2011 bakal melabuhkan tirainya, 25 pula akan sampai ke penghujungnya dan 26 akan menjelma. Alhamdulillah, tahun 2011 banyak meninggalkan 1001 kenangan manis dan pahit. Segalanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya agak terseksa.huhuhu~~
Kehidupan 2011 agak mencabar bg seorang 'aku' pada mulanya kerana tanpa kehadiran seorang ayah. Kenangan bersama ayah sentiasa di hati dan kenangan itu yg membuat aku makin kuat untuk hidup kerana aku mahu jadi seperti ayah. Semangatnya yg kuat dalam menghadapi kesakitan tanpa sebarang rungutan di bibir, senyuman sentiasa menghiasi bibirnya walaupun aku tahu dirinya berperang dengan kesakitan, seorang happy go lucky dan tahap kesabaran yg tinggi. Mak selalu kata 'aku anak ayah' so aku kena kuat macam ayah walau apa dugaan yg menanti. Semangat ayah tidak akan mati dalam diri ini. Alhamdulillah, aku dapat lalui tahun 2011 dengan baik dan lancar dengan izin Allah. Syukur padaMu Ya Allah.
Dengan kehadiran segala fitnah dan tohmahan dari orang2 sekeliling membuatkan diri bertambah matang dalam melayari hidup ini dan diri tidak cepat melatah. Tahun 2011 lah yg banyak mengajar diri menjadi lebih SABAR dan KUAT. Alhamdulillah tahap kesabaran makin tinggi, kemarahan juga dapat dikawal, diri makin matang dalam bercakap dan diri makin penuh dengan kasih sayang untuk diberikan kepada orang2 sekeliling walaupun diri sendiri sedang mencari kebahagiaan sendiri. Mungkin dengan memberikan KASIH SAYANG kita juga akan menemukan kebahagiaan kita.
Walaupun dirasakan dengan permulaan 25 tahun agak hambar tanpa ucapan selamat hari lahir dr keluarga kerana mungkin mereka lupa. Mengajar diri untuk berfikir lebih positif. Abang sudah mempunyai isteri mungkin terlupa untuk mengucapkannya. Selepas 3 hari baru adik bongsu ku teringat dan meminta maaf kerana terlupa. Mungkin saja kerana banyaknya kerja sekolahnya. Ibu yg terlupa mungkin saja banyak sangat berfikir tentang anak2nya membuatkan diri mula merindui ayah kerana tidak pernah missed untuk wish birthday aku di awal pg tp tahun ini dirasakan agak hambar tanpa panggilan darinya. Bukan terlalu menginginkan ucapan itu cuma untuk memujuk diri bahawa masih lagi di appreciate. Macam budak2 pulak aku ni..kahkahkah~~ Anyway terima kasih kepada kawan2 yg tidak pernah terlupa dan membuatkan diri terasa hidup.
Dugaan demi dugaan yg datang kadangkala membuatkan aku lemah dan menangis, namun bila diri mula berfikir dengan waras semuanya ada hikmahnya. Aku makin dekat dengan Allah, diri makin tabah walaupun kadang2 hampir tersungkur dan alhamdulillah aku masih lagi masih bisa bangun untuk meneruskan hidup ini. Mendapat berita tentang seorang yg pernah aku sayangi dulu telah menimang cahaya mata sedikit sebanyak membuat diri pilu namun aku bahagia kerana dia telah bahagia bersama isteri tersayang dan anak. Aku doakan dia sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang. Aku perlu megorak langkah mencari kebahagiaan aku sendiri. Segala tentang dia telah aku lupakan walaupun agak mengambil masa.
Disebalik kepahitan ini terselit kebahagiaan yg tanpa aku sedari dan tidak disangka2 Allah hadirkan kepada aku. Allah anugerahkan seorang TEMAN kepada aku untuk berkongsi segala suka dan duka. Allah kurniakan kepada aku kawan2 yg sentiasa di sisi memberikan sokongan dan dorongan. Allah hadirkan kepada aku HOUSEMATES yg sememangnya amat aku sayangi. Hidup yg kosong terasa terisi dengan kehadiran insan2 ini. Diri mula terasa kebahagiaan walaupun pada yg sama diri ini kadang2 masih diduga. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Melihat. Rupanya masih ada lagi insan yg ikhlas menyayangi diri ini. Syukur Alhamdulillah.
Di akhir 2011, 30/12/2011 @ 8pm aku telah menjadi cik ngah dengan kehadiran seorang anak saudara perempuan. Sebaik sahaja mendapat berita dr abang bahawa kak ipar aku selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.85kg, hampir menitis air mata aku. Aku boleh bayangkan betapa gembiranya abang ku menimang cahaya mata pertama. Betapa gembira hati ini mendengar suara kegembiraan seorang abang yg amat aku sayangi. Aku dah dapat 'geng' sebab dia pun perempuan.hihihi~~
Aku akan sentiasa doakan insan2 disekelilingku ini akan sentiasa bahagia. Semoga dengan berlabuhnya 2011, kita makin menjadi lebih baik untuk keluarga, agama dan negara. InsyaAllah.
p/s: Terima kasih wat teman dan kawan2 tersayang, maafkan diri ini jika ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita dan kepada housemates tersayang maafkan jika kakak ada melukakan hati sesape. Sesungguhnya apa yg baik datang dr Allah dan yg buruk adalah dari diriku sendiri. Love u all..