Tuesday 10 April 2012

Kau ni tak romantik la..


Romantic??? what is mean behind this word actually??? Kehadiran mesej dari seorang teman petang semalam mengejutkan aku yang sedang enak menjamu selera.hahaha~~ Sudah kukira dia mempunyai masalah kerana mana mungkin dia akan menghantar mesej jika tiada apa terjadi. Aku kan pakar motivasi untuk teman-teman dari dulu sampai sekarang. hohohoho~~

Katanya dia cemburu dengan seorang rakan sekerjanya yang baru saja menerima sejambak bunga ros dari kekasih hatinya. Dia pun teringin seperti itu, namun tiada siapa yang perlakukan dia seperti itu. romantik sangat2. Kat mana bestnya tak tahu la aku..huhuhu~~ Tidak semua yang kita nak kita akan dapat. Mungkin apa yang kita nak tu tak baik untuk kita siapa tahu. Kenapa kita nak bandingkan diri kita dengan orang lain sedangkan kita sepatutnya bahagia dengan cara kita sendiri.

Aku katakan dengan bagi bunga tu langsung tidak romantik sementelah aku bukannya suka bunga ros. Baunya pun dah buat aku pening. Balasan mesej darinya membuatkan aku tergelak. Kau ni langsung tak romantik la..kahkah~~ Mungkin bagi sesetengah orang perkara tersebut di anggap romantik tapi tidak bagi aku. Jiwa aku bukan jenis camtu, lain orang kan lain caranya. 

Perkara romantik bagi aku bila saja seorang lelaki melafazkan "aku terima nikahnya aku bin ayahku........." Ha, kan romantik tu dah halal. Ni tak, buat apa bazirkan duit untuk seseorang yang belum tentu jadi pasangan kita pun. Baik duit tu disedekahkan kepada yang memerlukan dari membazir membeli bunga yang akan layu dan kering jua akhirnya. Kalau cinta kita tu ibarat bunga tu maknanya bila dah layu hilanglah cinta kita pada orang tu kan. Tak mahulah aku cinta aku layu dan kering seperti bunga itu. Hihihihihi~~

Perlu ke cinta itu ditunjukkan dengan cara bagi bunga ke, coklat ke, or anything else. Tak kot. Tapi oleh kerana halusnya jiwa seorang wanita bila tengok orang lain kita pun teringin kan. Tapi bagi aku bila seorang suami yang memperlakukan kita sebegitu barulah indah. Teringin juga ada seorang suami tapi bila tu tak tahu la. Berangan je lebih..Kuangkuang~~

Wallahualam.

Keep Smile (^_^)



No comments:

Post a Comment