Sunday, 15 December 2013

Tolong yer

Bismillahirahmanirrahim..

Bersyukur ke hadrat-Mu Ya Allah kerana dengan segala kuasa-Mu kami masih lagi bernafas hingga ke hari ini dan iman kami masih lagi Engkau jaga. 

Sekarang masa untuk berintenet memang langsung takde. Asyik berulang alik dari Pahang ke Terengganu. Sekembalinya kami dari bercuti hari tu, terus dapat panggilan yg abah tengah tenat. Dari hospital Jerantut dan sekarang berpindah ke hospital Temerloh namun keadaan abah tetap sama. Langsung tiada tanda2 yg dia akan sedar. 

Keadaan sama bagaikan ditayang balik di depan mata. Keadaan abah sama dengan keadaan ayah dulu. Itu yg buat aku sedih. Dalam tak sanggup nak tengok tetap juga bersama2 mak mertua, suami dan ipar duai bergilir menjaga abah di hospital. Dengan bau ubat yg kadang2 meloyakan terpaksa di tahan demi seorang ayah. 

Sungguh aku sayangkan abah dan umi walaupun baru 2 bulan berada dalam keluarga ini. Mertua yg memang sporting habis. Namun keadaan ini memberikan kesan kepada semua orang. Namun kita sebagai manusia tidak akan pernah terlepas dari ujian dan dugaan. Semuanya dari Allah. Apa yg terbaik buat kita hanya Allah yg tahu kerana Dia Yang Maha Mengetahui. 

Dulu aku kehilangan ayah dan aku di ganti dengan kehadiran ayah mertua, namun kini adakah aku akan hadapi sebuah lagi kehilangan? Mintak dijauhkan. Semoga semuanya baik2 belaka. 

Ya Allah 
Engkau Maha Mengetahui akan segala perkara
Kami memohon kepada-Mu, 
sembuhkanlah bapa kami seperti dulu
Sungguh kami tidak sanggup untuk melihat penderitaannya
Sungguh kami tidak tega untuk membiarkan dia sakit
Namun tiada apa yg kami dapat lakukan melainkan berdoa kepada-Mu
Sesungguhnya hanya Engkau yg dapat menyembuhkan penyakit.

Kami semua sayang abah!!!!!

HeartNote : Hati tolonglah kuat macam dulu yer. Tolong doakan ayah mertua saya sembuh seperti dulu agar kami dapat bersama2 lagi. Semoga Allah redha. 

Keep Istiqamah :)

Monday, 11 November 2013

Saat Terlafaznya Akad

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, praise to Allah. Hari ni genaplah sebulan Cik Onn jadi seorang isteri kepada seorang lelaki, Ahmad Hisyamuddin Bakri. Quiet a lot of question that I get after married. Ramai yg bertanya:
"Best tak kawin?"
"Apa perasaan bila dah jadi isteri orang ni?"

Truth to be told, I never thought I would marry with unexpected guy and my love stories would be like this. But, it's proven that Allah plan's is the best. Allah merancang apa yg terbaik buat hamba-Nya.

Nak kata aku jatuh cinta at the first sight tak jugak becos I don't know my feeling even the day before nikah I was crying and said that I didn't want to married that guy. Bahu kawan baik aku basah disebabkan tangisan yg tak berhenti tu. Kelakar giler bila ingat balik. hahaha~

Really. I was afraid. Boleh ke aku sayang dia ni? I always pray that i'll love him the moment I became his wife. Masa tu hati ni Allah je yg tahu. Masa tu aku fikir untuk memberontak tapi when I think about mom, I just follow their rentak. Persiapan tetap jugak aku buat walau dalam hati aku ni rasa nak jer lari dari semua ni. Yelah, ni kan zaman moden bukan zaman mak ayah dulu. Kawin aturan keluarga.

After that istikharah, I accept these marriage. Seriously, memang aku terima sebab mak. Restu dia yg penting. Berkat doa ibu, abang and kawan2 dan aku yakin dengan gerak hati yg Allah bagi ni, semuanya diteruskan. Mungkin ini yg terbaik.

Dan dengan itu....





At that moment baru la rasa berdebar2 tapi disebabkan 3 kali akad aku sendiri yg tergelak tengok wali aku a.k.a abang aku tergelak. hahaha~ Di saat sah akad "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yg tersebut itu" I became a wife to Ahmad Hisyamuddin Bakri. Very sad moment bila abang datang dekat untuk ambik tandatangan aku dan katanya "Sekarang kak tanggungjawab Hisyam bukan lagi along". Seriously I want to cry at that moment. Sebak. uwaaa~ Masa tu, I promise to myself that I'll love this guy with all of my heart.

Orang suruh kami salam tapi dibantainya gelak. Janggal. Tapi itu yg sweet :)

Teragak-agak nak salam. Kekok. Tapi itu yg sweet :)
Setiap kali lepas solat aku selalu berdoa agar Allah berikan aku jodoh yg terbaik pada pandangan-Nya dan cerita cinta yg terbaik buat aku. Alhamdulillah, eventhough semua ni beyond my expectation Allah gives me the best man for me and the best love story I could ever imagine. Dan sekarang aku betul2 percaya pada "Love After Marriage" sebab bukan semua yg akan dapat cerita cinta seperti ini. Bercinta bagai nak rak after nikah, it's amazing.

Asyik sengih jer kami ni sebab still kekok. Itu yg indah :)


Bersalam dengan abah, ummi and mak. 



Alhamdulillah, thank Allah for everything. He gives me what I need not what I want. I'm grateful for having families and friends who never stop supporting me. Terasa bahagia bila tengok orang lain bahagia. Terasa bahagia tengok ibu tersenyum sepanjang hari. Now I learn to love someone and I can think better but I know there will be long way to go after this and insyaAllah we can make it sebab kami bukan keseorangan. Have faith in Allah. Allah saves me from face another heartbroken and He send me this wonderful guy. We have Allah and Allah knows everything. Cukup indah aturan Allah.


