Thursday 8 December 2011

Kasih ini...

~~ Alhamdulillah, Di penghujung 2011 ini akhirnya aku dapat rasakan bahagia. Syukur kepadaMu Ya Allah. Walaupun aku rasakan kesakitan, Engkau juga hadirkan kebahagiaan untukku. Walaupun kesedihan sentiasa bertandang namun aku masih lagi dapat merasakan kasih sayang disekelilingku. Sesungguhnya kasih sayang ini bukan milikku, ia adalah milikMu Ya Allah. TanpaMu tidak mungkin aku dapat rasakan semua ini. Semua ini adalah anugerah dariMu, Engkau hadirkan insan2 yg baik ini untuk hambaMu ini membuatkan aku makin dekat denganMu. Engkau hadirkan insan2 ini untuk menceriakan hidupku. Walaupun ianya sementara tapi aku msih lagi mampu untuk tersenyum dengan kehadiran insan2 ini. ~~

Ya Allah...
Seandainya ini adalah untuk seketika
Engkau bantulah aku merasa nikmat kasih sayang ini
Terima kasih kerana menghadirkan kepada aku insan2 ini
Walaupun tiada pertalian darah antara kami
Terima kasih kerana Engkau menitipkan kasih sayang ini dalam hati kami
Semoga kasih sayang ini akan berkekalan

Ya Allah...
Seandainya ini adalah untuk seketika cuma
Engkau bantulah hambaMu ini menunjukkan kasih sayang
Jauhkanlah aku dari sifat amarah
Sabarkan aku dalam menghadapi setiap kerenah manusia2
Hilangkanlah segala keluh kesah di hati ini
 agar terus merasa bahagia ini

Ya Allah...
Engkau berikanlah kebahagiaan untuk orang2 di sekelilingku ini
Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka
Walaupun perkenalan ini masih baru
Tapi hati kami sudah bertaut seperti telah lama kami bersama
Engkau suburkanlah kasih sayang antara kami hingga akhir hayat kami

Ya Allah...
Engkau kuatkanlah hatiku untuk meneruskan hidup ini
Bagilah aku peluang untuk aku terus menyayangi insan2 disekelingku ini
Semoga dengan ukhuwah ini aku terus mampu untuk tersenyum riang
Walaupun dugaan seringkali datang melanda
DaripadaMu kami datang dan kepadaMu kami akan kembali...


"Segalanya adalah milik ALLAH"



No comments:

Post a Comment