Saturday, 24 November 2012

Dia....seorang wanita biasa

----> Ya Allah ku pohon kepada-Mu agar diberi sekelumit kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hari-hari yang mendatang yang pastinya akan lebih mencabar. Ku pujuk hati ini, "Sabarlah wahai hati kerana mentari akan muncul lagi. Senyumlah dan tabahlah menghadapi hari demi mengejar sinar di hujung destinasi."

Laut yang kebiruan bisa menenangkan hati
Aku seorang yang kuat
Aku seorang yang tabah
Aku seorang yang sabar

Itulah yang sering dia ucapkan bila saja dia mula terjatuh
Itulah yang sering dia ingatkan dirinya bila saja ujian mula menerpa
Itulah yang sering diungkapkan bila hatinya sedang rawan

Inilah dia...
Dia yang masih lagi penuh dengan angan-angan  
Dia yang masih lagi mentafsir erti mimpi dan bahagia
Dia yang masih lagi memeluk teddy bear saban malam
Alam yang hijau bisa mendamaikan jiwa
Dia yang memang suka pada laut
Dia yang suka memandang pada kehijauan alam
Menikmati kebesaran Allah

Dia yang diberi harapan namun harapan itu sia-sia
Dia yang pernah berharap namun harapan itu berkecai
Dia yang meletakkan kepercayaan namun hancur
Dia yang memberi namun kehilangan


Dan...
Kadang-kadang dia mulai letih
Kadang-kadang dia penat melalui semua ini
Kadang-kadang dia rebah sendirian
Kadang-kadang dia menangis pilu

Namun.......
Walaupun berat kaki melangkah namun dia terus mencuba
Walaupun hati merintih pilu hidup tetap diteruskan
Walaupun pilu memenuhi hati namun senyum tetap terukir di bibir
Walaupun berat bahunya memikul namun tidak sesekali dia tewas   
Walaupun sering menangis sendirian namun dia tahu Allah sentiasa di sisinya

Kerana dia hanya seorang wanita biasa.........

Keep Smile (^_^)


Thursday, 22 November 2012

Ukhwah Fillah :)

Kerana ILMU kita bertemu. Kerana PERKENALAN ukhwah terjalin, kerana CITA-CITA perpisahan terjadi dan kerana LILLAH ia akan berkekalan dan diredhai. Kita bertemu kerana Dia yang menghendakinya. Kerana Dia kita masih kekal di sini dan kerana Dia persahabatan ini tidak akan terputus. In Sha Allah...
 Hidup di dunia akan terasa sunyi tanpa kehadiran teman. Namun itulah yang dinamakan kehidupan.
 "Bila terjalinnya ukhwah hanya kerana-Nya pasti akan ada ujian dari-Nya kerana Dia ingin melihat sejauh mana keihklasan hati hamba-hamba-Nya"
Maafkan diri ini andai belum menjadi teman yang baik buat kalian. Maafkan diri ini andai pernah mengguris hati dan perasaan kalian sepanjang kita bersama. Maafkan diri ini andai tidak peka dengan keadaan dan diri kalian. Maafkan jika selama ini diri ini banyak menguji kesabaran kalian. Maafkan jika diri ini khilaf dalam membuat penilaian tentang diri kalian tapi kalian membuatkan diri ini hidup dan ceria dalam menghadapi segala dugaan dan ujian yang datang. Tangan-tangan kalian yang sentiasa membantu ketika diri ini terjatuh. Terima kasih kerana sentiasa di sisi. I feel that my life getting lonely day by day without you my friends...

Just ignore the date in the pic.. :)

Ya Allah...
Andainya sahabatku resah tika ini,
Tenangkanlah hatinya dengan teduhan maghfirah-Mu,
Andai dirinya diancam lindungilah jasadnya dengan kebesaran-Mu,
Andai dirinya dalam kerinduan Kau tenangkan hatinya dengan kerinduan-Mu.

Ya Allah...
Jangan Kau biarkan hati, jiwa dan jasadnya terpesong dari agama-Mu,
Berikanlah kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepadanya,
Semoga dirinya menjadi sahabatku hingga ke syurga sana.

Ku pohon pada-Mu Ya Allah...
Dekatkanlah hati kami walaupun kini kami jauh,
Semoga ukhwah yang dibina tetap teguh selamanya,
Kerana pada jalan-Mu kami bertemu,
Kerana-Mu hati kami tertaut,
Lindungilah dia agar bertambah kekuatan dia untuk mencintai-Mu,

Ku pohon pada-Mu...
Agar hatinya bersarang rindu pada-Mu
Agar kami akan dipertemukan kembali suatu hari nanti...