Aku : Kenapa awak pilih saya?
Dia : Sebab hati dan agama awak. 

HeartNote : Today, quite a month I have a husband whom I used to hate and I proudly said that I just fell in love with him. Someone who really loves you will show you that they want you in the Halal Relationship, will prove to you that they need you and will remind you they love you and the most important thing he will be together with you till Jannah. InsyaAllah.
Bilakah jodoh itu akan sampai semuanya kerja Yang Maha Esa, kita sebagai manusia jangan pernah berhnti untuk terus berdoa. Jangan pernah sesekali putus asa pada Allah kerana hanya DIA yg memberi kebahagiaan. 

Keep Istiqamah :)


Wednesday, 6 November 2013

Review W-Day

Bismillahirahmanirrahim...

Semakin lama semakin kurang masa nak mengadap laptop kesayangan ambe ni. Yela, dulu bujang sekarang dah kawin. Dah macam lagu S.M Salim.hahaha~ But for today I just want to share about hantaran and mini pelamin yg Cik Onn DIY sendiri. Almaklumla, masa wat persiapan hanya sebulan jerk so memang simple la kan but nice (orang kata la) hahaha~

Ok, Check it out!!!

Al-Quran Digital

Ferrero Rocher ni faveret en suami

Main humban jer buah2 ni sume

Besarnya kaki en suami ni..hakhak~

Tali pinggang n Wallet

Ni terpaksa gabungkan. Kain Pelikat n Perfume untuk en suami

Baju Melayu untuk majlis sambut menantu nanti

Jam n Cincin. 


Kek
Last but not least...Jeng2..Mini Pelamin kitorang,


Mini pelamin yg simple, just untuk sarung cincin and bergambar. Sentuhan kreatif dari jiran2 yg baik. 

HeartNote: Terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung atau tak langsung. Semoga Allah redha.


Wednesday, 30 October 2013

Big gift from ALLAH

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah lama tak update blog. Ok, rindu nak menaip sebenarnya tapi sekarang dah terbatas sikit. Almaklumlah sekarang ni dah bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, dah 2 minggu bergelar isteri kepada seorang lelaki yg penyayang and of cos manja. :)

Orang kata 'love is sweet'.
Is it sweet like lolypop?

Tapi makan banyak lolipop boleh rosak gigi. hakhak~
Ok, dah mengarut.

Tapi betul cinta itu indah.
Its become sweet only after nikah. 

Why?
sebab couple is totally HALAL after nikah. 

"Rindu yg disubur-suburkan selepas nikah akan berbuah pahala yg tak sudah-sudah. Cinta terasa lebih indah selepas nikah" - Ustazah Fatimah Syarha


Dia lelaki yg aku tak pernah kenal sebelum ni. Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Kami disatukan dalam ikatan suci pernikahan. Kini kami masih lagi belajar untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan masing2. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Allah merancang dan mengatur apa yg terbaik buat kita.

Kadang-kadang rasa macam tengah bermimpi. Ada orang sayang, ada orang rindu, ada orang yg jaga kita. Ada orang yg akan imamkan kita bila solat. Rasa selamat sangat. Dulu masa bujang semuanya sendiri tapi sekarang ni semuanya berubah. Nak kena mintak izin suami untuk segala hal. Kalau dulu semuanya ikut kepala sendiri tapi sekarang semuanya berdua. Alhamdulillah sebab aku dikurniakan seorang suami yg memahami. Hai, bukan main liat lagi lidah ni nak panggil encik suami tu abang tapi akhirnya lepas seminggu kahwin dapat jugak panggil. Sabarnya dia layan kerenah aku ni. Terima kasih ye abang. hihihihi~

Encik suami..
Silalah bimbinglah diri ini menuju jalan-Nya kerana saya bimbang saya akan tergelincir dari landasan-Nya kerana saya cuma manusia biasa yg kadang-kadang alpa dan leka dengan nikmat dunia. Tolong lah sabar dengan kerenah-kerenah saya yg mungkin akan menguji kesabaran abang suatu hari nanti. Tolong dahulukan umi dan abah dulu sebelum saya ye kerana pada mereka terdapat syurgamu. Biarlah cinta yg mula berputik ini akan terus mekar hanya kerana-Nya. InsyaAllah. 

HeartNote: Now you already be my husband and I will give all my life to you, In The Name of Allah. Indahnya cinta aturan Allah, Subhanallah. Semoga kita bercinta hingga ke jannah-Nya. InsyaAllah. Semoga Allah redha.

Keep Isitqamah (^___^)

Tuesday, 8 October 2013

Just ignore it

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita masih lagi bernafas hingga ke hari ini untuk terus beribadat kepada-Nya. DIA Yang Maha Sempurna, DIA Yang Maha Mengetahui dan DIA Yang Maha Besar. Hati ini tidak pernah lupakan DIA walau sesaat kerana tanpa pertolongan DIA tiadalah aku di bumi ini. Sampai bila? Hanya Allah Yang Mengetahui.

Mereka tak pernah berhenti bercakap.
Mereka tak pernah berhenti mengata.
Mereka tak pernah berhenti menyindir.

Tapi,

Telinga mungkin dah kebal.
Hati semakin kuat.
Mulut dah terkunci rapat.

Kerana suatu hari nanti,
Mereka akan berhenti bercakap.
Mereka akan berhenti mengata.
Kerana hati mereka juga milik Allah

Arwah ayah dah pesan awal2 lagi "Biar apa orang nak kata, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, abih cerita.Yang penting kita tahu apa yg kita buat, just ignore the others". Thanks dad.


