Monday 19 December 2011

Salahkah jatuh cinta????

Love, love and love. Sudah menjadi fitrah manusia untuk menyayangi dan disayangi. Tapi seringkali cinta itu membawa kepada kekecewaan. If you love someone, don't ever play with their love. Just let that love be true. True love is when you are concern for somebody else's happiness, health, welfare, and safety is greater than or equal to your concern for your own.
Cinta datangnya tanpa paksaan perginya tanpa kerelaan. Apabila kehilangan seseorang yg kita sayangi baru kita akan sedar sebenarnya kita menyayanginya. Oleh itu hargailah ia sebelum ia pergi dari hidup kita. Jangan sesekali mempermainkan cinta demi kepentingan kita sendiri. Tanya hati, dapatkan jawapan daripadanya sebelum terlambat tapi jangan cinta itu melebihi cinta kita kepada Allah.
 
Salah kah kita jatuh cinta? Pertanyaan dari seorang rakan aku biarkan sepi seketika. Cinta tidak salah sebab itu adalah perasaan yg Allah anugerahkan kepada hambaNya, Hidup tanpa cinta kosong, sepi bagai rumah yg tiada penghuni. Hidup ini banyak mengajar aku untuk menjadi lebih baik dari sebelum2 ni. Cinta tidak salah tetapi perlakuan orang yg bercinta membuat cinta itu salah.
Dia bertanya lagi, kenapa cinta itu menyakitkan? Cinta tidak membuatkan kita sakit tapi kita yg membuat diri kita sakit. Soal hati terlalu sukar untuk ditebak, terlalu sukar untuk dibicarakan kerana tiada yg dapat memahami kecuali Allah. Ceritakan pada kawan2 pun belum tentu mereka akan memahami kerana masing2 dengan pendapat masing2. 
Aku membiarkan dia melayan perasaan seketika kerana dia mendapat berita seseorang yg dia sayang baru saja bertunang. Tiba2 dia bertanya lagi, kenapa semua ni harus terjadi kepada dirinya sedangkan lelaki itu pun menyayanginya? Lantas aku menjawab semuanya telah terjadi pada diriku terlebih dulu. Tapi alhamdulillah telah setahun lebih semuanya berlalu, semuanya telah kembali pada asalnya. Doakan saja kebahagiaan dia. Menyayangi tidak semestinya kita akan memilikinya. Itu bermakna dia bukanlah jodoh yg Allah tetapkan untuk kita. Kita hanya mampu merancang. Segalanya adalah ketentuan Allah. 




Tasik Shah Alam yg tenang tidak setenang hati kami. Di kiri dan kanan manusia2 yg sedang bercouple menyakitkan mata tp tidak kami hiraukan. Yg kami tahu kami ke sini untuk melihat air yg tenang ini. Kawan aku berkata lagi yg dia memerlukan kasih sayang seorang lelaki. Aku juga seperti dia, memerlukan seseorang untuk menjalani hidup ini, yg berada di sisi aku. Tapi dia lagi beruntung dari aku sebab dia mempunyai ibu bapa yg amat mengambil berat tentang dia memandangkan dia adalah anak bongsu. Aku yg baru kehilangan seorang ayah setahun yg lepas kadang2 memerlukan kasih sayangnya. Dia mempunyai kakak2 yg amat prihatin sedangkan aku lah kakak kepada 2 adik lelaki. Dia mempunyai keluarga yg amat penyayang tapi aku hanya ada ibu, seorang abang yg sudah pn berkahwin, 2 adik lelaki yg masih lagi tidak mengerti erti hidup. Dia mengakui yg dia memang amat beruntung berbanding aku kerana dia memang mempunyai keluarga yg bahagia tp dia kosong tanpa kasih sayang seorang lelaki.
Yg dapat aku katakan hanya lah bersabar, Allah tu Maha Mendengar. InsyaAllah kebahagiaan yg kita cari akan dapat kita kecapi satu hari nanti. Sesungguhnya manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yg mereka ada kan.
Tidak aku nafikan dalam usia 25 tahun ni kadang2 hati terusik bila melihat kawan2 yg telah mendirikan rumah tangga apatah lagi tengok kawan2 yg sudah mempunyai anak2. Aku tahu mungkin itu salah satu sebab kawan aku jadi begitu memandangkan dah terlalu banyak dia menjadi pengapit untuk kawan2nya yg mendirikan rumah tangga.



If you realize that you can lose the one you love, then you have a greater appreciation of what you have. Think how lucky you are to have someone to love.
Sedang asyik melayan perasaan dia bertanya lagi. Salahkah dia menyembunyikan perasaan dia selama ini? Salahkah dia tidak meluahkan dia pun menyayangi lelaki itu? Salahkah???????
Bagi aku tidak salah pun sebab bagi seorang wanita malu adalah pakaian kami. Sayang aku adalah untuk orang yg betul2 ikhlas bukan untuk dipermainkan, tidak dinafikan bukan mudah bagi kami untuk menyayangi seorang lelaki tapi bila perasaan tu mula bertapak, kami tidak akan berpaling lagi. 
Dia berkata lagi, kenapa lelaki itu langsung tidak nampak yg dia memang sentiasa bagi hint yg di hati dia hanya lelaki tu yg dia sayang. Hmmm, aku memang tiada jawapan untuk itu. Aku pun bukannya pakar cinta kerana aku juga pernah terluka suatu ketika dulu. Sesetengah lelaki terlalu ego kerana sebolehnya dia hendak mendengar dari mulut kita sendiri baru akan percaya. Perlu ke selalu mengatakan bahawa kita sayang dia. Biarlah Allah je tau kan. 
Kadang2 kita perlu menipu diri kita sendiri untuk kebahagiaan orang lain. Kalau kita sayangkan dia, kita nak dia hidup bahagia walaupun kita sendiri terluka kan. So, manusia selalu mengecewakan dan dikecewakan, sedangkan Allah tidak pernah mengecewakan kita walaupun kita sering mengecewakanNya dengan keengkaran kita. 
Ku katakan padanya bahawa Allah lagi mengetahui, mungkin bukan dia yg terbaik untuk kamu. Allah sedang merencanakan sesuatu yg lebih baik untuk kamu. Ada orang yg lebih baik untuk kamu yg sedang menunggu kedatanganmu suatu hari nanti. Dia ku lihat semakin tenang. Aku bukanlah seorang rakan yg pandai berkata2 dalam soal hati dan perasaan kerana aku juga seperti mereka. 
 Tasik Shah Alam kami tinggalkan kerana mata tidak lagi sanggup melihat adegan2 tidak sepatutnya. Beginikah hidup remaja yg bercouple sekarang ini. Ke mana hilangnya pakaian malu yg menutupi mereka selama ini. Nauzubillah..Jauhilah kami dari semua ini Ya Allah, sesungguhnya hati ini adalah milikMu. 


Jika cinta itu kerana Allah, maka biarkan ia mengalir mengikut aliran ALLAH, kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH dan ia juga berhilir hanya kepada ALLAH.


Keep Smile (^_^)

1 comment: