Tuesday 3 September 2013

Tetaplah tersenyum

Bismillahirahmanirahim...

Bermula dari merangkak kemudian kita bertatih-tatih dan berjalan, walau sering terjatuh dan terluka itu tidak menjadi penghalang untuk kita terus bangun dan belajar dan terus belajar. Hujan dan badai yang melanda kita sepanjang perjalanan di dunia ini kadang-kadang membuatkan kita tertunduk dan terduduk. Namun itulah yang mengajar erti kehidupan.

Hati yang terluka tiada siapa akan tahu kecuali Allah. Orang yang melihat tidak mungkin tahu apa yang bermain di benak dan hati kita kerana hanya kita yang merasakannya. Namun tetaplah terus tersenyum kerana luka itu akan sembuh jua suatu hari nanti.

Ya Allah, wanita itu telah berharap pada manusia yang juga sering alpa kepadaMu yang dia kira akan menunjuki dia ke jalanMu. Namun wanita itu silap, dia salah dalam membuat pilihan. Wanita itu telah berikan sekeping hati ini kepada manusia dengan harapan hadirnya kurniaan dariMu. Namun yang terjadi sebaliknya. Hati dia kini terluka dan kini menangis sendirian tanpa sesiapa yang tahu. 

Wanita itu inginkan seperti Ibunda Hawa dan Adam bercinta di syurga, bukan percintaan di dunia fana yang menunggu masa untuk musnah bila tiba masanya. Wanita itu inginkan kisah dia seperti Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali yang memendam perasaan dan mensucikan rasa demi tertegaknya agama, demi redha Allah Yang Esa. Biarlah rasa itu terpendam dan tidak terlahir dengan ungkapan kerana dia tahu Allah Maha Mendengar. Namun kini dia akur kerana apabila Allah mengaturkan sesuatu yang berbeza dari apa yang dia mahukan mungkin itu yang terbaik untuk dunia dan akhiratnya. 

Terima kasih untuk warna-warni yang telah kau lukiskan di hati ini
Terima kasih untuk senyuman yang kau selitkan bersama setangkai bunga


Ketahuilah lelaki2 di luar sana...
Wanita amat memerlukan kasih sayangmu
Janganlah kamu mencuranginya
Kerana kasih sayang nilainya tidak terhingga.


Keep Istiqamah :)

No comments:

Post a Comment