HeartNota: Hati tolonglah terus bertahan demi ibu. Nak kuat macam bumblebee kan? So please be strong for your mother . Jangan biarkan air matanya terus mengalir akibat dari mulut2 manusia yg terlampau comel itu.  Biarkan mereka terus berkata2. Semoga mereka2 diberi hidayah oleh Allah.. Semoga Allah redha.


Keep Istiqamah :)


Sunday, 6 October 2013

Aku memilihnya kerana DIA

Bismillahirahmanirrahim....

Kenapa aku memilih dia, sedangkan hati aku sekeras batu suatu ketika dulu. Hati ini, milik Yang Maha Esa. Dia yg mengetahui segalanya. Tak pernah terfikir dek akal yg aku bakal berkahwin dengan seorang lelaki yg baru aku kenal dalam masa sehari saja. Namun itulah yg dinamakan jodoh. Pada mulanya hati menolak sekeras2nya permintaan ibu namun siapa aku untuk menolak takdir. Segalanya dari Yang Maha Esa.

Cinta hadir di hati tanpa sebab, tidak diundang, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yg membentang. Andai cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah mengatur segalanya hingga keindahan itu datang tepat pada waktunya. Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta itu sendiri. Hati ini mudah berbolak-balik maka serahkanlah rasa yg belum halal itu pada-Nya, berserahlah kerana hanya Allah sebaik-baik penjaga. 

****************************************************

Awak, saya pilih awak kerana agama yg ada pada awak. Saya ikhlas menerima awak setelah nampak kesungguhan awak. Awak terus datang melamar saya untuk diperisteri bukan bahan cubaan dalam percintaan. Terima kasih.

Awak kata awak nak jadi imam solat saya, insyaAllah. Awak nak ganti arwah ayah jaga saya dan lindung diri saya. Awak kata awak nak masuk syurga sama-sama dengan saya sebab awak nak saya jadi bidadari awak kat syurga nanti. Awak nak jadi sebahagian dari keluarga saya. Awak sabar dengan kerenah saya yg kadang2 macam kanak2 ribena. hahaha~ Sungguh saya terharu, terkadang paip air mata ni bocor bila fikir tentang hadiah Allah ini. Begitu sayangnya Allah kat saya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan walaupun dugaan tempoh pertunangan ni banyak sangat dugaan. Dengan orang2 sekeliling yg sentiasa tidak berpuas hati. Tapi awak selalu ingatkan saya supaya tidak cepat melatah dan kadang2 saya yg ingatkan awak pulak. kihkih~ Kita bercinta after nikah ye awak. Semoga awak menjadi suami dan ayah yg terbaik buat saya dan anak2 saya nanti.
Di kala cinta menyapa
Dunia begitu indah berwarna
Bunga-bunga di hati bersemi
Harum mewangi bagaikan kasturi
Walaupun cinta tak nampak
Namun ia menguasai hidup
Tatkala hati tersentuh cinta
Walaupun cinta tidak berwarna nyata
Tapi ia membekas di kalbu
Wahai Sang Maha Pencipta cinta
Indahnya cinta adalah kurniaanMu
Ajarilah kami hambaMu rasa bersyukur atas segala kurniaMu
Ajari kami bahasa cintaMu yg ikhlas
Ajari kami memaknai cintaMu yg damai dan penuh kasih
agar bersemi di sepanjang musim tanpa pupus
Ya Allah, teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMu dan RasulMu di atas segala cinta
Ya Allah anugerahkanlah kami keredhaanMu
Amin Ya Rabbal Alamin....
Dikala hati resah memendam rindu..
Hiasi diri dengan taqwa, perbanyakkan solat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan berbaik sangka, semoga Allah memberi jalan yang terbaik menurutNya..

 Cinta bukan hanya kata-kata bermadah,
tetapi cinta adalah amanah daripada Allah.
Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah
kurnia daripada Allah yang Maha Indah.
Justeru, jagalah kesucian dan keindahan cinta itu
dengan berkata kepada kekasihmu...
"Aku cinta kepadamu kerana Allah"
(Cinta Kerana Allah, Ustaz Pahrol Mohd. Juoi)
"Dan nikahlah orang-orang yg sendirian di antara kamu dan orang-orang yg layak berkahwin di antara hamba sahayamu yg perempuan. Jika mereka miskin Dia akan memampukan mereka dengan rezekiNya, dan Allah Maha luas pemberianNya dan Maha Mengetahui (An-Nur : 32)
HeartNote : Ni rahsia Sairah dan mak, "Irah sayang Tok ngan Cik Noor sebab tok baik sangat, Cik Noor baik sangat ngan Irah." Tolong peluk cium kakak untuk saya yer  :') Moga Allah redha dengan hubungan dua keluarga ini. 


Keep Istiqamah :) 


Saturday, 5 October 2013

Dad, I will get married

Bismillahirahmanirrahim..

Ting...Ting... Kini menghitung waktu demi waktu untuk menggalas tanggungjawab besar bergelar seorang isteri. Ayah, adakah anakmu ini mampu untuk menggalas tanggungjawab tersebut? Sungguh, kak rindu ayah. Rindu untuk dipeluk, rindu untuk menangis di bahumu melepaskan segala beban yg berada dalam kepala tika ini. Kalau ayah masih di sini mungkin ayahlah orang yg paling sibuk menguruskan segalanya. Sungguh, aku rindu pada seorang lelaki yg bergelar seorang ayah tika ini.

Ayah, kak telah khatam Quran dengan jayanya. Alhamdulillah. Ayah selalu kata dulu, kita akan adakan majlis khatam Quran untuk kak. Sejadah yg ayah beli lama dulu untuk guru mengaji telah selamat kak bagi bersama2 sepasang telekung sembahyang. Tidak ada majlis, tidak ada pulut kuning yg selalu ayah angankan. Maaf. Kak hanya khatam Quran disaksikan Allah yg akan menjadi saksi bahawa seorang guru itu berjaya mengajar anak ini mengenal ayat2 Allah dan mengamalkannya sehingga sekarang. Alhamdulillah. InsyaAllah.

