Friday, 30 December 2011

2011 bakal melabuhkan tirai....

  2011 bakal melabuhkan tirainya, 25 pula akan sampai ke penghujungnya dan 26 akan menjelma. Alhamdulillah, tahun 2011 banyak meninggalkan 1001 kenangan manis dan pahit. Segalanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya agak terseksa.huhuhu~~
  Kehidupan 2011 agak mencabar bg seorang 'aku' pada mulanya kerana tanpa kehadiran seorang ayah. Kenangan bersama ayah sentiasa di hati dan kenangan itu yg membuat aku makin kuat untuk hidup kerana aku mahu jadi seperti ayah. Semangatnya yg kuat dalam menghadapi kesakitan tanpa sebarang rungutan di bibir, senyuman sentiasa menghiasi bibirnya walaupun aku tahu dirinya berperang dengan kesakitan, seorang happy go lucky dan tahap kesabaran yg tinggi. Mak selalu kata 'aku anak ayah' so aku kena kuat macam ayah walau apa dugaan yg menanti. Semangat ayah tidak akan mati dalam diri ini. Alhamdulillah, aku dapat lalui tahun 2011 dengan baik dan lancar dengan izin Allah. Syukur padaMu Ya Allah.
  Dengan kehadiran segala fitnah dan tohmahan dari orang2 sekeliling membuatkan diri bertambah matang dalam melayari hidup ini dan diri tidak cepat melatah. Tahun 2011 lah yg banyak mengajar diri menjadi lebih SABAR dan KUAT. Alhamdulillah tahap kesabaran makin tinggi, kemarahan juga dapat dikawal, diri makin matang dalam bercakap dan diri makin penuh dengan kasih sayang untuk diberikan kepada orang2 sekeliling walaupun diri sendiri sedang mencari kebahagiaan sendiri. Mungkin dengan memberikan KASIH SAYANG kita juga akan menemukan kebahagiaan kita. 
  Walaupun dirasakan dengan permulaan 25 tahun agak hambar tanpa ucapan selamat hari lahir dr keluarga kerana mungkin mereka lupa. Mengajar diri untuk berfikir lebih positif. Abang sudah mempunyai isteri mungkin terlupa untuk mengucapkannya. Selepas 3 hari baru adik bongsu ku teringat dan meminta maaf kerana terlupa. Mungkin saja kerana banyaknya kerja sekolahnya. Ibu yg terlupa mungkin saja banyak sangat berfikir tentang anak2nya membuatkan diri mula merindui ayah kerana tidak pernah missed untuk wish birthday aku di awal pg tp tahun ini dirasakan agak hambar tanpa panggilan darinya. Bukan terlalu menginginkan ucapan itu cuma untuk memujuk diri bahawa masih lagi di appreciate. Macam budak2 pulak aku ni..kahkahkah~~ Anyway terima kasih kepada kawan2 yg tidak pernah terlupa dan membuatkan diri terasa hidup.
  Dugaan demi dugaan yg datang kadangkala membuatkan aku lemah dan menangis, namun bila diri mula berfikir dengan waras semuanya ada hikmahnya. Aku makin dekat dengan Allah, diri makin tabah walaupun kadang2 hampir tersungkur dan alhamdulillah aku masih lagi masih bisa bangun untuk meneruskan hidup ini. Mendapat berita tentang seorang yg pernah aku sayangi dulu telah menimang cahaya mata sedikit sebanyak membuat diri pilu namun aku bahagia kerana dia telah bahagia bersama isteri tersayang dan anak. Aku doakan dia sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang. Aku perlu megorak langkah mencari kebahagiaan aku sendiri. Segala tentang dia telah aku lupakan walaupun agak mengambil masa.
  Disebalik kepahitan ini terselit kebahagiaan yg tanpa aku sedari dan tidak disangka2 Allah hadirkan kepada aku. Allah anugerahkan seorang TEMAN kepada aku untuk berkongsi segala suka dan duka. Allah kurniakan kepada aku kawan2 yg sentiasa di sisi memberikan sokongan dan dorongan. Allah hadirkan kepada aku HOUSEMATES yg sememangnya amat aku sayangi. Hidup yg kosong terasa terisi dengan kehadiran insan2 ini. Diri mula terasa kebahagiaan walaupun pada yg sama diri ini kadang2 masih diduga.  Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Melihat. Rupanya masih ada lagi insan yg ikhlas menyayangi diri ini. Syukur Alhamdulillah.
  Di akhir 2011, 30/12/2011 @ 8pm aku telah menjadi cik ngah dengan kehadiran seorang anak saudara perempuan. Sebaik sahaja mendapat berita dr abang bahawa kak ipar aku selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.85kg, hampir menitis air mata aku. Aku boleh bayangkan betapa gembiranya abang ku menimang cahaya mata pertama. Betapa gembira hati ini mendengar suara kegembiraan seorang abang yg amat aku sayangi. Aku dah dapat 'geng' sebab dia pun perempuan.hihihi~~
  Aku akan sentiasa doakan insan2 disekelilingku ini akan sentiasa bahagia. Semoga dengan berlabuhnya 2011, kita makin menjadi lebih baik untuk keluarga, agama dan negara. InsyaAllah.

p/s: Terima kasih wat teman dan kawan2 tersayang, maafkan diri ini jika ada salah dan silap sepanjang persahabatan  kita dan kepada housemates tersayang maafkan jika kakak ada melukakan hati sesape. Sesungguhnya apa yg baik datang dr Allah dan yg buruk adalah dari diriku sendiri. Love u all..

Monday, 26 December 2011

Sindrom Anak Kedua


Betul ke anak ke2 ni ada sindromnya tersendiri? Melihatkan pada diri aku yg sememangnya dilahirkan sebagai anak ke2 yg mempunyai seorang abang dan 2 orang adik lelaki sedikit sebanyak mengakuinya. 

