Wednesday 3 October 2012

Hati berbicara

Hari ini kita berbicara tentang cinta,
Mungkin saja hari esok sudah tiada rasa...
Hari ini kita berjanji setia,
Mungkin saja hari esok sudah tiada suara...
Hari ini mungkin dia milikmu,
Tapi hari esok tiada siapa yang tahu...

*************************************************************
Aku bukanlah seorang yang pakar dalam cinta. Kerana seringkali terkandas di tengah-tengah jalan. Namun setiap manusia Allah akan titipkan perasaan cinta dalam hati, tak kira lelaki or perempuan. Seringkali mengingatkan diri bahawa cinta yang utama adalah cinta Allah. Dengan cintaNya kita miliki segalanya. Namun sebagai manusia kita tidak pernah lari dari di uji. Bukankah Allah menguji tanda kasih sayangNya kepada kita???

Bagaimana pula dalam menghadapi sakitnya kehilangan orang yang kita sayang?? Ia juga adalah salah satu dari ujian hidup kan???

Terkedu seketika membaca post dari salah seorang anak sepupu yang baru saja kehilangan 'pakwe' akibat dari kemalangan jalan raya. Berita tentang kemalangan tersebut tersiar di TV kerana lelaki tersebut adalah salah seorang pelakon dalam cerita 'masihkah ada Ramadhan' yang disiarkan di ASTRO. Betul ke tak tajuk cite tu aku tak tahu sebab kat umah takde ASTRO..hihihi. 

Dia masih lagi terkejut kerana tiba-tiba kehilangan 'pakwe' dalam sekelip mata masih lagi tidak dapat menerima. Namun tiada siapa dapat menolak apa yang telah berlaku kerana jalan cerita tentang kisah hidup manusia semuanya di tangan Allah. Siapa kita untuk menidakkan Qada' dan Qadar Allah. 

Di harapkan dia tabah menghadapi segalanya kerana mungkin esok dia akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik untuknya. Allah mempunyai sesuatu yang lebih baik untuknya di hari esok, mungkin. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. 


Keep Smile ~_~

No comments:

Post a Comment