Masih banyak perkara yg belum selesai. Rasa macam tak cukup tangan nak selesaikannya sendirian. Namun di saat itu, Allah menghantarkan kepada anakmu ini ramai pembantu2 untuk meringankan beban. Begitu banyak bantuan yg diterima untuk majlis kesyukuran ini. Semuanya begitu mudah. Allah memudahkan segala urusan anak yatim ini. Sungguh kasih sayang Allah tiada tandingnya. Tidak dibiarkan anakmu ini sendirian melakukan segalanya. Alhamdulillah, terima kasih Allah. 

HeartNote: Kepada semua sponsor2 tudung, pelamin, langsir, makanan untuk majlis tahlil arwah dan majlis kesyukuran yg akan berlangsung nanti, terima kasih banyak2 dari kami sekeluarga. Semoga Allah mengurniakan kalian dengan rezeki yg melimpah ruah. Sungguh anak ini terharu. Moga Allah redha.

Keep Istiqamah :)

Monday, 30 September 2013

Keep Smiling

Bismillahirahmanirrahim...

Kenapa kita harus bersedih hati berpanjangan?
Di kala sesuatu yang berada ditangan terlepas dari genggaman.
Bukankah Allah sedang menguji keikhlasan kita?

Kenapa perlu dilayan kekecewaan yang telah bertandang?

Ketika sebuah keinginan tidak menjadi kenyataan?
Bukankah Allah sedang menguji sebatas mana kesabaran kita?

Kenapa kita harus terus menerus menangis dan meratap?

Ketika sebuah kebahagiaan yg diharapkan dibalas dengan pengkhianatan?
Bukankah Allah sedang menguji tingkat ketaqwaan kita kepada-Nya?

Kenapa kita harus berputus asa dan menyerah?

Ketika cubaan dan dugaan datang bersilih gati
Bukankah Allah sedang menguji dirimu wahai temanku?

Kenapa DIA mengujimu teman?

Kerana DIA yakin kau kuat untuk memikulnya.


Maksudnya : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):` Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir `."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


Janganlah terus tenggelam dalam kekecewaan ketika kita bisa menerima apapun yg menjadi ketetapan-Nya dengan hati yg lapang dan ikhlas. Redha dengan segala apa yg telah ditetapkan oleh-Nya. Hatimu akan lebih bahagia. Kenapa perlu bersedih sedangkan kita mempunyai beribu sebab untuk terus tersenyum indah.Tetaplah bersangka baik kepada Allah. InsyaAllah.



Keep Smile (^_^)v


Friday, 27 September 2013

Universiti kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...

Ketika dirimu gelisah...
Sentuhlah hatimu dengan lantunan ayat-ayat cinta dari Rabb-Mu
Ketika kamu lemah dan tidak berdaya...
Kuatkan kembali hatimu dengan zikrullah
Ketika kamu lelah dan mula putus asa..
Maka ingatlah Allah sentiasa
Yakinlah tiada usaha yang sia-sia

Ketika dirimu terasa kamu tidak dihargai...
Maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN
Ketika usaha keras tiada nilainya...
Maka saat itu kamu sedang belajar KEIKHLASAN
Ketika hati sedang terluka... 
Maka saat itu kamu sedang belajar MEMAAFKAN
Ketika kecewa bertandang...
Maka saat itu kamu sedang belajar erti KESUNGGUHAN

Bersama kesulitan dan kesusahan akan ada kemudahan
Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar..
maka BERDOALAH...

Bersabar, tersenyum dan terus belajar kerana kamu sedang menimba ilmu di universiti yang bernama KEHIDUPAN...

Hati.. 
Biarkan saja mereka berkata
Biarkan saja mereka memandang
Biarkan saja mereka berteka-teki
Biarkan saja mereka dengan cara mereka.....

Allah kan ada, kamu perlu yakin itu wahai hati..
Kamu kan kuat macam bumble bee, kamu mesti dapat atasinya untuk kali ini juga (~_^) wink..wink..
Bukan sekali kamu merasainya, bahkan sudah beribu kali. Telingamu sudah lali mendengar semua ini.
Aku yakin kamu pasti dapat melalui semuanya.

NotaHati : Keredhaan Allah yang ingin aku cari bukannya redha manusia. Apa yang terjadi tidak dipinta namun ini yang terbaik buat masa ini. Semoga Allah redha. 
Keep Istiqamah :)


Tuesday, 24 September 2013

Apa khabar cinta hatiku?

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah for todays. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Pong.. Pong...Ha, kepada kawan2 yg masih lagi bersendiri tu sabar deh. Banyakkan berdoa agar diringankan jodoh. Sama2 kita doakan agar dipertemukan dengan jodoh masing2, tapi seandainya masih belum tiba bersabarlah dalam penantian. InsyaAllah Allah akan hantar insan yg terbaik buat diri masing2. 

Jangan stress2 ye bila ada yg bertanya,

Bila nak kahwin?
Bila nak makan nasi minyak ni?

Tanya dia balik,
Bila kamu nak mati?
Aci tak? (Kan terjojol biji mata kalau tanya soalan gitu. kihkihkih)

Pasti ramai lagi yg masih tertanya2 kenapa diri belum dipertemukan dengan pasangan sedangkan kawan2 yg lain semuanya sudah berkeluarga. Itu lah yg sering dilontarkan oleh kawan-kawan yg masih lagi belum berkeluarga apabila soal jodoh menjadi tajuk perbincangan. Include me!

Mungkin masanya belum tiba untuk jodoh kita tiba. Masa ini kita gunakan untuk memperbaiki diri kita ke arah lebih baik. Kita gunakan masa ini untuk mempersiapkan diri menjadi seorang isteri yg solehah buat seorang yg bakal bergelar suami.