Terbaca tentang sindrom anak kedua ini mengingatkan aku pada seorang ustaz yg pernah berkunjung ke rumah pada pertengahan tahun baru2 ini. Katanya "kakak kalau marah mesti nak runtuh rumah ni kan, tapi cepat sejuk bila marah, berbeza dengan abang dan adik2nya." Aku amat akuinya termasuklah ibu, abang dan adik2 sebab mereka lebih kenal aku. Mak pernah kata antara anak2 dia aku lah yg paling degil, keras kepala, xmakan pujuk, suka ikut kepala sendiri sejak kecil lagi. Tapi setakat ni aku tak pernah wat hal yg boleh memalukan family la, sebab ajaran agama yg aku kendong selama ni masih berada kemas dalam hati walau di mana aku berada. Nak buat sesuatu aku perlu fikir mak ayah dulu, dari dulu sampai sekarang itu prinsip aku. 

Kadang2 terasa jugaklah sebab jadi anak kedua ni banyak kena mengalah dengan abang dan adik2. Abang yg banyak bermanja dengan ibu kadang2 buat aku 'jealous'. Adik2 minta pe2 senang je dapat, walaupun aku ni anak perempuan tunggal xpernah pun dapat pe yg aku nak. . Kalau nak 'something' dapatkan sendiri, tu yg ayah selalu kata. Tapi bila difikirkan balik semua tu yg banyak mengajar aku untuk lebih berdikari dan aku tidak manja berbanding dengan abang dan adik2. Mak selalu kata, kasih sayang antara anak2 dia xpernah beza pun tapi tanpa dia sedari sebenarnya dia terlebih caring anak2 lelaki dari anak perempuan.

Menurut Dr HM Tuah Iskandar - "Terdapat 3 kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yg dijalankn mendapati mereka berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yg fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yg tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. Namun disebaliknya anak kedua ini seorang yg cepat terasa. Dapat dilihat, kebayakan ibu bapa akan membeli pakaian serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yg serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yg telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai. Sikap 'SEDAR DIRI' membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yg berwawasan, bertanggungjawab tapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal. Kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yg fleksibel. Sikap berdikari dan kedegilan yg ada dalam diri mereka sejak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yg sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. "

Sebenarnya ibu bapa tidak pernah adil dalam memberi kasih sayang yg sama rata kepada anak2. Sebab tu kadang2 jiwa anak tengah ni cepat sensitif kerana mereka rasa tiada orang yg pedulikan mereka atau senang cerita mereka adalah golongan yg perlu 'survive'. Mereka mempunyai abang dan kakak yg perlu dihormati dan juga adik lelaki dan adik perempuan yg perlu dikasihi jadi tugas anak tengah lebih kepada berkorban untuk ahli keluarga yg lain.

Biasanya anak tengah ni pelik sikit dari anak2 yg lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. Ini kerana mereka adalah antara yg paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yg lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Oleh itu, anak tengah cuba untuk melakukan yg terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.






Jom Kenali sifat anak kedua:
ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia je yg betul. Kemahuan dia kuat, kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan. (Kadang2 tu makan pujuk jgkla, tp tengok sape yg pujuk la) hihihiihi~~

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni tak pandai nak memujuk. (Jangan sape2 merajuk dengan aku, kesian korg kena pujuk diri sendiri.. huahuaha~~)

BERCINTA
kalau bercinta, sangat setia. Kalau dah kata sayang tu memang tak pandang orang lain dah. (Setia sgt  sbb tu kene tinggal, padan muka..) uwaaaa~~~ single is better

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih putihlah. Jangan sesekali berani untuk berjanji kerana dia amat berpegang pada janji dan akan menuntutnya. (so jgn cuba2 utk berjanji dengan aku.)hahaha~~

HATI
No 2 ni juga nampak je hati keras tp sebenarnya hati dia lembut juga. SATU lagi peel dia, dia tak boleh ditegur. Kalau kita tegur dia mesti tarik muka. (Aku bukan berhati batu k) kihkihkih~~

BERDIKARI
Very independent dan mudah bergaul, campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan.. sangat2 take care of her brothers and all stuff belonging family. Memang akan mengamuk bila ada yg cuba menjatuhkan keluarganya. (Don't ever2 try this, nanti CIK ONN versi lain yg akan kluar) kuangkuang~~

ARAHAN
anak no 2 ni payah nk terima arahan, dia lebih suka buat hal sendiri. (Jangan sesekali jaga tepi kain aku, kalau x nahas) hahahaha~~

PEMAAF & CARING
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau dah marah faham je lah, boleh jadi singa. Kahkah~~

Keep Smile (^_^)




Sunday, 25 December 2011

Friendship ~Give and Take~

In a friendship, you must make sure that you aren't taking too much. you can't just take from your friends and not give anything back. You spend time laughing and having fun and it makes the hard times easier. You can still have fun while having a hard time because you have her/him as your good friend. Laughter is what really gets you through hard times. 

When you are having a bad day, your friends are there for you. To listen you, to comfort you and lend her/his shoulder to you when you are about to cry. They are always there for you not just in happy day but also in your bad day. 
Likewise, when your friend having a hard time, you are there for her/him to support and giving love. Show a friend that you really care by talking when she/he need to talk. Spend hours talking on the phone telling her/him that it really to being to be ok or that he/she really a wonderful person.

When you are in fight with your friend, it can be really sad. You have to let each other know that you are feel very sorry. The person who make the mistake needs to apologizes and the person that was hurt needs to forgive. Friendship is about learning from mistakes and picking up where you left off. You get to spend time with someone who loves you and will be there to support you. 


