Wednesday 25 April 2012

Hujan dan Panas

Hujan!!!! Bagaikan mengerti segalanya.
Tonah, adikku sayang, Kak Onn sayang awak. Kalau awak perlukan seseorang awak boleh cari Kak Onn. InsyaAllah kita boleh berkongsi suka dan duka seperti biasa. Kenapa dan mengapa Allah bagi ujian ni kat kita, tu yang selalu bermain di minda kan? Jahat sangatkah kita? Kenapa orang lain senang je nak dapat sesuatu tapi kita susah? Allah tidak sayangkan kita ke?

Kita mula terduduk dan hujan mula menerpa ruang hati, berfikir bilakah pelangi akan muncul buat kita. Tapi kita sendiri tiada jawapan tu kan sayang. Sebab kita tak tahu bila ianya akan berakhir. Semuanya adalah ketetapan dari Allah. Bukan kerana Dia tidak sayang tapi kerana kasih sayangNya la kita dipilih untuk melalui semua ini. Semua orang akan ada ujian untuk dirinya dik. Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu. InsyaAllah semuanya akan berakhir dan kita akan mampu tersenyum kembali selepas ini. Kak Onn doakan kita sentiasa kuat menghadapi semua ini. Tabahkan hatimu dik.

Wah!!! Apa kena pulak tajuk hujan dan Panas ni yang jadi idaman kali ni. 

Bila hujan kita nak panas, bila panas kita nak hujan balik kan.

Hujan di hati sebenarnya. Sebabnya paip ni dah rosak agaknya sebab air mata asyik nak keluar aje.
Air mata tetap akan keluar juga kan sebab ia takkan pernah habis selagi Allah izinkan. Panas tak muncul-muncul lagi. Musim banjir agaknya.hihihi~~
Serasa semangat Cik Onn dah hilang di tiup angin....
Hai, mana perginya Cik Onn ni. 
Ilang doh gamoknya... Grrrrr~~ 

"Saya nak awak yang saya kenal 8 tahun lepas"
wah wah!! Tetiba tacing bila dia kata camtu, apa nampak sangat ke aku lain sekarang ni.
Proses untuk mencari diri yang dulu telah lama bermula sebenarnya tanpa dia sedari. hohoho~

Tapi dulu kan baru je 18 tahun, ni kan dah nak masuk 26 mesti la dah lain kan.
Manusia kan berubah awak. Saya pun rindukan saya yang dulu  sebenarnya.
Yang sentiasa happy, yang sentiasa menyenangkan hati semua pihak, yang tak pernah fikirkan diri sendiri, yang kuat, yang sentiasa tersenyum, yang sentiasa ceria bagaikan tiada masalah.

Saya tahu awk cukup-cukup paham perangai saya kan? hihihi~
Awak je yang boleh terima segala kekurangan saya.
Yang sentiasa ada untuk saya. hohoho~
Tak kirala saya hujan ke panas ke berembun ke sejuk ke awak yang sentiasa hulurkan tangan untuk menyambut saya daripada jatuh.
Awak je yang berani marah saya. lalalala~

Jangan bandingkan awak dengan Aaron Aziz la.
Saya tak layan sangat la pelakon-pelakon ni.
Just minat gitu-gitu je.
Awak adalah awak. Ok???

Bila saya perlukan pendengar,
Allah hadirkan awak kepada saya.
Bila saya perlukan teman baik,
Allah datangkan awak kepada saya.
Bila saya perlukan semangat,
Allah dekatkan awak kepada saya.
Walau hakikatnya kita jauh. hahaha~

Akankah ada lagi sahabat seperti dia??
Suka dan duka dikongsi bersama.
Yes, aku sangat-sangat perlukan dia.
Tapi jangan salah paham pulak, Allah la yang paling aku perlukan.
Allah tidak pernah meninggalkan kita sendirian dalam menghadapi setiap dugaanNya.
If Allah brings you to it, He will bring you through it... In happy moments, praise Allah... In difficult moments, seek Allah... In quiet moments, worship Allah.. In painful moments, trust Allah... In every moments, thank Allah...

Saya mula belajar, belajar dan belajar bahawa awak adalah anugerah dari Allah untuk saya.
Persahabatan antara awak dan saya adalah anugerah dari Allah.
Terima kasih sebab melayan saya yang kadang-kadang tidak matang. muahahaha~
Suatu masa nanti kita akan dapat jawapan dariNya.
Letakkan segala pengharapan hanya pada Allah.
Sehingga saat itu tiba persahabatan ini tidak akan pernah terputus. InsyaAllah.

Jaga Diri, Jaga Peribadi, Jaga Iman dan Jaga Hati.

Keep Smile (^_^)

2 comments:

  1. pengakuan ikhlas: di saat membiarkan diri ini semakin menjauh, dalam diam hakikat semakin menyatakan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkah yg di atur mulai songsang kerana kesongsangan yg melanda diri..Semakin ingin mnjauh semakin ia mndekati.. tabahlah wahai hati...

      Delete