Siapa, di mana dan bagaimana?? Hanya Allah Yang Mengetahui. Jodoh itu rahsia Allah, tak perlu tergesa-gesa. Nama pun rahsia mestilah kita tak pernah tahu kan? Soal jodoh sama seperti rezeki dan ajal. Semuanya Allah dah tentukan tapi janganlah sampai tak berusaha. Kena ada sekali dengan usahanya baru la dapat.  Yakinlah dengan janji Allah sebagaimana firmannya:
"Wanita-wanita yg keji adalah untuk laki-laki yg keji, dan laki-laki yg keji adalah buat wanita-wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yg baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yg baik adalah untuk wanita-wanita yg baik (pula)" -Surah Annur Ayat 24
Jangan risau jodohmu sedang menunggu. Kalaupun bukan di dunia, insyaAllah di syurga nanti. 

****************************************************

Apa khabar cintaku yg masih dalam genggamanNya?
Masih jauhkah jarak yg harus kita tempuh untuk meraihnya?
Masih lamakah engkau dalam genggaman Pencipta kita?
Masih sabarkah engkau dalam genggamanNya?
Aku yakin kau baik-baik saja di sana

Walau lama, aku kan menanti demi redha-Nya
Walau jauh, aku akan berusaha untuk menggapai redha-Nya
kerana aku yakin atas keMahaan-Nya, kau akan selalu bersabar menunggu diri ini

Duhai kekasih yang terukir namamu di luh mahfuz, di mana pun kau berada 
Pintaku bertaqwalah kau pada Tuhan kita yg satu, Allah
Duhai belahan jiwaku yg hatinya masih dalam genggaman-Nya, jagalah hati dan imanmu sentiasa
Jangan sembarangan letakkan hati pada yg tidak halal

Kasih...
Jika kau yg ditakdirkan untukku, izinkan aku jadi kekasih sejatimu yg terikat oleh tali yg kuat dalam mahligai pernikahan

Sayang...
Jika kaulah insan yg harus ku sayang, izinkan aku menyayangimu bila tiba saatnya nanti

Cinta...
Jika kau cinta untukku, izinkanlah cintamu dan cintaku menjadi cinta kita sampai di Jannah-Nya. InsyaAllah

Wahai Yang Maha membolak balikkan hati,
Jika Engkau belum mengizinkan dia turun dari genggaman-Mu, maka jagalah dia. Jagalah hatinya, jagalah jiwa raganya. Namun jika Engkau telah menurunkannya dari genggaman-Mu, maka gerakkanlah hatinya juga hatiku. Agar kami bertemu dan bersatu atas perintah dan redha-Mu.
Semoga kami beroleh redha-Mu dunia akhirat.





Keep Smile :)


Sunday, 22 September 2013

Kenapa aku diuji?

Bismillahirahmanirahim..

Kaki melangkah terasa berat namun diteruskan jua. Kadang tidak terasa kaki menyentuh bumi namun ia terus berjalan tanpa arah tuju. Bebanan dipundak terasa berat tidak tertanggung, airmata terus mengalir di pipi tanpa segan silu. Kepala terasa berat menanggung ujian ini. hati mula bertanya "Kenapa aku diuji?". Ingin pergi jauh meninggalkan semua ini tapi bagaimana dengan mereka? Ujian dan dugaan datang tanpa dipinta namun sebagai manusia biasa siapa aku untuk melawan takdir Allah. Masihkah ada sinar buat hamba-Mu ini Ya Allah. Sungguh aku lemah di saat ini.

Bila saja aku lemah, di kala itu Allah menghantar seorang insan menguatkan aku. Di kala kekuatan mulai luntur Allah hadirkan seorang insan untuk membuatkan aku tersedar betapa indahnya ujian Allah. Di kala aku mulai alpa kerana kesedihan Allah anugerahkan aku seorang insan yg bisa mengembalikan senyuman diwajah ini. Ujian dan dugaan ini sebenarnya indah. Indah dengan caranya tersendiri. Terlukis di dalam hidup setiap insan. Tiada dugaan tiada berseri hidup insan kerana ujian yg bertandang mewarnai kehidupan.

"Kak, bukan senang kita nak puaskan hati semua pihak. Mesti akan ada jugak orang yg tak puas hati nanti. Cukuplah kita tahu apa yg kita buat. Adik along kuat." Itu kata along. "Anak ayah kuat macam ayah, ayah tak pernah ajar kak jadi cengeng. Ayah dah ajar anak ayah mampu berdikari sendiri." Siyes, aku perlukan kekuatan dari seorang ayah sekarang ni. Ingin aku genggam tangannya kuat2 supaya tidak luntur kekuatan ini.

Walaupun telinga ni kadang2 sudah lali dengan percakapan mereka tapi aku tetap manusia biasa yg ada hati dan perasaan yg akan terguris bila sesuatu yg menyakitkan singgah di telinga ini. Tangkap basah?? Kawin dengan suami orang? Itu lah yg mereka katakan pabila cerita tentang pernikahan aku yg bakal berlangsung bulan depan menerjah mereka. Opps.. lupa pulak di mata mereka aku ni si budak jahat. Hahahaha~ Kat mana jahatnya aku sendiri tak pernah tahu. Ah, lantak korang lah. Dah pening nak melayan kerenah korang yg tak semenggah tu. Tak pernah boleh tengok anak AMAN ni bahagia kan? CIK ONN a.k.a CIK ANNUR AMAN sentiasa fikirkan ibu dan ayah sebelum buat sesuatu perkara. Arwah ayah tak pernah ajar aku untuk jadi anak yg menconteng arang di muka orang tua. Kan aku nak masuk syurga sama2 ibu dan ayah mustahil aku akan heret mereka ke neraka. Nauzubillah. Encik tunang pun aku baru kenal macam mana la aku nak kena tangkap basah. kihkih~ Kadang2 geli hati dengan mereka2 yg tak pernah puas hati tu.