Friendship is about UNDERSTANDING and FORGIVING when a friend make a mistake,
Friendship is about you are BEING THERE when friend needs you,
Friendship is not about making a DEMAND,
Friendship is not about YOU and ME but it's become WE,
Whatever the problems that we have, we can BEAT it my friend and lets FACE IT TOGETHER until the end.
A friend is someone who UNDERSTAND your past, BELIEVES in your future and ACCEPTS you just the way you are.
A friend is someone we treasure for our friendship as a GIFT from ALLAH.
A friend is someone who fills our lives with beauty, joy and grace that makes the whole world we live in a better and happier place.
A friend will LAUGH and CRY with us, that's the true friends....
Friend.... Our friendship is special to me and so true..
If ever you need me, I'll be right there for you
Thank you my friend for just being you!




Keep Smile (^_^)

Saturday, 24 December 2011

~Silence is better 2~


Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
 



Keep Smile (^_^)

Friday, 23 December 2011

~Silence is better 1~

'JALAN' untukmu dah ada,
'PINTU' pun dah terbuka untukmu,
'KERETA' untukmu pun dah disediakan..
Yang tinggal sekarang, macam mana nak masuk dalam 'KERETA' tersebut,
Macam mana nak 'PANDU',
Nak 'CEPAT' sampai ke nak 'SELAMAT' sampai,
Kalau bawa laju akan cepat rosak,
Kalau bawa slow pun akan sampai juga
Cuma lambat or cepat sampai jer..


Keep Smile (^_^)

C!nTa tAnpA SyaRaT




Itulah doa aku sebentar tadi. Entah kenapa tiba2 hati ini tersentuh dengan doa tersebut padahal setiap hari doa yg sama dibacakan. Adakah kerana rindu pada ayahanda yg sudah setahun lebih meninggalkan aku? Ya, aku terlalu rindukannya. Rindu pada gelak tawa, rindu pada setiap butir bicaranya, rindu pada pelukannya, rindu pada senyumannya, rindu untuk bercerita, rindu pada segala nasihat yg akan diberikan setiap kali diri ini diasak dengan pelbagai masalah. 

Apakah aku sedih kerana rindukan bonda di kampung? Adakah kerana bonda kesepian di sana? Aku tidak pernah lupa untuk menelefon bonda setiap hari kerana aku tahu dia sunyi walaupun tinggal bersama 3 orang anak lelakinya, dan aku satu2nya anak perempuan yg tinggal jauh darinya. 
Kata bonda "xpe, sekarang mak boleh tengok tv,dengar ceramah2 agama. Boleh tambahkan ilmu agama yg banyak kita xtahu. dah tua2 ni kena selalu dengar ceramah agama, perbetulkan apa yg kita salah, perbaiki diri agar menjadi lebih baik. Dah xde kerja nak buat. xpun baca buku yg kak beli, xabih2 lg baca. kalu xleh bangun mak baring je. xpun jln2 g rumah jiran" 

Selepas pemergian ayahanda, rumah itu seakan2 sunyi. Sunyi tanpa gelak tawa. Sunyi tanpa bebelan dari seorang ayah, sunyi tanpa gurau senda dari seorang lelaki yg bergelar ayah. Semua gelak tawa dan sedih kami adalah bersama ayah. 
Ayah dan bonda menerima aku atas segala yg ada pada diri ini. tidak kira aku degil atau dengar kata, aku rajin atau culas, aku senyum atau menjerit, mereka menerima aku sedanya aku. Mereka terus menyayangi dan mengasihi diri ini tanpa syarat. Mereka tidak pernah mengatakan bahawa semua kebaikan mereka buat selama ini perlu dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat ingat atau lupa, tugas mereka membesarkan kami dengan penuh kasih sayang tanpa syarat. Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Kasih sayang mereka tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. 



KASIH IBU
Ketika kita lapar..tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus..tangan ibu yang memberi minum,
Ketika kita menangis..tangan ibu yang mengesat mata,
Ketika kita gembira..tangan ibu yang menadah syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita sakit..ibu la tidak akan tidur menjaga kita,
Ketika kita mengantuk..tangan ibu yang mendodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi..tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah tangan ibu yang membelai duka sambil berkata: sabar sayang, semuanya akan baik nanti,
Ketika ayah meninggalkan kita buat selamanya..ibu datang memberi semangat walaupun hatinya turut menangis,
ibu..betapa besar pengorbananmu tidak dapat kami balas

KASIH AYAH
Saat kita menangis..ayah datang memujuk,
Saat kita gembira..ayah turut gembira dan menitis air mata tanpa kita sedari,
Saat kita mula berjalan..tangan ayah yang memimpin tangan,
Saat kita kesepian..ayah datang membawa keceriaan,
Saat kita memerlukan perhatian..ayah sanggup mengorbankan masanya,
Saat kita berkehendak sesuatu..ayah akan berusaha bersusah payah untuk mendapatkannya demi memenuhi kehendak kita,
Saat kita sakit..Ayahlah orang yg paling akan risau,
Saat kita memerlukan teman untuk bermain..ayah yang melayan kita tanpa rasa bosan,
Saat kita memerlukan belaian..ayah datang memeluk cium dan memanjakan kita,
Ayah..jasamu tidak akan terbayar oleh apa-apa pun


Ketika ibu  dan ayah sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu dan ayah suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu dan ayah sakit…di mana tangan anak yang ibu dan ayah harapkan dapat merawat kesakitan
mereka?
Ketika nyawa ibu dan ayah terpisah dari jasad…
Ketika jenazah ibu dan ayah nak dimandikan…
di mana tangan anak yang mereka harapkan untuk menyirami jenazah mereka buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib…
Sentuhan ibu, sentuhan kasih…
Kasih ayah sanggup berkorban apa sahaja
Boleh membawa ke Syurga Firdausi…
Ciumlah tangan ibu dan ayah,
Sebelum mereka pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi…



Ya Allah ampunilah ibu bapa ku
rahmatilah mereka
dan limpahkan RahmahMu kpd mereka ..
mereka yang mengasihiku tanpa syarat,
maafkan mereka
dan limpahkan kasih sayangMu kepada mereka tanpa hisab
dan tanpa syarat
maafkan mereka
tempatkan mereka di dunia rahmat Mu
dan di akhirat redha Mu

Keep Smile (^_^)

Wednesday, 21 December 2011

Kadang di atas Kadang di bawah


Mesej dari seorang rakan yg mengajak aku untuk ke HUKM hari ini aku setuju je. Sebab aku dah memang xde kerja nak dibuat. Lagipun memang kami ke sana untuk melawat salah seorang adik kawan kerana dia telah ditempatkan di sana kerana menghidapi Leukimia.
Sampai di sana kami terpaksa menunggu di luar wad terlebih dahulu kerana hanya 2 orang pelawat sahaja yg di benarkan masuk dalam satu masa. Sementara menunggu kawan kami mengajak masuk, kami bersembang dengan kakak ipar adik tersebut. Dari situ kami dapat tahu bahawa adik tersebut baru berusia 10 tahun dan telah disahkan menghidapi leukimia seminggu yg lepas. Dari hospital Teluk Intan dia telah di pindahkan ke HUKM. 
Masuk ke dalam wad, kami tengok semua pesakit tersebut hanya budak2 kecik mungkin mereka di asingkan dari wad2 pesakit leukimia yg telah berumur. Kawan kami membawa kami masuk ke bilik tv memandangkan adiknya berada di bilik tv. Sampainya di sana, kami tengok dia tengah menonton tv. Memang nampak sihat je budaknya. 
Ibunya kami salami dan dia mula bercerita. Adik tersebut adalah seorang budak perempuan yg aktif di sekolah dan merupakan pelajar harapan sekolah. Kami menegur adik tersebut tp dia hanya memandang kosong ke arah kami. Ibu dia lantas berkata, sebelum dia tahu dia sakit dia adalah seorang gadis yg periang, banyak cakap tp sekarang dah berubah menjadi pendiam. Tahulah kami bahawa sakit tersebut memberi kesan yg besar ke atas dirinya.
Tidak dapat aku bayangkan adik2 di wad ini yg semuanya masih lg terlalu kecil, yg masih tidak mengerti hidup ini bertarung dengan penyakit leukimia ini. Menjalani kemoterapi setiap hari menjadi kebiasaan bagi diorang. Tidak dapat aku bayangkan betapa sakitnya ketika air tulang sum-sum mereka diambil.
Walaupun kami cuba untuk mengajaknya berbual tapi mulutnya terus dia tutup dan matanya terus memandang ke arah tv yg mash lagi terpasang. Ibunya memberitahu lagi bahawa setiap kali di suntik dan di ambil air tulang sum-sum dia akan menangis, betapa sakitnya bagi seorang budak untuk mengalaminya. Aku lihat ibunya menahan sendu, sedih aku melihat keadaan mereka tapi ini semuanya dugaan dari Allah, siapa kita untuk menolaknya.
Ingatan aku pula melayang kepada arwah ayah yg meninggal setahun yg lepas. Adakah ini yg ayah rasakan setiap kali dia sakit, walaupun mulutnya sentiasa mengatakan yg dia tidak sakit. Kami hanya mengetahui ayah menghidap leukimia seminggu sebelum dia meninggal. Masa tu kami langsung tidak tahu apa yg harus dilakukan kerana kami tahu masa makin suntuk tp cuba untuk berfikiran positif. Aku yg jauh di Shah Alam dan tengah menghadapi final exam langsung tidak tahu apa yg harus dilakukan just berdoa agar semuanya akan baik. Tapi Allah lebih menyayanginya.
Kami memberi kata2 semangat kepada adik tersebut dan dia hanya mengangguk memandang kami. Kami meminta diri untuk pulang untuk memberi peluang kepada kakak ipar adik tersebut untuk melawatnya, sebelum kami keluar makcik tersebut telah berkata bahawa betapa beratnya dugaan yg ditanggungnya kini. Lantas aku berkata, "setiap orang ada dugaan masing2.At least makcik mengetahui anak makcik sakit awal, tapi sy tahu ayah sy sakit dah lambat, dah tidak dapat berbuat apa, ini dugaan yg Allah bagi so kita kena redha. InsyaAllah semuanya akan baik."
Dia yg terkejut bertanya lagi, aku terpaksa bercerita lebih panjang. Tapi yg boleh aku katakan, semua orang Allah akan duga sebab Allah sayang kita. Sebab kasih sayangNya lah kita kena hadapinya dengan sabar, jangan tunjukkan kita sedih nanti pesakit tu akan fikir bukan2. Hidup ni kadang kita di atas dan kadang kita di bawah, jangan hanya mengingati Allah hanya ketika senang tp juga setiap masa tidak kira masa susah dan senang. InsyaAllah Allah akan sentiasa bersama hamba2Nya. Air mata yg hampir keluar aku tahan.
Kami tinggalkan HUKM dengan 1001 rasa.
Ya Allah sungguh berat dugaan ke atas mereka, dugaan tersebut telah aku rasakan setahun yg lepas dan masih lagi tidak dapat dilupakan dan alhamdulillah aku masih lagi kuat untuk terus hidup di bumiMu ini. Ya Allah Engkau kuatkanlah hati2 mereka dalam menghadapi dugaanMu. Sembuhkanlah penyakit adik tersebut. Moga setiap urusan mereka dipermudahkan olehMu kerana hanya Engkau yg Mengetahui segalanya. DariMu kami datang dan hanya kepadaMu kami akan kembali.

