Monday 26 December 2011

Sindrom Anak Kedua


Betul ke anak ke2 ni ada sindromnya tersendiri? Melihatkan pada diri aku yg sememangnya dilahirkan sebagai anak ke2 yg mempunyai seorang abang dan 2 orang adik lelaki sedikit sebanyak mengakuinya. 

Terbaca tentang sindrom anak kedua ini mengingatkan aku pada seorang ustaz yg pernah berkunjung ke rumah pada pertengahan tahun baru2 ini. Katanya "kakak kalau marah mesti nak runtuh rumah ni kan, tapi cepat sejuk bila marah, berbeza dengan abang dan adik2nya." Aku amat akuinya termasuklah ibu, abang dan adik2 sebab mereka lebih kenal aku. Mak pernah kata antara anak2 dia aku lah yg paling degil, keras kepala, xmakan pujuk, suka ikut kepala sendiri sejak kecil lagi. Tapi setakat ni aku tak pernah wat hal yg boleh memalukan family la, sebab ajaran agama yg aku kendong selama ni masih berada kemas dalam hati walau di mana aku berada. Nak buat sesuatu aku perlu fikir mak ayah dulu, dari dulu sampai sekarang itu prinsip aku. 

Kadang2 terasa jugaklah sebab jadi anak kedua ni banyak kena mengalah dengan abang dan adik2. Abang yg banyak bermanja dengan ibu kadang2 buat aku 'jealous'. Adik2 minta pe2 senang je dapat, walaupun aku ni anak perempuan tunggal xpernah pun dapat pe yg aku nak. . Kalau nak 'something' dapatkan sendiri, tu yg ayah selalu kata. Tapi bila difikirkan balik semua tu yg banyak mengajar aku untuk lebih berdikari dan aku tidak manja berbanding dengan abang dan adik2. Mak selalu kata, kasih sayang antara anak2 dia xpernah beza pun tapi tanpa dia sedari sebenarnya dia terlebih caring anak2 lelaki dari anak perempuan.

Menurut Dr HM Tuah Iskandar - "Terdapat 3 kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yg dijalankn mendapati mereka berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yg fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yg tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. Namun disebaliknya anak kedua ini seorang yg cepat terasa. Dapat dilihat, kebayakan ibu bapa akan membeli pakaian serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yg serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yg telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai. Sikap 'SEDAR DIRI' membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yg berwawasan, bertanggungjawab tapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal. Kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yg fleksibel. Sikap berdikari dan kedegilan yg ada dalam diri mereka sejak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yg sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. "

Sebenarnya ibu bapa tidak pernah adil dalam memberi kasih sayang yg sama rata kepada anak2. Sebab tu kadang2 jiwa anak tengah ni cepat sensitif kerana mereka rasa tiada orang yg pedulikan mereka atau senang cerita mereka adalah golongan yg perlu 'survive'. Mereka mempunyai abang dan kakak yg perlu dihormati dan juga adik lelaki dan adik perempuan yg perlu dikasihi jadi tugas anak tengah lebih kepada berkorban untuk ahli keluarga yg lain.

Biasanya anak tengah ni pelik sikit dari anak2 yg lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. Ini kerana mereka adalah antara yg paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yg lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Oleh itu, anak tengah cuba untuk melakukan yg terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.






Jom Kenali sifat anak kedua:
ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia je yg betul. Kemahuan dia kuat, kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan. (Kadang2 tu makan pujuk jgkla, tp tengok sape yg pujuk la) hihihiihi~~

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni tak pandai nak memujuk. (Jangan sape2 merajuk dengan aku, kesian korg kena pujuk diri sendiri.. huahuaha~~)

BERCINTA
kalau bercinta, sangat setia. Kalau dah kata sayang tu memang tak pandang orang lain dah. (Setia sgt  sbb tu kene tinggal, padan muka..) uwaaaa~~~ single is better

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih putihlah. Jangan sesekali berani untuk berjanji kerana dia amat berpegang pada janji dan akan menuntutnya. (so jgn cuba2 utk berjanji dengan aku.)hahaha~~

HATI
No 2 ni juga nampak je hati keras tp sebenarnya hati dia lembut juga. SATU lagi peel dia, dia tak boleh ditegur. Kalau kita tegur dia mesti tarik muka. (Aku bukan berhati batu k) kihkihkih~~

BERDIKARI
Very independent dan mudah bergaul, campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan.. sangat2 take care of her brothers and all stuff belonging family. Memang akan mengamuk bila ada yg cuba menjatuhkan keluarganya. (Don't ever2 try this, nanti CIK ONN versi lain yg akan kluar) kuangkuang~~

ARAHAN
anak no 2 ni payah nk terima arahan, dia lebih suka buat hal sendiri. (Jangan sesekali jaga tepi kain aku, kalau x nahas) hahahaha~~

PEMAAF & CARING
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau dah marah faham je lah, boleh jadi singa. Kahkah~~

Keep Smile (^_^)




2 comments: