Sunday 1 September 2013

Kehidupanmu

Love this drama ~takde kaitan dengan entry pn :)
Alangkah indahnya hidup jika lakarannya seperti yang terjadi dalam drama or filem korea dan jepun yang selalu kita tonton tu kan? yang selalu membuatkan kita berada di awang-awangan. Pastu mula la berangan kehidupan kita juga macam tu kan? hahaha~ Namun kehidupan ini bukanlah semudah yang kita sangka. Kehidupanmu bukanlah seperti kisah drama korea dan jepun yang alur perjalanan kisahnya telah di rancang dan di tulis sedemikian rupa oleh penulis skrip dan pengakhirannya yang telah di atur.. Happy ending or sad ending.

Cerita yang dikarang manusia nampak indah belaka dan segala cacat celanya kita hanya tutup mata tapi cerita hidup kita yang dikarang Allah langsung tiada cacat celanya. Semuanya cukup. Ada masa kita gembira, ada masa kita berduka, ada masa kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Itulah asam garam kehidupan. 

Kadang2 kita rasa dah cukup kuat untuk melalui segala dugaan namun terkadang kaki melangkah tidak pernah seiring dengan beban yg ditanggung. Berat mula terasa. Tanpa kita sedar kita bakal tersungkur, perit mula terasa tangisan mula berlagu seiring dengan kesakitan di hati. Namun di saat itu Allah akan menghantar insan2 baik yg sentiasa akan menemani dan menggapai tangan kita menyedarkan kita dari terus tenggelam dalam lamunan. Begitu dalam kasih sayang Allah buat hamba-Nya. So siapakah kita untuk lupa akan segala nikmat yg diberikan-Nya. Kebahagiaan mengajar kita untuk bergembira, dugaan pula mengajar kita untuk jadi lebih dewasa. Itulah kehidupan.

Dalam hidup tidak semua yang kita jangkakan akan berlaku bahkan apa yang tidak pernah terlintas di fikiran itulah yang terjadi, namun sebagai manusia kita tidak dapat lari dari menghadapinya. Persoalannya, kuatkah kita dalam menghadapinya??? Jawapannya hanya satu, kembali pada Allah.

Ketahuilah...
Kita memang merancang untuk segala harapan dan masa depan kita, namun kisah perjalanannya tidak akan pernah terlaksana tanpa kehendak Allah kerana sebaik-baik jalan kehidupan adalah jalan menuju-NYA. Semoga Allah redha atas semua yg kita lakukan.


Keep Istiqamah (~_^)


No comments:

Post a Comment