Keep Smile (^_^)

Tuesday, 20 December 2011

Dunia oh Dunia

Ketukan pintu rumah ku buka setelah tuala ku kenakan di kepala untuk menutupi rambut. Rupanya jiran sebelah rumah ingin menumpang mandi di rumahku memandangkan paip rumahnya bocor. Aku awal2 lagi telah dimaklumkan oleh tuan rumahku yg juga tuan rumah sebelah bahawa jiran sebelah akan menumpang mandi untuk beberapa hari ini.
Aku menjemputnya masuk dan terus dia ke tandas belakang. Tiba-tiba salah seorang dari housemate ku memanggil dan berbisik " akak, diorang mandi berdua. Sebab tadi saya nampak ada 2 orang yg masuk." Ku katakan padanya, "Tadi masa akak ajak diorang masuk akak tengok sorg je, xtau la plak. Xpela kita fikir positif je la sayang." Dia menambah lg, "Betul la akak, diorang mandi berdua, cuba akak pergi tengok selipar 2pasang xde."
Dalam hati aku berkata "abih budak ni cek",nk tergelak pun ada. Assignment ku tinggalkan sebentar dan menuju ke dapur memandangkan tandas yg dia masuk tu tandas di belakang. Memang selipar 2 pasang yg tiada dan tiada ku dengar suara pelik2 dari dalam tandas dan sempat aku pesan pada budak2 ni supaya fikir positif, padahal aku dah tidak sedap hati.

Aku teruskan membuat kerja yg tergendala kerana tarikh untuk submit assignment makin hampir. Tidak lama kemudian aku terdengar suara orang tergelak dari dalam tandas. Rupanya dah sudah mandi. Pantas aku pandang ke belakang, bulat mata aku yg memang dah kecik ni memandang mereka. Terkejut sampaikan jantung aku ni nak berhenti pun ada, cepat2 aku beristighfar.
Memang betul diorang mandi berdua. Salah sorangnya adalah seorang perempuan dan sorang lagi tidak dapat dikenalpasti samada lelaki ataupun pengkid. Tapi kalau dilihat dari mata kasar, ku lihat dia adalah pengkid. Tidak mungkinlah dia tu lelaki kan. Tapi segala kemungkinan boleh berlaku.
Housemate ku berkata selepas diorang keluar. " kan saya dah kata td akak xnak percaya. Lelaki ke pengkid tu kak??Diorang buat apa mandi berdua.eeeee,geli.Pengkid kan dah jiwanya lelaki, kalau nak buat dosa pun jangan buat kat rumah orang". Aku yg masih lagi terkejut ni menjawab,"ntah,akak pun xtau nak kata pe, sebab kita xtau. fikir baik jerla. Diorang just mandi sama2 je tuh." Dalam hati Allah je yg tau betapa aku takut, apala diorang ni. Agak2la nak mandi sama2 pun. Ni rumah orang kot, x fikir ke apa orang akan fikir nanti. Dunia sekarang macam2 boleh jadi.
Zaman dah beubah, Dunia makin maju, Manusia pun maju, agama pun dah ditolak ke tepi. Nauzubillah. Jauhkan kami dari kesesatan Ya Allah.

*Cerita ini sekadar untuk perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri dan kawan2. Bukan untuk memburukkan mana2 pihak. Wallahualam.

Keep Smile (^_^)

Monday, 19 December 2011

Salahkah jatuh cinta????

Love, love and love. Sudah menjadi fitrah manusia untuk menyayangi dan disayangi. Tapi seringkali cinta itu membawa kepada kekecewaan. If you love someone, don't ever play with their love. Just let that love be true. True love is when you are concern for somebody else's happiness, health, welfare, and safety is greater than or equal to your concern for your own.
Cinta datangnya tanpa paksaan perginya tanpa kerelaan. Apabila kehilangan seseorang yg kita sayangi baru kita akan sedar sebenarnya kita menyayanginya. Oleh itu hargailah ia sebelum ia pergi dari hidup kita. Jangan sesekali mempermainkan cinta demi kepentingan kita sendiri. Tanya hati, dapatkan jawapan daripadanya sebelum terlambat tapi jangan cinta itu melebihi cinta kita kepada Allah.
 
Salah kah kita jatuh cinta? Pertanyaan dari seorang rakan aku biarkan sepi seketika. Cinta tidak salah sebab itu adalah perasaan yg Allah anugerahkan kepada hambaNya, Hidup tanpa cinta kosong, sepi bagai rumah yg tiada penghuni. Hidup ini banyak mengajar aku untuk menjadi lebih baik dari sebelum2 ni. Cinta tidak salah tetapi perlakuan orang yg bercinta membuat cinta itu salah.
Dia bertanya lagi, kenapa cinta itu menyakitkan? Cinta tidak membuatkan kita sakit tapi kita yg membuat diri kita sakit. Soal hati terlalu sukar untuk ditebak, terlalu sukar untuk dibicarakan kerana tiada yg dapat memahami kecuali Allah. Ceritakan pada kawan2 pun belum tentu mereka akan memahami kerana masing2 dengan pendapat masing2. 
Aku membiarkan dia melayan perasaan seketika kerana dia mendapat berita seseorang yg dia sayang baru saja bertunang. Tiba2 dia bertanya lagi, kenapa semua ni harus terjadi kepada dirinya sedangkan lelaki itu pun menyayanginya? Lantas aku menjawab semuanya telah terjadi pada diriku terlebih dulu. Tapi alhamdulillah telah setahun lebih semuanya berlalu, semuanya telah kembali pada asalnya. Doakan saja kebahagiaan dia. Menyayangi tidak semestinya kita akan memilikinya. Itu bermakna dia bukanlah jodoh yg Allah tetapkan untuk kita. Kita hanya mampu merancang. Segalanya adalah ketentuan Allah. 




