Saturday 17 December 2011

Kembali menjengah

Kesakitan ini kembali menjengah
Kesakitan yg tidak dapat digambarkan oleh kata-kata
Kadang2 diri ini tertewas dengan keadaan diri
Keadaan yg tidak difahami oleh orang lain

Apabila kesakitan ini menjalar
Diri mula mencari kekuatan 
Kekuatan untuk terus berada di muka bumi ini
Selagi di izinkan Allah
Akan aku gagahkan diri ini

Apabila kesakitan mula memakan diri
Hati sering tertanya-tanya
Dugaan apa yg sering terjadi
Mungkin ini adalah kafarah atas dosa-dosa lalu
Atau ini untuk menguji keimananku

Kepada siapa hendak kukhabarkan
Hanya pada Allah
Kerana aku tahu tiada siapa di sisi
Ketika diri ini memerlukan
Ketika diri ini lemah dalam percaturan hidup
Hanya kepada Allah tempat aku mengadu

Ketika kesakitan ini mula datang
Aku cuba kuatkan semangat
Semangat untuk meneruskan hari-hari mendatang
Walaupun tanpa sesiapa di sisi

Hari-hari yg dilalui begitu sukar
Walaupun tangisan seringkali dihamburkan
Tapi tidak sesekali mematahkan semangat untuk
terus berjuang untuk hidup di dunia ini

Walaupun seringkali diri terasa tertewas
Tapi aku tahu
Allah tidak akan menguji hambaNya
melebihi kemampuannya

Sesungguhnya aku insan kerdil 
Untuk mempertikaikan setiap kejadian Allah
Siapalah aku untuk menghalang qada' dan qadar Allah
Kerana aku adalah milik Allah
Dia Maha berhak ke atas diriku

Diri yg perlu dipersiapkan untuk di uji
Selagi diri ini bergelar manusia di muka bumi ini
Selagi nadi masih berdenyut
Aku perlu mempersiapkan diri
Menerima segalanya dengan redha
Pasrah dengan segala ketentuanNya

Di saat ini aku perlukan keluarga di sisi
Di saat ini kerinduan pada ayah dan ibu makin memuncak
Di saat ini diri memerlukan kata-kata semangat dari abang dan adik-adik
Di saat ini ku mahu teman di sisi

Kepada siapa akan aku khabarkan
Kepada siapa aku nak bermanja
Kepada siapa akan aku luahkan

Hanya padaMu Illahi
Tapi aku cuma manusia biasa
Yg kadang2 memerlukan teman di sisi
Untuk mendengar segalanya
Untuk menemani diri ini ketika setiap musibah datang melanda

Ya Illahi..
Hanya padaMu aku berserah
Hanya padaMu aku bermohon
Hanya padaMu aku meminta
Hanya Engkau yg mengetahui apa yg terbaik buatku
Seandainya ini adalah yg terbaik buatku
Engkau bantulah aku untuk terus melawannya
kerana aku lemah untuk menghadapinya tanpaMu
Bantulah aku untuk terus kuat
Agar aku terus merasakan nikmat hidup ini


Ya Rabbi..
Kuatkanlah hati hambaMu ini
Cekalkanlah aku dalam menghadapi dugaanMu
Tabahkanlah aku dalam menghadapi duri-duri hidup ini
Kerana hati ini mula rapuh
Moga dengan kesakitan yg aku rasakan membuatkan aku makin dekat denganMu

Amin Ya Rabbal Alamin...
(^_^) Keep Smile

No comments:

Post a Comment