Amin Ya Rabbal Alamin...
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT berfirman: 
"KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu" (Riyadhus salihin)
Semoga Allah merahmati persahabatan kita..Aku Sayangkan Kalian.. muah..muah.. :)

Keep Smile (^_^)

Sunday, 18 November 2012

Miss Heart.... Be Strong!!!!

Allah, ajarkan aku membungakan senyum di luar walau keadaan genting hujan lebat di dalam.
Allah, ajarkan aku erti senyum ketika hati sedang menangis pilu.
Kerana dengan senyuman aku bisa menjadi kuat. 

Jangan pernah membandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang berbeza. Rezeki yang Allah bagi juga berbeza. Dugaan yang diberikan DIA juga tidak sama bagi setiap orang.

******************************************************************
Di saat kau berasa lemah dan tidak berdaya..
Di saat kau merasakan besarnya ujian dan dugaan hidupmu..
Janganlah sesekali berhenti berharap kepada Allah SWT..
Menangislah sepuasnya andai kau sudah tidak berdaya..
Namun, bangunlah kembali..
Untuk menghadapi hari-hari mendatang..
Berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi setiap ujian..

Kau tidak pernah sendirian tatkala sunyi menjelma..
Kau tidak bersendirian tatkala tiada siapa di sisi..
Sesungguhnya kau mempunyai TEMAN SETIA, SEJATI dan ABADI..
Allah will always with you no matter what happen...


Miss Heart, kamu kan kuat macam Bumblebee. So tolongla kuat untuk aku ye?? Always remember that Allah will always there for you. So please be strong!!!!


NotaHati:
Duhai Hati...Tabahlah kau menghadapi ujian hidup. Allah dan mereka yang menyayangi sentiasa di sisi. Tinggalkanlah semua kenangan duka yang menghantui diri. Allah menduga hamba-Nya sesuai dengan kemampuanmu. Tabahlah wahai hati.....

Keep Smile (^_^)

Thursday, 15 November 2012

Di saat Jari Berbicara

~Dia hanyalah seorang gadis biasa yang tak punya apa-apa. Dia seorang gadis yang tak pandai bergaya, yang masih lagi mentafsir erti bahagia dan mimpi. Dia masih lagi gadis yang suka berangan dan tak pernah habis. Dia tidak pernah peduli apa yang dikatakan orang lain kerana baginya cukuplah dengan redha Allah. Baginya hidup bukan untuk membuat orang lain suka kerana redha Allah bukan pada pandangan manusia terhadapnya. Biarlah orang lain berkata, biarlah orang lain bahagia kerana dia yakin suatu hari nanti bahagia akan menjelma juga buat dirinya. Yang penting dia sedang mencari keredhaan Allah kerana dia yakin Allah tahu apa yang terbaik untuknya.~
(~_o) wink..wink
******************************************************************

Awak : Untuk apa awak buat blog sebenarnya??
Saya : Kadang-kadang apa yang terbuku di hati tidak dapat kita luahkan melalui lisan tapi melalui penulisan. Saya kan memang suka mengarang and i love to read. hahhahaha~


Awak : Tapi, kan lebih baik awak cari seseorang untuk awak luahkan segalanya.
Saya : Bukan semua yang kita nak dalam dunia ni kita akan dapat. Bukan senang untuk mencari teman yang dapat memahami diri kita. Tambah-tambah saya ni yang suka ikut kepala sendiri jer.hikhik~ Saya 
menulis bukan untuk orang tau kisah saya tapi ni caranya saya lepaskan segalanya. *Senyum Segaris ~_~*
Awak : Tapi awak di blog dan awak di dunia nyata adalah orang yang berbeza.
Saya : Still the same. Cuma di blog tidak ramai yang kenal saya dan tak perlu mereka mengenali siapa dia Cik Onn. *Chill*. Berblog buat saya hidup walaupun saya tidaklah pandai bermadah apatah lagi ayat berbunga-bunga tapi saya suka. *Evil Laugh*
Awak : Takpela, janji awak bahagia.

******************************************************************
Harini genaplah setahun wujudnya blog ni. Segala suka duka, tangis tawa, senyum marah, semuanya di sini. Dah jadi medan peperangan antara hati, iman dan perasaan. kihkihkih~ Dalam setahun ni dah banyak yang dilalui. Jatuh. Bangun. Terduduk. Meniarap.
   