Tasik Shah Alam yg tenang tidak setenang hati kami. Di kiri dan kanan manusia2 yg sedang bercouple menyakitkan mata tp tidak kami hiraukan. Yg kami tahu kami ke sini untuk melihat air yg tenang ini. Kawan aku berkata lagi yg dia memerlukan kasih sayang seorang lelaki. Aku juga seperti dia, memerlukan seseorang untuk menjalani hidup ini, yg berada di sisi aku. Tapi dia lagi beruntung dari aku sebab dia mempunyai ibu bapa yg amat mengambil berat tentang dia memandangkan dia adalah anak bongsu. Aku yg baru kehilangan seorang ayah setahun yg lepas kadang2 memerlukan kasih sayangnya. Dia mempunyai kakak2 yg amat prihatin sedangkan aku lah kakak kepada 2 adik lelaki. Dia mempunyai keluarga yg amat penyayang tapi aku hanya ada ibu, seorang abang yg sudah pn berkahwin, 2 adik lelaki yg masih lagi tidak mengerti erti hidup. Dia mengakui yg dia memang amat beruntung berbanding aku kerana dia memang mempunyai keluarga yg bahagia tp dia kosong tanpa kasih sayang seorang lelaki.
Yg dapat aku katakan hanya lah bersabar, Allah tu Maha Mendengar. InsyaAllah kebahagiaan yg kita cari akan dapat kita kecapi satu hari nanti. Sesungguhnya manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yg mereka ada kan.
Tidak aku nafikan dalam usia 25 tahun ni kadang2 hati terusik bila melihat kawan2 yg telah mendirikan rumah tangga apatah lagi tengok kawan2 yg sudah mempunyai anak2. Aku tahu mungkin itu salah satu sebab kawan aku jadi begitu memandangkan dah terlalu banyak dia menjadi pengapit untuk kawan2nya yg mendirikan rumah tangga.



If you realize that you can lose the one you love, then you have a greater appreciation of what you have. Think how lucky you are to have someone to love.
Sedang asyik melayan perasaan dia bertanya lagi. Salahkah dia menyembunyikan perasaan dia selama ini? Salahkah dia tidak meluahkan dia pun menyayangi lelaki itu? Salahkah???????
Bagi aku tidak salah pun sebab bagi seorang wanita malu adalah pakaian kami. Sayang aku adalah untuk orang yg betul2 ikhlas bukan untuk dipermainkan, tidak dinafikan bukan mudah bagi kami untuk menyayangi seorang lelaki tapi bila perasaan tu mula bertapak, kami tidak akan berpaling lagi. 
Dia berkata lagi, kenapa lelaki itu langsung tidak nampak yg dia memang sentiasa bagi hint yg di hati dia hanya lelaki tu yg dia sayang. Hmmm, aku memang tiada jawapan untuk itu. Aku pun bukannya pakar cinta kerana aku juga pernah terluka suatu ketika dulu. Sesetengah lelaki terlalu ego kerana sebolehnya dia hendak mendengar dari mulut kita sendiri baru akan percaya. Perlu ke selalu mengatakan bahawa kita sayang dia. Biarlah Allah je tau kan. 
Kadang2 kita perlu menipu diri kita sendiri untuk kebahagiaan orang lain. Kalau kita sayangkan dia, kita nak dia hidup bahagia walaupun kita sendiri terluka kan. So, manusia selalu mengecewakan dan dikecewakan, sedangkan Allah tidak pernah mengecewakan kita walaupun kita sering mengecewakanNya dengan keengkaran kita. 
Ku katakan padanya bahawa Allah lagi mengetahui, mungkin bukan dia yg terbaik untuk kamu. Allah sedang merencanakan sesuatu yg lebih baik untuk kamu. Ada orang yg lebih baik untuk kamu yg sedang menunggu kedatanganmu suatu hari nanti. Dia ku lihat semakin tenang. Aku bukanlah seorang rakan yg pandai berkata2 dalam soal hati dan perasaan kerana aku juga seperti mereka. 
 Tasik Shah Alam kami tinggalkan kerana mata tidak lagi sanggup melihat adegan2 tidak sepatutnya. Beginikah hidup remaja yg bercouple sekarang ini. Ke mana hilangnya pakaian malu yg menutupi mereka selama ini. Nauzubillah..Jauhilah kami dari semua ini Ya Allah, sesungguhnya hati ini adalah milikMu. 


Jika cinta itu kerana Allah, maka biarkan ia mengalir mengikut aliran ALLAH, kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH dan ia juga berhilir hanya kepada ALLAH.


