Friday 2 March 2012

Aku hanya ingin menjadi....



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosa ku yg telah banyak ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Kau penuhkanlah hatiku ini dengan segala kasih dan sayang


Ya Allah...
Sekiranya dia adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya dia adalah lelaki yang Kau titipkan buatku

Kuatkanlah rasa cinta kami terhadapMu
Sekiranya dia adalah jodohku yg akan membimbing tanganku dititianMu kelak
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya dia adalah peneman untuk ku di Jannah Mu


Satukanlah kami di bawah redhaMu
Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di dunia dan akhirat-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Sekiranya dia adalah jodoh yang Kau tetapkan sejak aku berusia 4 bulan dalam perut ibuku
Kau rahmatikanlah kami dan kuatkanlah rasa kasih dalam hati kami
Kau jauhkan kami dari melakukan maksiat dan dosa kepadaMu
Agar hubungan kami tidak dicemari dengan segala noda dan dosa


Tetapi Ya Allah...
Sekiranya dia ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Tunjukkan aku jalan untuk menuju redhaMu

Jauhkanlah aku dari kekecewaan
Kau pertemukanlah aku dengan jodoh yang sebenar-benarnya untukku
Agar aku tidak terus dibelenggu perasaan cinta yang tidak halal untukku 


Ya Muhaimin...
Andai cinta ini membuatkan aku lemah Kau hilangkanlah
Andai cinta ini membuatkan aku sedih Kau jauhkanlah
Andai cinta ini membuatkan aku kecewa Kau tariklah
Andai cinta ini membuatkan aku alpa Kau sedarkanlah
Andai cinta ini membuatkan aku jauh dariMu Kau ingatkanlah
Betapa sukar untuk aku menghilangkan dia dari minda
Betapa susah untuk aku kikis dari hati
Berikanlah aku kekuatan untuk menjauhkan diri darinya
Andai ini yang terbaik buat kami
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaan
Kau pandulah aku untuk menarik diri keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap dalam berbuat keputusan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai khalifah di bumiMu
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
kerana aku tidak sanggup ke nerakaMu 
Tapi aku juga tidak layak untuk syurgaMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu

Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku wanita yang disenangi manusia

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi wanita solehah


Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku redha dan pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi wanita yang dirahmati
Wanita yang dikasihi
Wanita yang berpegang teguh pada agamaMu
Wanita yang solehah

Wanita yang berjasa kepada agama, keluarga dan negara.
Amin Ya Rabbal Allamin..


Keep Smile (^_^)

No comments:

Post a Comment