Tuesday, 31 January 2012

Someday..

Hoping someday that my tears would stop,
Hoping someday that the darkness would be lifted,
And the warm sun dries my tears away,
Whenever I get tired of my tired self,
I want to throw everything away,
Including the dream I’ve had until now,
Whenever I feel that, there are more things
I lack compared to what I have,
My strength fades away and I collapse,
I’m losing confidence that I can overcome all this,
If I wait, it will come like the sun that
Comes out when the night is over,
My aching heart will one day be cured as well,
Hope Allah will help me,
Hope Allah really helps me,
And I know Allah always beside me,
Watching me and help me without me knowing.

Keep Smile (^_^)

Saturday, 28 January 2012

~Keep Silent~

Ketika anda sibuk mencari yang sempurna buat diri.... 
Berhati-hatilah kerana boleh jadi kamu melepaskan seseorang yang tidak sempurna tapi dia mampu membuat kamu bahagia secara sempurna...




(Hargailah dia di sisi, jangan setelah kehilangan baru kita menyedari bahawa dia begitu bermakna buat kita)


Keep Smile (^_^)

Wednesday, 25 January 2012

Rindu bertandang lagi...

                Kepulangan ke kampung kali ini membuatkan diri makin merindui dirinya. Cuba untuk menipu orang di sekeliling dengan berlagak biasa amat payah aku rasa. Bercerita dalam ketawa padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. Setahun lebih belum cukup untuk menghindar dari kerinduan yang menggunung ini.
Sebaik sahaja turun dari bas setibanya di Kuala Terengganu, terus ku cari nombor ayah untuk dihubungi. Tersedar dari mamai, terus kuingatkan diri bahawa aku tidak mempunyai ayah lagi. Ku kutip telefon yang telah berkecai terjatuh, malunya bila menjadi perhatian orang ramai di stesen bas. Aku cuba untuk berlagak seperti biasa walau dalam hati mula merasakan sedih. 
       Sudah menjadi kebiasaan bila sampai di stesen bas ayah la orang yang akan aku hubungi. Rindunya aku untuk mengatakan "Ayah, kak dah sampai. Ayah sampai xlagi?". Rindunya aku pada seorang lelaki yang bergelar ayah, rindu pada ayah yang akan menyambut kepulanganku di setiap kali pulang ke kampung. 
       Apabila melihat keadaan sekeliling dan memandang ayah2 orang lain yang menyambut anak2nya menambahkan hiba di hati. Bukan aku tidak menerima ketentuan Allah, bukan aku tidak redha akan pemergiannya cuma hati ini terlalu rindukan dirinya. Rindu pada seorang lelaki yang bergelar ayah.
      Selama setahun lebih ini aku cuba untuk kikis perasaan hiba di setiap kali pulang ke kampung tapi aku tewas. Tewas bila melihat orang lain yang masih mempunyai ayah untuk bermanja sedangkan aku sendirian membelah sunyi di subuh hari menunggu ketibaan bas harian untuk pulang ke rumah. Bukan tidak biasa, setahun lebih sudah cukup untuk membiasakan diri namun kadang2 kenangan itu menerpa ruang hati.
      Terengganu banyak meninggalkan kenangan aku dan dia. Ke mana sahaja berdua sehingga ada yang menggelarkan aku adalah 'aweknya'. Ayah yang akan hantar di setiap kali aku 'dating' dan menungguku hingga kami habis berbicara. Tidak pernah marah bila aku kata aku nak jumpa 'seseorang' asalkan aku di depan mata. Memahami jiwa seorang remaja. Masih ada lagikah ayah seperti dia yang cukup2 menjaga anak perempuannya?.
     Aku rindukan dia bila di setiap kali diri ketensionan dan mempunyai masalah, dia sentiasa di sisi mendengar mulut ini berceloteh, membawa diri ini ke pantai. Dia tahu aku akan tenang bila aku menghadap pantai dan menghayati kebesaran Allah. Bila aku jauh, sentiasa mengingatkan aku jangan lupa baca al-Quran walaupun dirinya bukanlah sealim mana, tidak pernah lupa untuk memberi semangat untuk aku bila aku terjatuh. Sungguh, aku rindu saat itu. Hati ini terlalu sarat dengan kerinduan terhadapnya dan hanya kepada Allah aku mencurahkan segala2nya.
      Kini semuanya telah tinggal kenangan dan aku hidup dalam kenangan itu. Dan kerana kenangan itu yang membuatkan aku makin tabah dalam melalui hari2 tanpa dia di sisi. Tidak akan sesekali aku lupa bahawa aku pernah mempunyai ayah yang lain dari orang lain kerana dialah kawan, dialah musuh, dialah teman, dialah ayah kepada satu2nya anak perempuan yang bermanja hanya dengannya. Dialah ayah terbaik buat kami. Alhamdulillah, kami sempat merasakan nikmat kasih sayang dari seorang ayah berbanding kawna2ku yang telah kehilangan ayah sejak kecil. 
       Seringkali diingatkan pada diri bahawa aku kuat dan aku mampu kerana ibu, abang dan adik2 masih memerlukan aku. Aku akan terus berada di sisi mereka selagi di izinkan Allah kerana hidupku adalah untuk mereka. Dan yang pasti ALLAH sentiasa bersamaku kerana DIA aku masih lagi bertahan dalam menghadapi semua dugaan yang datang. Yang pergi tetap pergi yang hidup kena teruskan hidup. Semua manusia akan meninggalkan dunia yang sementara ini bila tiba saatnya nanti.
      Pusaranya akan aku lawati di setiap kali pulang ke kampung kerana itulah satu2nya cara untuk aku melepaskan rindu padanya walaupun aku tahu wanita tidak manis ke kubur. Aku ingin jadi anak yang solehah yang dapat berbakti kepadanya walaupun aku tahu dia tiada tapi dia sentiasa di sisi dan hati ini. Ya Allah Engkau cucurilah rahmat ke atas roh bapaku, tempatkan dia bersama orang2 soleh dan jauhkanlah dia dari azab seksa kuburMu. Amin Ya Rabbal'alamin.