Keep Smile (^_^)

Saturday, 17 December 2011

Kembali menjengah

Kesakitan ini kembali menjengah
Kesakitan yg tidak dapat digambarkan oleh kata-kata
Kadang2 diri ini tertewas dengan keadaan diri
Keadaan yg tidak difahami oleh orang lain

Apabila kesakitan ini menjalar
Diri mula mencari kekuatan 
Kekuatan untuk terus berada di muka bumi ini
Selagi di izinkan Allah
Akan aku gagahkan diri ini

Apabila kesakitan mula memakan diri
Hati sering tertanya-tanya
Dugaan apa yg sering terjadi
Mungkin ini adalah kafarah atas dosa-dosa lalu
Atau ini untuk menguji keimananku

Kepada siapa hendak kukhabarkan
Hanya pada Allah
Kerana aku tahu tiada siapa di sisi
Ketika diri ini memerlukan
Ketika diri ini lemah dalam percaturan hidup
Hanya kepada Allah tempat aku mengadu

Ketika kesakitan ini mula datang
Aku cuba kuatkan semangat
Semangat untuk meneruskan hari-hari mendatang
Walaupun tanpa sesiapa di sisi

Hari-hari yg dilalui begitu sukar
Walaupun tangisan seringkali dihamburkan
Tapi tidak sesekali mematahkan semangat untuk
terus berjuang untuk hidup di dunia ini

Walaupun seringkali diri terasa tertewas
Tapi aku tahu
Allah tidak akan menguji hambaNya
melebihi kemampuannya

Sesungguhnya aku insan kerdil 
Untuk mempertikaikan setiap kejadian Allah
Siapalah aku untuk menghalang qada' dan qadar Allah
Kerana aku adalah milik Allah
Dia Maha berhak ke atas diriku

Diri yg perlu dipersiapkan untuk di uji
Selagi diri ini bergelar manusia di muka bumi ini
Selagi nadi masih berdenyut
Aku perlu mempersiapkan diri
Menerima segalanya dengan redha
Pasrah dengan segala ketentuanNya

Di saat ini aku perlukan keluarga di sisi
Di saat ini kerinduan pada ayah dan ibu makin memuncak
Di saat ini diri memerlukan kata-kata semangat dari abang dan adik-adik
Di saat ini ku mahu teman di sisi

Kepada siapa akan aku khabarkan
Kepada siapa aku nak bermanja
Kepada siapa akan aku luahkan

Hanya padaMu Illahi
Tapi aku cuma manusia biasa
Yg kadang2 memerlukan teman di sisi
Untuk mendengar segalanya
Untuk menemani diri ini ketika setiap musibah datang melanda

Ya Illahi..
Hanya padaMu aku berserah
Hanya padaMu aku bermohon
Hanya padaMu aku meminta
Hanya Engkau yg mengetahui apa yg terbaik buatku
Seandainya ini adalah yg terbaik buatku
Engkau bantulah aku untuk terus melawannya
kerana aku lemah untuk menghadapinya tanpaMu
Bantulah aku untuk terus kuat
Agar aku terus merasakan nikmat hidup ini


Ya Rabbi..
Kuatkanlah hati hambaMu ini
Cekalkanlah aku dalam menghadapi dugaanMu
Tabahkanlah aku dalam menghadapi duri-duri hidup ini
Kerana hati ini mula rapuh
Moga dengan kesakitan yg aku rasakan membuatkan aku makin dekat denganMu

Amin Ya Rabbal Alamin...
(^_^) Keep Smile

Thursday, 15 December 2011

S!aPAkaH K!tA

Siapakah kita
Untuk menilai diri orang lain
Sedang kita sendiri masih lagi dalam penilaian

Siapakah kita
Untuk memperkatakan tentang keburukan orang lain
Sedangkan kita sendiri pun belum tentu bagus

Siapakah kita
Untuk menghitung dosa orang lain
Sedangkan dosa kita tidak terhitung banyaknya

Siapakah kita
Untuk bercerita tentang kesilapan orang lain
Sedang diri sendiri melakukan kesilapan antara sedar atau tidak

Siapakah kita
Untuk memandang rendah pada orang lain
Sedangkan kita hina di sisi Allah

Siapakah kita 
Untuk mempertikaikan kemampuan orang lain
Sedangkan kita sendiri tidak pasti kemampuan kita

Siapakah kita
Untuk mengira kelemahan orang lain
Sedangkan diri kita terlalu banyak kelemahan

Siapakah kita
Untuk berbicara tentang amal orang lain
Sedangkan amal kita sendiri belum tentu banyak

Biar kita buruk di pandangan manusia
Tapi jangan kita buruk di pandangan Allah
Biar kita dibenci manusia
Tapi jangan sampai Allah membenci kita
Biar kita hilang cinta dari manusia
Tapi jangan kehilangan cinta Allah
Kerana cintanya abadi........

Hanya Allah yang berhak untuk menilai siapa diri kita sebenarnya
Kerana kita juga insan biasa yang penuh dengan ketidaksempurnaan
Pandangan manusia terhadap diri kita tidak penting, yang penting redha Allah sentiasa bersama kita 
Hanya perlu saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain apabila diri saling melakukan kesalahan
Berpijaklah di bumi yang nyata kerana sudah terang lagi bersuluh kita hanya insan yang sentiasa melakukan kesilapan.

Wallahualam

(^_^) Keep Smile

Wednesday, 14 December 2011

Sebuah Kasih Sejuta Sayang



Jangan terlewat untuk menyintai dan menghargai... Kerana dirimu tidak mengetahui bila usiamu akan berakhir...........
(^_^) Keep Smile

Tuesday, 13 December 2011

Aku Menyayangimu Wahai Sahabat

Friendship isn't how you forget, but how you forgive. Not how you listen,  but how you understand. Not how you see, but how you feel. Not how you let go, but how you hold on!