3 tahun sudah berlalu semua ni kenapa mereka masih lagi dengan perangai2 lama. Tidak terdetikkah di hati mereka untuk mengasihani kami anak2 yatim ini? Kerana pernikahan ini kelihatan tergesa2 so mereka buat conclusion sendiri. Datang bertanya terus, jangan biarkan kamu terus tersalah sangka. Kan lebih baik. Bukankah kita kena selalu berhusnudzon? Orang nak bagi pahala tu bukan senang. So kita terima dengan hati yg redha. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan oleh-Nya. Moga Allah pun redha.

YOU HAVE ALLAH, KEEP STRONG...

Keep Istiqamah :)

Thursday, 19 September 2013

Buatmu bakal imamku


Aku bermonolog sendirian, bertanya pada diri siapakah pemilik hati ini selepas Allah dan Rasulku. Perkahwinan adalah satu sunnah, maka ku serahkan segalanya pada Allah. Pengharapan kita pada Allah jadi aku serahkan segala-galanya pada-Nya. Cuma satu doaku, berharap agar Allah menghadirkan seorang lelaki yang mampu membimbing diri ini ke jalan yang diredhai Allah. Andai engkau yg ditakdirkan untukku InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.


Dear Bakal Imanku, 

Ketahuilah aku bukanlah seorang wanita yang cantik paras rupanya, yang lembut tutur bicaranya kerana aku hanyalah wanita biasa yang terkadang melakukan salah dan silap. Jangan mengharapkan kesempurnaan dari diri yang serba kekurangan ini. Aku hanya wanita biasa yang perlukan sokongan dan bimbingan, perlukan pemahaman dan pengertian. Maka, sabarlah menghadapi aku nanti.

Bakal Imamku,

Aku tidak mengharapkan kesempurnaan darimu, cukuplah kau hanya hebat di mataku kerana aku juga insan yang penuh kekurangan. Aku tidak inginkan kata-kata manis darimu kerana aku yakin wanita lain telah mendengarnya terlebih dulu dariku. Aku tidak perlukan pujian darimu kerana aku tahu pujian itu telah sampai dulu pada wanita lain. Jangan janjikan aku dengan apa yang kamu tidak pasti kerana aku tahu wanita lain pernah hampa dengan janjimu dulu. Aku tidak menagih hartamu kerana aku bersyukur Allah juga memberikan aku kudrat untuk berusaha ke arah itu juga. Aku tidak kisah bagaimana rupamu nanti kerana aku juga bukanlah wanita yang cantik paras rupanya.

Bakal Imamku,

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang, aku berharap jika nanti Allah menyatukan kita kamu akan sentiasa membimbingku agar aku menjadi wanita solehah. Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga kerana aku ingin kita disatukan di dunia dan akhirat. Andai kamu yang ditakdirkan untukku, ku harap kau boleh menjadi imam untukku dan anak-anakku. Kamu boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita. Kamu akan mencintai aku apa adanya dan menerima kekuranganku dengan penuh kebijaksaan. Andai aku salah, tegurlah aku dengan kata-kata yang penuh berhikmah dan seandainya aku marah padamkanlah ia dengan kasih sayangmu agar marahku menjadi kelembutan. Andai aku lupa ingatkanlah aku agar kelak kau tetap menjadi tauladan buatku dan anak-anak kita.

Bakal Imamku,

Jangan pernah berhenti menjadi lebih baik kerana suatu hari nanti kau bakal menjadi sumber rujukanku. Jangan pernah jemu untuk menasihati aku untuk menjadi lebih baik tetapi jangan pula kamu turut terleka dengan dunia ini. Jangan pernah letih untuk bersabar kerana mungkin aku bakal mencabar tahap kesabaranmu di masa-masa akan datang. Jangan sesekali hapuskan kepercayaan aku terhadapmu seandainya aku mula untuk mempercayaimu kerana aku bukanlah wanita yang mudah untuk mempercayai sesiapa kecuali dirimu seandainya kamu disatukan denganku suatu hari nanti. 

Bakal Imamku,

Tiada siapa yang mengenalimu bahkan diriku sendiri kerana dirimu menjadi rahsia Pencipta kita yang perlu kusingkap dengan sepenuh kesungguhan dalam sujudku. Cuma istikarah yang dapat merungkai rahsia ini buatku. Bertahun lama yang kutunggu hanyalah akad yang akan membimbing diri ini menuju Jannah Allah. Apalah erti kasih sayang yang bersemi untukmu andai maharnya bukan kemampuan untukmu mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segalanya. Tiada yang lebih berharga buatku melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini berjuang dalam menegakkan Deen ini, 

Bakal Imamku,

Hatimu adalah milik Allah begitu jua hati ini. Dari awal kudidik hati ini bahawa kamu bukanlah milikku kerana kamu adalah milik Allah Yang Esa. Walau di mana jua dirimu dan siapa kamu yang pasti bersama-samalah kita didik hati ini agar redha dengan setiap apa yang berlaku dalam menegakkan agama Allah ini. Bersama-samalah kita bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segalanya kerana cinta-Nya kekal abadi. Biarlah seribu malam berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita di atas lembaran tahajjud dan istikarah.

Bakal Imamku,

Aku mengerti dan aku sentiasa berdoa, suatu hari nanti moga Allah mempertemukan kita dalam pertemuan yang diredhaiNya. Aku akan tersenyum manis padamu. Aku akan sentiasa menjadi pendampingmu dan sentiasa setia bersamamu dalam suka mahupun duka kerana aku ingin menjadi sahabat, kawan, teman dan juga isteri yang terbaik buatmu. 

InsyaAllah...



