Sunday 22 September 2013

Kenapa aku diuji?

Bismillahirahmanirahim..

Kaki melangkah terasa berat namun diteruskan jua. Kadang tidak terasa kaki menyentuh bumi namun ia terus berjalan tanpa arah tuju. Bebanan dipundak terasa berat tidak tertanggung, airmata terus mengalir di pipi tanpa segan silu. Kepala terasa berat menanggung ujian ini. hati mula bertanya "Kenapa aku diuji?". Ingin pergi jauh meninggalkan semua ini tapi bagaimana dengan mereka? Ujian dan dugaan datang tanpa dipinta namun sebagai manusia biasa siapa aku untuk melawan takdir Allah. Masihkah ada sinar buat hamba-Mu ini Ya Allah. Sungguh aku lemah di saat ini.

Bila saja aku lemah, di kala itu Allah menghantar seorang insan menguatkan aku. Di kala kekuatan mulai luntur Allah hadirkan seorang insan untuk membuatkan aku tersedar betapa indahnya ujian Allah. Di kala aku mulai alpa kerana kesedihan Allah anugerahkan aku seorang insan yg bisa mengembalikan senyuman diwajah ini. Ujian dan dugaan ini sebenarnya indah. Indah dengan caranya tersendiri. Terlukis di dalam hidup setiap insan. Tiada dugaan tiada berseri hidup insan kerana ujian yg bertandang mewarnai kehidupan.

"Kak, bukan senang kita nak puaskan hati semua pihak. Mesti akan ada jugak orang yg tak puas hati nanti. Cukuplah kita tahu apa yg kita buat. Adik along kuat." Itu kata along. "Anak ayah kuat macam ayah, ayah tak pernah ajar kak jadi cengeng. Ayah dah ajar anak ayah mampu berdikari sendiri." Siyes, aku perlukan kekuatan dari seorang ayah sekarang ni. Ingin aku genggam tangannya kuat2 supaya tidak luntur kekuatan ini.

Walaupun telinga ni kadang2 sudah lali dengan percakapan mereka tapi aku tetap manusia biasa yg ada hati dan perasaan yg akan terguris bila sesuatu yg menyakitkan singgah di telinga ini. Tangkap basah?? Kawin dengan suami orang? Itu lah yg mereka katakan pabila cerita tentang pernikahan aku yg bakal berlangsung bulan depan menerjah mereka. Opps.. lupa pulak di mata mereka aku ni si budak jahat. Hahahaha~ Kat mana jahatnya aku sendiri tak pernah tahu. Ah, lantak korang lah. Dah pening nak melayan kerenah korang yg tak semenggah tu. Tak pernah boleh tengok anak AMAN ni bahagia kan? CIK ONN a.k.a CIK ANNUR AMAN sentiasa fikirkan ibu dan ayah sebelum buat sesuatu perkara. Arwah ayah tak pernah ajar aku untuk jadi anak yg menconteng arang di muka orang tua. Kan aku nak masuk syurga sama2 ibu dan ayah mustahil aku akan heret mereka ke neraka. Nauzubillah. Encik tunang pun aku baru kenal macam mana la aku nak kena tangkap basah. kihkih~ Kadang2 geli hati dengan mereka2 yg tak pernah puas hati tu.

3 tahun sudah berlalu semua ni kenapa mereka masih lagi dengan perangai2 lama. Tidak terdetikkah di hati mereka untuk mengasihani kami anak2 yatim ini? Kerana pernikahan ini kelihatan tergesa2 so mereka buat conclusion sendiri. Datang bertanya terus, jangan biarkan kamu terus tersalah sangka. Kan lebih baik. Bukankah kita kena selalu berhusnudzon? Orang nak bagi pahala tu bukan senang. So kita terima dengan hati yg redha. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan oleh-Nya. Moga Allah pun redha.

YOU HAVE ALLAH, KEEP STRONG...

Keep Istiqamah :)

No comments:

Post a Comment