Kadang-kadang ada sesuatu yang kita tak dapat luahkan dengan berbicara namun semuanya dapat diluahkan dengan penulisan. Biarlah jari ini berbicara di kala mulut terkunci rapat kerana apa yang tersurat dan tersirat akan terbentang. Perjalanan hidup yang berliku sebenarnya cukup indah kerana adanya DIA di sisi. Saat kita jatuh DIA bangunkan balik. Di kala sendu bertandang, DIA menguatkan hati ini untuk menerima segalanya dengan redha. Dan segalanya adalah milik ALLAH YANG ESA.


Keep Smile *(^ o ^)*

Wednesday, 14 November 2012

Alhamdulillah..Ia datang lagi

Tahun baru hijrah datang lagi. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih lagi diberi nikmat hidup oleh Allah sehingga ke saat ini. Selamat Tahun Baru 1434H buat semua. Semoga tahun baru ini memberi sejuta kejayaan dan kebahagiaan kepada kita semua.Semoga Allah memanjangkan usia kita, memurahkan rezeki dan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu serta semoga iman kita juga makin bertambah dengan bermulanya tahun baru ini. 


Apa azam tahun baru anda?? Adakah azam tahun lepas telah terlaksana sepenuhnya?? Bagi aku yang penting kita wajib bersyukur kepada Allah kerana kita masih merasai nikmat dari-Nya yang memberikan kita peluang untuk sekali lagi merasai tahun baru. Tanpa kita sedari usia kita makin meningkat. Terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan dalam sedar atau tanpa sedar. Namun, apakah kita sudah bertaubat???

Buat semua teman-teman, mari kita sama-sama berhijrah dari yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada lebih baik. InsyaAllah..Sama-sama kita doakan k... >_<

******************************************************************
Di awal tahun baru hijrah ini,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Merintih mengenang dosa lalu,
Diri terlalu kotor dengan maksiat dan dosa.

Terlalu jauh aku dengan-Mu Allah,
Asyik sibuk dengan urusan duniaku,
Solat fardhu sengaja aku lewatkan,
Apatah lagi solat sunat,
Al-Quran semakin malas untuk dibaca,
Lidah terlalu banyak berdusta,
Pandangan semakin tidak dijaga.

Sungguh...
Aku ingin berubah,
Menjadi hamba yang taat pada perintah-Mu,
Aku takut dengan azab kubur-Mu,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan aku mahukan nikmat syurga-Mu.

Maka...
Ku mohon pada-Mu Allah,
Campakkan niat yang tulus dalam hati ini,
Agar rukukku pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Agar sujudku Pada-Mu dengan penuh kehambaan.

Ya Allah...
Jadikanlah aku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati ibu dan ayahku,
Dan jadikanlah aku wanita solehah,
Agar aku berguna untuk agamaku.

Dan...
Kunrinakanlah kesabaran untukku terus mentaati perintah-Mu,
Anugerahkanlah aku kesabaran dalam menghadapi setiap ujian-Mu
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Hadirkanlah cintaku pada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat ku kecapi kebahagiaan yang hakiki satu hari nanti.......
Amin...

Keep Smile >_<

Monday, 12 November 2012

Eyes

Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan.

Mata,
Kau banyak memberi jasa kepadaku,
Tika hati mulai tersentuh titisanmu sentiasa mengalir laju,
Menemani aku di saat kesedihan bahkan jua ketika gembira dan kesepian,
Dan kau juga menjadi saksi aku dan Yang Maha Esa,
Ketika sujudku menyembah Allah Yang Satu.

Mata,
Terima kasih kerana sentiasa mengajar aku erti sabar,
Di saat kesedihan tidak dapat dibendung,
Namun kau kuatkan aku dengan tidak menitiskan mutiara mahalmu,
Sabar untuk menahan gegaran hati,
Yang hampir menggugat keimananku.

Mata,
Aku tahu kau pasti sudah letih menangis,
Dan kadangkala hampir kering airmatamu untuk mengalir,
Maafkan aku....
Kini aku bersyukur dengan nikmat penglihatan Yang Allah berikan ini,
Kerana dengannya aku insaf,
Betapa kerdilnya aku di bumi ini,
Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang berharga ini,
Kerana tanpa mata bagaimana mungkin aku melepaskan amarah pada diri.

Menangislah wahai mata,
Kerana diri ini amat memerlukanmu,
Dengan menangis aku lebih tenang,
Selagi rasa sendu terus meratapi,
Selagi Allah meminjamkan padaku,
Dan selagi aku masih bernafas di muka bumi ini..


