Monday 12 March 2012

Setiap acuan tidak sama


Bila aku sebut lagu nasyid iman adalah mutiara, semua orang mesti tahu kan. Lagu kumpulan Raihan. Aku paling suka part ni:

Iman tak dapat di warisi
Dari seorang ayah yang bertakwa
Iman tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai


Kenapa lirik lagu dia macam ni ek? Dulu lagu ni keluar aku masih lagi budak2, yela masih lagi di sekolah rendah. Budak yg tak tahu berfikir lagi. Tapi sekarang baru aku mengerti. Sebab tak semestinya ibu dan ayah seorang yang kuat pegangan agamanya maka anaknya jua begitu. Zaman sekarang terlalu banyak dugaan hidup. Zaman dah berubah, dunia makin maju, terlalu banyak anasir-anasir luar yang masuk. Remaja sekarang lebih terdedah dengan budaya yang di bawa masuk ke negara ini tanpa kita sedari. Budak-budak sekarang terlalu senang memberontak. Silap langkah mereka akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.

Tapi tidak semestinya kalau kita tengok sebuah family yang open minded, parents dia tak kisah pun dia keluar dengan kawan-kawan sampai larut malam. Kalau kisah pun mereka just tegur biasa jer asalkan anaknya tidak melampaui batas. Then, tidak semestinya mereka tu berperangai buruk dan buat perkara diluar batasan. Tepuk dada tanya iman.

Macam family aku, ibu dan arwah ayah bukan jenis yang control anak-anak. Tambah-tambah aku yang lepas saja habis SPM terus merantau jauh ke negeri orang. But dalam tak control tu, we must respect them. Parents dah bagi kepercayaan kepada kami adik beradik untuk mencorakkan hidup kami. Tak kisah la nak jadi apa as long as kita tak buat perkara yang bukan-bukan. So sebagai anak jangan sesekali hilangkan kepercayaan yang di beri oleh ibu bapa. Sebab tu la sampai sekarang nak ke mana-mana mesti aku inform ibu terlebih dahulu, even aku keluar dengan kawan-kawan perempuan sekalipun.

Tapi bila keluar dengan lelaki tu kena la ingat kita ni ada emak ayah. So jangan cuba-cuba untuk masukkan diri ke lembah hina. Keep remind that as a muslim kita ada yang halal dan haram. Tapi bila kita ada family yang kurang dalam soal agama tak semestinya kita kena ikut mereka. Kita sendiri tahu apa yang halal dan haram then why not kita teruskan niat baik kita untuk menjaga diri kita sebagai seorang islam.

Bila kita rasa kita makin baik dari sebelumnya, jangan kita judge family kita pulak. Buat mereka faham yang kita ingin berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah mereka akan faham lagipun kita ingin membuat perkara baik. Pada aku family adalah segala-galanya. Tanpa mereka dan tanpa sokongan dari mereka tidak mungkin aku akan menjadi seperti sekarang, tidak mungkin aku boleh berdiri atas kaki sendiri. Ibu dan arwah ayah yang banyak mengajar aku untuk berdikari sendiri, tidak memanjakan aku even i am the only daughter menjadikan aku seperti sekarang. Alhamdulillah.

So, tak payah la kita sibuk judge orang lain. "eh, budak tukan mak ayah dia baik-baik, tapi anaknya perangai macam s****". Jangan aib orang kita nampak tapi aib kita langsung tidak perasan. So, acuan tidak semestinya sama. Sebagai contoh antara kami adik beradik, semua perangai lain-lain. Ibu pernah kata, 10 orang anak 10 perangai mak kena hadapi tapi anak mak ada 4 jer, so 4 perangai. Masing-masing dengan perangai masing-masing tapi tu la yg membezakan kami. Walaupun salah seorangnya bermasalah sikit tapi alhamdulillah kasih sayang antara kami tidak pernah hilang. Dan jangan sesekali jauhkan diri dari mereka kerana mereka amat perlukan sokongan, nasihat dan bimbingan dari kita. "Dalam setandan pisang tidak semuanya molek-molek belaka, mesti ada yg buruk". Bak kata pepatah 'Air Dicincang Tidak Akan Putus', itulah ibaratnya hubungan adik beradik.
Bila kita dilahirkan ke dunia ini sebagai manusia dan sebagai hamba Allah di muka bumi ini, hanya kita saja yang boleh mencorak arah hidup kita bukannya orang lain. Jika berada di persimpangan antara tiga jalan pilihlah jalan terus kerana itu adalah jalan terbaik. Kanan dan kiri pula akan membawa kita ke arah keburukan. Yang mana bakal menjadi pilihan kita itulah yang akan mencorakkan hidup kita. So tepuk dada tanya iman.

Aku menulis entry ini bukan bermakna aku baik namun aku sentiasa ingin berubah menjadi lebih baik. Entry ini adalah untuk mengingatkan aku sendiri yang kadang-kadang alpa kerana aku juga adalah insan biasa yang sentisa mencuba untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. InsyaAllah. 

Keep Smile (^_^)

No comments:

Post a Comment