Sunday 8 April 2012

Ape kes ni???

Fikiran melayang mengingat kembali bait-bait perkataan yang dilemparkan oleh seorang hamba Allah baru-baru ini. Alangkah bagusnya jika saat ini terbentang di depan mata lautan luas ciptaan Allah dengan angin  sepoi-sepoi bahasa yang bertiup. Tapi sekarang ini hanya dinding bilik di depan mata. hahaha~~


Tiada kata yang dapat digambarkan betapa luluhnya hati ketika ini. Tiada kata yang dapat diluahkan betapa sedihnya hati kerana kata-kata itu begitu menghiris hati. hukhuk~~ Aku sedar siapa aku, aku sedar aku tidak setanding dia, aku tidak layak untuk bergandingan dengan seorang EO. Namun itu bukan tiket untuk menghina aku. Yes, aku bukanlah seorang wanita yang baik namun aku sedang memperbaiki diri aku sendiri. 

Berapa kali harus aku terangkan bahawa aku dan dia hanyalah sahabat. Tiada ikatan yang istimewa antara kami. Dia mempunyai pilihannya sendiri dan yang pastinya orang itu bukan aku. Kenapa tidak bertanya pada empunya diri, kenapa mesti aku. Aku letih dalam permainan hidup ini, aku lelah dalam percaturan hidup. Aku juga ingin hidup tenang seperti kamu juga wahai wanita. Seperti yang kamu pinta akan aku jauhkan diri dari dia walaupun dia juga bukan milikmu kerana dia adalah milik Pencipta kita Yang Maha Esa.

Memujuk diri dengan mengatakan ini adalah dugaan kali ini, insyaAllah aku mampu tempuhinya.Terima kasih kerana mengingatkan aku tentang siapa aku, terima kasih juga kerana menghina diri yang hina ini. Bersendirian menghadapi semua ini makin membuatkan aku makin tabah. Terima kasih kepada kamu. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali. Tiada yang sempurna di dunia ini. Antara kau dan aku tiada bezanya.

Wallahualam.

Keep Smile (^_^)


No comments:

Post a Comment