Tuesday 17 September 2013

Because I am nobody



Ya Allah...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisi-Mu, tidak sesekali Ya Rabb
Kerana Engkau pun Maha Mengetahui keadaanku,
Engkau pun tahu dulu aku hanyalah hamba-Mu yang pernah berbuat salah,
Dan aku pun tahu tiada seorang pun yang sempurna melainkan Engkau Ya Allah
Maka, aku meminta seseorang yang tidak sempurna supaya dia merasa sempurna dengan kehadiran aku di sisinya.

Seorang lelaki yang akan kusayangi kerana kelembutan hatinya,
Seorang lelaki yang akan kucintai kerana keindahan akhlaknya,
Seorang lelaki yang akan kukasihi kerana kehalusan budinya,
Seorang lelaki yang akan kukagumi kerana kesantunan sikapnya,
Seorang lelaki yang akan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya,
Seorang lelaki yang akan menerima aku seikhlas hatinya..

Seseorang yang tidak akan pernah ku duakan hingga akhir hayatku tiba.. insyaAllah.

Seorang lelaki yang akan kuhiburkan dikala dia bersedih,
Seorang lelaki yang akan ku sapu air matanya ketika dia menangis,
Seorang lelaki yang akan menjadikan bahuku untuk bersandar di saat kepenatan,
Seorang lelaki yang akan kudengar segala keluh-kesahnya,
Seorang lelaki yang akan kupertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya,
Seorang lelaki yang akan memiliki ketulusan dan kesetiaan hati ini..

Yang akan kutemani sehingga malaikat maut menjemputku pulang ke sisi-Mu
Dan..
Seseorang yang akan memimpin tanganku untuk menuju ke jannnah-Mu...

Yang Allah...
Yang memegang rahsia segala sesuatu,
Redhakanlah aku terhadap apapun yang telah Engkau tetapkan untukku
Kerana Engkau tahu apa yang terbaik untukku..

Sesungguhnya aku tidak mengetahui,
Sedangkan Engkau mengetahui segalanya,
Jadikan lah aku seorang yang redha dengan segala apa yang berlaku..

Amin....


Keep Istiqamah :)


No comments:

Post a Comment