Keep Smile and Keep Istiqamah (^_^)


Just be yourself

You are strong,
When you take your grief and teach it to smile.
You are brave,
When you overcome your fear and helps others to do the same.
You are happy,
When you see a flower and thankful for the blessing.
You are loving,
When your own pain does not blind you to the pain of others.
You are wise,
When you know the limits of your wisdom.
You are alive,
When tomorrow's hope means more to you than yesterday's mistake.
You are growing,
When you know what you are but not what you will become.
You are free,
When you are in control of yourself and do not wish to control others.
You are generous,
When you can take as sweetly as you can give.
You are thoughftul,
When you see me just as i am and treat me just as you are.
You are beautiful,
When you don't need a mirror to tell you.
You are rich,
When you never need more than what you have.

HEARTNOTE: Enjoy the life by just being yourself. The true of you

Keep Istiqamah :)

Tuesday, 17 September 2013

Nobodies knows

Bismillahirahmanirahim..

Hati, kadang tak dapat nk predict apa yg ada dlm hati seseorang. Siapa yg mengetahui isi hati seseorang? Siapa yg dapat menyelami dalamnya hati seseorang? Takde seorang pun dr kita kan? Bahkan diri kita sendiri pun gagal untuk menebak sedalam mananya hati kita dan kadangkala kita sendiri tidak memahami apa yg ada dalam hati kita.

Bila kita melihat seseorang tersenyum adakah dia benar2 bahagia? Bila seseorang sedang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? Adakah kenyataannya sama seperti yg kita lihat? Apa yg dilihat secara zahir belum tentu itu yg mencerminkan apa yg bermain di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tapi kadang2 tidak perlu untuk orang lain tahu apa yg sedang kita rasakan saat itu.

Apabila kita bahagia tidak perlu rasanya untuk kita menunjukkan betapa bahagianya kita. Begitu juga ketika bersedih, tidak perlu untuk mereka tahu betapa sakitnya hati hingga membuatkan kita bersedih. Cukuplah hanya kita yg tahu dan Allahlah tempat kita mencurahkan segala rasa yg ada di dalam hati. Hanya Allah tempat kita mengadu dan berserah diri.

| Hasbunallahu wa ni'mal wakiil ni'mal maula wa ni'man nashir |
" Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung."


Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah  dia ingin tersenyum setiap saat.

Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya.

Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna?

Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?

Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa di sebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit &lara hati ini.

Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang  merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.

Sabda Rasulullah Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

HeartNotes : Ya Rabb..Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan. Ikhlaskanlah hati ini untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin


Keep Istiqamah :)

Because I am nobody



Ya Allah...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisi-Mu, tidak sesekali Ya Rabb
Kerana Engkau pun Maha Mengetahui keadaanku,
Engkau pun tahu dulu aku hanyalah hamba-Mu yang pernah berbuat salah,
Dan aku pun tahu tiada seorang pun yang sempurna melainkan Engkau Ya Allah
Maka, aku meminta seseorang yang tidak sempurna supaya dia merasa sempurna dengan kehadiran aku di sisinya.

Seorang lelaki yang akan kusayangi kerana kelembutan hatinya,
Seorang lelaki yang akan kucintai kerana keindahan akhlaknya,
Seorang lelaki yang akan kukasihi kerana kehalusan budinya,
Seorang lelaki yang akan kukagumi kerana kesantunan sikapnya,
Seorang lelaki yang akan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya,
Seorang lelaki yang akan menerima aku seikhlas hatinya..

Seseorang yang tidak akan pernah ku duakan hingga akhir hayatku tiba.. insyaAllah.

Seorang lelaki yang akan kuhiburkan dikala dia bersedih,
Seorang lelaki yang akan ku sapu air matanya ketika dia menangis,
Seorang lelaki yang akan menjadikan bahuku untuk bersandar di saat kepenatan,
Seorang lelaki yang akan kudengar segala keluh-kesahnya,
Seorang lelaki yang akan kupertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya,
Seorang lelaki yang akan memiliki ketulusan dan kesetiaan hati ini..

Yang akan kutemani sehingga malaikat maut menjemputku pulang ke sisi-Mu
Dan..
Seseorang yang akan memimpin tanganku untuk menuju ke jannnah-Mu...

Yang Allah...
Yang memegang rahsia segala sesuatu,
Redhakanlah aku terhadap apapun yang telah Engkau tetapkan untukku
Kerana Engkau tahu apa yang terbaik untukku..

Sesungguhnya aku tidak mengetahui,
Sedangkan Engkau mengetahui segalanya,
Jadikan lah aku seorang yang redha dengan segala apa yang berlaku..

Amin....


Keep Istiqamah :)


Friday, 13 September 2013

Sekilas Persiapan

Bismillahirahmanirrahim...

Dulu kalau bercakap tentang majlis kawin anak tunggal perempuannya ni ayahlah orang yg paling excited sekali. Majlis mesti grand, ada pelamin, kena sanding, makan beradab, ada sound system lagi. Duit hantaran pulak dia nak 10 ribu. Katanya kawin hanya sekali jer, tambah2 i'm the only daughter. Ayah suka sangat berangan lebih2, anak dia ni menurun dia la kot. hahaha~

Lain pulak dengan ibu. Katanya nak buat solat hajat and just buat kenduri kesyukuran jer. Tak payahlah bersanding bagai, pelamin tu lagila tak penting. Buat yg wajib sudah. Wat majlis kecik2 jer utk heboh kat orang anak dah kawin.

