinta abadi hanya cinta Allah. Namun kasih antara insan diibaratkan pungguk yang sering merindui bulan kerana kita tidak mampu untuk meraihnya dan selamanya kita menjadi penanti. Ditinggalkan jauh lebih menyakitkan daripada diputuskan, Putus mungkin bisa saja bersambung namun ditinggalkan tidak mungkin akan kembali lagi. Lebih menyakitkan bila kita tidak pernah mengerti kadangkala Allah ambil orang yang kita sayang untuk kebaikan kita sendiri. Kehilangan akan membuat kita rapuh tapi di sisi lain kehilangan membuat kita tabah.

Sekuat apapun jiwa dan diri, setiap dari kita tidak pernah lepas dari merasa kehilangan. Kerana cerita di dunia ini adalah corat coret yang harus didengari, dipenuhi dan dilalui.

Sebuah kehilangan tidak menjadikan kita kosong kerana kita tetap dipenuhi dengan kenangan-kenangan yang ditinggalkannya. *Senyum segaris*

Redha dengan segala yang berlaku dan akan berlaku kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

HeartNotes: Al-Fatihah buat ibu saudara yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Rabiulawal 1434H baru-baru ini. Semoga arwah beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman. InsyaAllah. Amin.


Keep Smile (~_^)v

No comments:

Post a Comment