Keep Smile >_<

Congrats

Alhamdulillah. Setelah 3 hari 3 malam berkampung di Tanjung Lumpur, kuantan kini kembali ke teratak tersayang. Sayang la sangatkan. hahahaaha~ Hari-hari yang meletihkan namun masih lagi ceria sebabnya dah lama tak rasa suasana kampung dengan bising-bising suara budak-budak menjerit, bergaduh.kikiki~

Sweet sgt....
Rasa macam taknak balik pun ada, tapi tak bolehla kan. Rumah orang bukan rumah kita. hihihhihi~ Dan alhamdulillah, majlis perkahwinannya berjalan lancar. Tahniah diucapkan buat Puan Azah dan Encik Halimi yang baru saja menamatkan zaman bujang mereka. Semoga mereka bahagia di dunia akhirat dan bercinta hingga ke syurga sana. Yelah, mereka dah bercinta dari tingkatan 5 lagi. Dah hampir 9 tahun tu. Bukan jangkamasa yang pendek bagi aku. Alhamdulillah, semuanya telah selamat walaupun terdapat sedikit masalah namun dapat diatasi dan aku selaku pengapit tak bertauliah hanya mampu menjadi patung sebab memang tak pernah menjadi pengapit sebelum ni. hahahaha~ Melihat mereka aku pulak rasa nak kawin. Berangan tak pernah nak habis minah ni.kahkahkah~

Orang lain yang kawin aku yang excited lebih. hohohoho~ Rasa macam kakak aku pulak yang kawin. Yela, aku kan mana ada kakak. Masa abang aku kawin pun majlis kat sebelah perempuan jer, mana ada majlis kat rumah aku ni so memang tak rasa la. Berkampung di rumah orang buat aku terasa pulak. Dengan kemeriahan orang kampung yang datang membantu, mengeratkan lagi silaturrahim. Aku pulak dapat kenalan baru. hahahaha~

Bila akan tibanya turn aku ni..huhuhu~ Bersabarlah wahai hati. Allah knows what is the best for you. Just wait and see.

Keep Smile ^_^

Monday, 5 November 2012

2 years already

Today, 5th November. 2 years already. Rasanya baru semalam dia memujuk, dia ketawa, dia mengusik, dia membebel. Pejam celik rupanya 2 tahun dah. Semoga dia tenang di sana. Kak sayang ayoh. Lillahi Taala. 

Melihat sepupu-sepupu yang bergurau senda dengan ayah mereka membuatkan hati kadang-kadang terasa. Namun kita tumpang bergurau sekali la, bukan orang lain pak sedara kita jugak..hihihihi~ Yang pergi tetap pergi namun dia tetap di hati. Kita juga akan menyusul tapi bilakah masanya semuanya adalah rahsia Allah.

Sungguh aku rindu dia. Rindu pada gelak tawanya. Rindu dia marah bila aku buat salah. hihihihi~ Kenangan itu membuatkan aku hidup.

Begitu jahat orang itu. Namun siapa kita untuk menghukum dia. Ajal ayah dengan cara itu. Aku redha. Namun biarlah orang itu menerima balasan di atas segala perbuatannya. Apa yang berlaku adalah kehendak Allah. Tanpa izin DIA tidak mungkin semuanya akan terjadi. Hanya dengan izin-NYA semuanya berlaku.

******************************************************************
Flashback --------> 2 tahun lepas pada tarikh yang sama
Along : Kak, ayoh nazok doh.
Aku : Ya Allah. Biar betul long.
Along : Kak, ayoh takdok doh.
Tiada perkataan yang keluar, hanya air mata yang mengalir.
Di saat aku tengah bergelut dengan final exam, aku kehilangan orang tersayang. Terbang pergi semua semangat bersama perginya seorang ayah. Namun siapa aku untuk menolak qada' dan qadar Allah. 

*******************************************************************
Ayah...
on March 2010
Air mata ini tak mampu membalas semuanya
Untuk semua yang kau lakukan kepada kami
Untuk semua yang kau berikan kepada kami

Ayah..
Kini aku melangkah sendirian
Tanpa bimbingan tanganmu
Tiada lagi gelak tawa
Senda guraumu yang menemani hari-hariku

Ayah,
Tangisku, tidak dapat memutarkan waktu
Dan harapku tetap tidak dapat mengembalikanmu
Doa malamku untukmu berharap semoga Allah mengampuni segala dosamu
Menerangi dan melapangkan kuburmu
Dan semoga kau ditempatkan bersama orang-orang soleh
Semoga kau tenang di sana.
Al-fatihah....


Keep Smie (>_<)