Ketara kan perbezaan mereka? Bila di ingat balik kelakar pun ada. Diorang duk bergaduh pasal majlis kawin anak perempuannya yg tak tahu bila kawinnya. Sorang nak gini, sorang nak gitu. Den la yg poning dengar celoteh mereka. Eeee, rindunya kat ayah. huhuhu~

Tapi aku ada impian aku sendiri. Gabungan 2 orang yg aku sayang, nak fair punya pasal.hikhik~ Ada pelamin tapi takde sanding. Just mini pelamin untuk bergambar, Ha, sound system tak perlu ada, makan beradab pun takkan ada. Makan sekali dengan orang ramai, kan lebih berkat tu. Aku just nak buat majlis kesyukuran je untuk meraikan family2, kawan2 and jiran2 terdekat. Pasal duit hantaran pulak tak perlula sampai 10 ribu tu, kesian kat orang. Kan nanti ada yg berhutang sebab nak kawin. mana boleh gitu. Itu yg aku selalu kata kat ayah. Semuanya aku nak buat sendiri tapi ayah akan bantu. Tapi sekarang memang sendiri sungguhla tanpa ayah. Teringat bila aku selalu kata kat ayah, aku nak ayah yg menikahkan aku sendiri. Tak kesampaian jugak. hukhuk~

Tapi tu cerita 3 tahun lepas. Sungguh aku rindu ayah. Bila dah dekat nak kawin ni lagi aku rindu ayah. Semua yg ayah kata aku ingat. Kalau ayah masih ada aku takkan buat semuanya sendiri. Mesti semuanya senang sebab ayah akan tolong handle tapi bila semuanya di handle sendiri semuanya jadi stress. Kesiannya encik tunang yg kena marah dengan cik tunangnya ni akibat terlalu stress.hahaha~ Jahatnya aku. Sorry ye awak, sorry sangat2.

Tapi Allah sentiasa ada utk aku. DIA tak pernah sesekali meninggalkan anak yatim ini sendirian. Semuanya dipermudahkan oleh-Nya. DIA hadirkan mereka2 yg baik di sekeliling aku untuk membantu aku. Aku doakan mereka sentiasa dalam rahmat Allah. Rasa bertuah sangat sebab banyak tangan yg menghulurkan bantuan dan rasa disayangi sangat. Dah start cengeng minah ni. hukhukhuk~

Kad Undangan Majlis Kesyukuran ni pun cik kidal yg buat sendiri. Kad yg biasa2 sudah cukup. Tak payah nak membazir sangat, nanti akan masuk tong sampah jugak bukan orang letak dalam frame pun kan.hahaha~ Memang jimat giler2. Tunggu masa nak g jemput orang jer.







Polisterin ni pulak just ambik yg cik nona punya jer, dia kan baru kawin baru ni. So hantaran dari pihak laki tu kan ada benda alah ni, apalagi kita mintak dapat free la. Tak ke jimat. Tak payah la beli dah. hahaha~












Ha, yg aku beli just bunga, kain net, ngan riben yg aku nak letak kat bakul tu jerla. Sebab nak kaler purple punya pasal kan, kena la cari jugak. Kalau tak aku ambik je bunga yg dah ada kat rumah ni. hohohoho~

Bakul ni pulak utk letak barang2 yg akan diberi pada pihak laki nanti. Yg ni aku recycle yg along punya jer. Kak su guna bakul ni bagi barang hantaran kat along, so apalagi utk jimatkan kos kita guna balik apa yg ada. Siyes jimat. hakhak~



Bunga tangan ni pulak aku just guna bunga yg dah ada kat rumah ni jer. Cuma kena beli span ngan pemegang dia jer. Rasa macam main2 ngan bunga pulak. Nama jer kidal tapi langsung tak berseni. Tangan kaku semacam je, tapi sebab nak jimat aku nak jugak buat sendiri. Akhirnya menjadi jugak walaupun span tu hampir hancur dikerjakan aku.kahkahkah~


Disebabkan kekurangan kaki dan tangan, makanan diuruskan sepenuhnya oleh bapa2 saudara, ibu2 saudara dan sepupu sepapat di kampung. Kanopi, meja and kerusi utk tetamu dah tempah,. Baju2 and tudung tak beli lagi, mood nak membeli masih tak kunjung tiba. hahaha~ Takde sewa menyewa, beli yg siap sudah. Either baju kurung moden or dress labuh or jubah. Tengok pada bajet. Barang hantaran utk diri sendiri pun tak beli lagi. Encik tunang semuanya dah settle, bersemangat giler. hikhik~ Mini pelamin pun sdn bhd jugak tapi akn dibantu oleh jiran2. Nak buat sendiri jugak. Sewa mahal sangat. So kita tengok apa akan jadi dengan mini pelamin tu bila cik kidal berkarya nanti.hahaha~ Untuk doorgift or goodies masih tak tau nak beli apa. Poning2. Takpe2, nanti my BFF akan bantu hal tu. Sayang mg Imah. hikhik~ Ha, make up pulak memang tak ler. Natural beauty cukup. Tak payah nak conteng muka sangat la takut jadi tepung gomok pulak. Nak solat lagi nanti kena sental baru hilang, kan susah. Yg penting jimat. Bukan kedekut k, tapi jimat. Yela, cik kidal ni kan tak keje lagi nak cari orang sponsor memang tak dapat la kan. hahaha~ 

Tinggal tak sampai sebulan je lagi sebelum majlisnya. Pejam celik2 dah 3 minggu aku jadi tunang orang, jap jer. Dalam terkejar2 macam ni pun aku masih lagi main2. Jap g dah nak dekat tarikh baru kalut. Dari dulu perangai last minute tak pernah berubah. hihihihi~ Yg penting kita bercuti dulu, sebab mood bercuti datang walaupun tak bape nak sihat sangat. Bawak mak and adik g rumah along jenguk anak, menantu and cucu mak. Dah rindu kat cucu sangat tu. hikhik~ KL...I'm coming. Semoga segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya. Semoga Allah redha. 


HeartNote : Encik Tunang..Don't walk behind me, I may not lead. Don't walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be my friend.


Keep Istiqamah :)