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…"


TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. 
Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. 
Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.
 Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
 Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MENGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. 
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”

Sahabat bukan seperti barang mainan
Apabila cantik ianya dibeli
Apabila buruk ianya dibuang
Seorang sahabat akan menerima segala kekurangan dirimu
Menjadikan kekuranganmu sebagai kelebihanmu

Sahabat...
ketika amarah meretakkan ketulusan
ketika emosi mengurung diri dalam senyuman
Aku mungkin batu yg terlempar di hatimu 
dan melukainya tanpa aku sedari
Maafkan aku kerana kerasnya hati ini

Sahabat...
Ketika diri ini terluka
Sebolehnya akan aku sembunyikan
Kerana aku tidak mahu melihat kau berduka bersamaku
Ketika diri ini gembira ingin sekali ku berkongsi denganmu
Kerana kegembiraanmu adalah kebahagiaanku

Sahabat...
Ketika diri ini terlalu banyak menyusahkan hidupmu
Maafkan aku
Kerana aku cuma manusia biasa sepertimu
Ketika mulut ini tidak berhenti berceloteh 
Maafkan aku seandainya aku membuatmu kebosanan

Sahabat...
Maaf,
Jika waktuku terlalu singkat untuk kulewati denganmu
Tawaku terlalu sedikit untuk kuberikan kepadamu
Tetapi bahumu sering kubasahi dengan air mata ini
Aku bebanimu dengan masalah-masalahku
Kau berikan aku nafas baru untuk kumulakan hariku
Hanya ucapan terima kasih dapat aku berikan

Sahabat...
Keranamu aku masih tersenyum seperti detik ini
Keranamu aku masih tertawa di saat sedihku
keranamu aku masih mampu untuk menahan sakit di hati ini
Aku tidak mampu untuk memarahimu
kerana aku tahu kau juga sepertiku

Sahabat..
Terasa diri ini tidak layak untuk menjadi sahabatmu
Diri ini terlalu banyak kekurangannya
Tapi aku tidak mampu untuk menjauhkan diri
Maafkan aku,
Kerana begitu sukar untuk aku lari dari hidupmu
Aku akan sentiasa di sisimu selagi diizinkan Allah

Sahabat...
Terima kasih kerana sehingga saat ini
kau masih bersamaku susah dan senang
Terima kasih kerana masih sudi melayan kerenah diri ini
Yg seringkali menguji kesabaranmu
Aku harap kau tidak letih dalam menjaga persahabatan ini

Sahabat...
Jika di suatu saat kau mula lelah dengan persahabatan ini
Khabarkan kepadaku
Agar aku boleh menjauhkan diriku darimu
Tidak ku berjanji tapi akan ku cuba
Jika kau mula bosan dengan diri ini 
Lafazkanlah jangan dipendam 
Kerana kau telah menjadi sebahagian dari hidupku kini

Sahabat..
Kaulah bintangku
Yang tertawa dan menangis
Dan tidak pernah berhenti berkelip dan bersinar
Menerangi langit hidupku
Terima kasih wahai sahabat....

P/S: Jika sahabatmu menyakitkan hati, lukislah ia di atas pasir agar hilang di bawa angin lalu. Jika sahabatmu membuat kebaikan, pahatlah ia di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan

"if two hearts are meant to be friends, no matter how long it takes,
how far they go, how tough it seems, fate will bring them together to share friendship forever"

(^_^) Keep Smile

Kenapa perlu bersedih?

When u think there is no one to turn to,
Remember
ALLAH will always there for u.....




Ya Rahman..
Kenapa aku perlu bersedih kerana sesuatu yg bukan milik kita? 
Segalanya adalah milikMu. 
 Segalanya adalah ketentuanMu

kenapa perlu bersedih 
Sedangkan aku tau Engkau sentiasa bersamaku
Ketika aku sedih, gembira dan berduka
Engkau sentiasa disampingku
Mendengar luahan hati ini tanpa jemu

Kenapa aku perlu bersedih sedangkan aku tau 
Allah sedang merencanakan sesuatu yg terbaik untukku

Ya Illahi..
Aku tau siapa diriku
Aku paham siapa aku
Aku mengerti kenapa aku berada di sini
Aku ada hanya kerana Engkau Ya Allah
Aku hadir juga kerana Engkau menghendakinya
Kerana aku adalah milikMu
Bantulah aku untuk berpijak di bumi yg nyata

Siapalah aku untuk mendambakan kesempurnaan
Siapalah aku untuk mendambakan kecantikan
Kerana aku adalah wanita yg penuh dengan kekurangan
Aku hanyalah wanita yg seringkali melakukan dosa kepadaMu
Yg sentiasa alpa dengan nikmat dunia

Kesedihan ini aku adukan kepadaMu Ya Allah
Hanya Engkau yg mengetahui segala2nya
Dalam sujudku ku bermohon padaMu
Kuatkanlah aku dalam menempuh segalanya
Agar aku dapat terus berjalan di bumiMu ini

Aku harus berjalan tanpa lelah yg menghalangku
Aku harus menjadi lebih baik keranaMu
Aku harus melewati semua jalan yg sudah Engkau sediakan untukku
Dan aku harus mampu melewati setiap duri2 yg akan aku lewati nantinya
Itulah jalan yg harus aku lewati tanpa keluh kesah di hati
Hanya dengan izinMu

Ya Rabbi..
Sedarkan aku setiap kali diri ini terleka
Kuatkan aku dalam menghadapi dugaanMu
Hilangkanlah segala kesedihan yg kadang2 meragut kebahagiaanku
Kebahagiaan aku jua adalah milikMu
Jauhkanlah hati ini dari keluh kesah
Bantulah aku untuk menjadi lebih baik demi agamaku


ALLAH memberikan kesusahan terlebih dahulu, agar kita semua mampu memikirkan kekuasaan-Nya.
ALLAH memberikan setangkai bunga dipenuhi duri apabila kita hendak menghisap bau harum bunga mawar. ALLAH memberikan langit mendung, dan petir yang menyambar-nyambar,
dan setelah itu, ALLAH akan tunjukan keindahan pelangi.
lihatlah,,,,, selalu ada tawa mengiringi tangismu,,,,
jangan pernah bersedih, dan bangkitlah.... 
ALLAH selalu bersamamu!


(^_^) KEEP SMILE CIK ONN