Keep Smile (^_^)

Tuesday, 24 January 2012

Doa Dalam Penantian


Ya Rabb..
Jauhkan lelah dari hatiku,
Jauhkan aku dari segala prasangka buruk kepadaMu,
Agar aku sabar menunggu kehadirannya,
Agar aku yakin akan janjiMu,
Jagalah hati ini agar tidak layu menantinya,
Tetapkanlah hati dan jiwa ini andainya dia memang untukku,
Tetap terjaga indah dalam kesucian hati dan jiwa,
Tetap tak tersentuh oleh sembarangan tangan yang tak halal baginya..

Cinta yang bersemi ini,
Ingin kubenamkan di hati,
Ku ingin cintainya dalam diam,
Tanpa harus ku umbar rasaku,
Sebelum Engkau ikatkan hatiku dan hatinya,
Dalam kesucian cintaMu...

Peluklah hati ini di saat ku mulai gelisah,
Dalam penantian penuh kesabaran ini,
Terkadang hatiku merasa rindu pada insan,
Yang kucintai dalam diamku..

Ya Allah..
Biarlah kusimpul rasa ini di dalam setiap doa-doa istikarahku,
Agar kelak kau satukan hatinya dan hatiku,
Yang akan bertaut,
Dan bersemi indah di bawah RedhaMu..

Ya Rabb..
Bukan kesempurnaan yang kudambakan,
Tapi jadikan kami sempurna,
Untuk saling mengisi kekurangan kami,
Tak kupinta ia datang dengan kesombongan,
Atas apa yang diraihnya,
Kerana semuanya adalah milikMu,
Tapi datangkan ia dengan ketulusan cinta hanya keranaMu,
Kutitipkan rasa ini ku serahkan segalanya padaMu,
Agar ku beroleh kebaikan dunia dan akhiratku...
Amin Ya Rabbal'alamin 



Keep Smile (^_^)

Monday, 23 January 2012

Kelebihan VS Kekurangan

       Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah. Setiap manusia lahir dengan setiap kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kenapa perlu mempertikaikan apabila kita tidak mendapat sesuatu seperti yang kita inginkan. Dalam sebuah perhubungan seringkali kita mendengar ketidaksefahaman akibat dari ketidakboleh terimaan sesuatu hal atau perangai seseorang. 

       Padahal kita sendiri sedar bahawa setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan itu lah yang membuatkan kita lain daripada orang lain. Menjadi diri sendiri itu yang terbaik selagi kita tahu apa yang kita buat tidak akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

       Persoalan sekarang kenapa masih lagi timbul isu tentang ketidaksefahaman bila mengetahui pasangan tidak seperti yang kita inginkan. Kenapa kita masih tidak boleh menerima dirinya seadanya kerana itu adalah diri dia yang sebenarnya. Kenapa perlu mengubahnya menjadi seorang yang kita inginkan. Ianya adalah sama seperti kita memandang cermin dan melihat diri kita sendiri kerana ia adalah pantulan dari diri kita kerana kita mnegubahnya seperti yang kita inginkan. Membiarkan seseorang yang kamu sayangi menjadi dirinya sendiri adalah lebih baik kerana dia tidak akan menjadi hipokrit dan menunjukkan dirinya yang sebenarnya kepada kamu. 

       Kekurangan dan kelebihan yang ada di setiap pasangan yang membuatkan hidup kamu sempurna. Kerana ketidaksempurnaan tersebut membuatkan kamu saling melengkapi. Kekurangan kamu disempurnakan dengan kelebihan yang ada padanya dan kekurangan dirinya ditutupi dengan kelebihan yang ada pada dirimu, itu lah yang seharusnya ada pada setiap pasangan. " PRO AND CONTRA". Jangan sesekali mencari kesempurnaaan kerana kita tidak akan berjumpa dengannya kerana tiada yang sempurna melainkan Allah. Segala yang ada pada diri kita adalah milik Yang Maha Esa. 


       Seseorang yang pada pandangan kita berwajah cantik tidak semestinya berperibadi baik dan seseorang yang kelihatan biasa mungkin lebih baik. Semua wanita dilahirkan cantik sebenarnya kerana cantik itu adalah subjektif. Mata yang memandang tidak akan sama kerana penilaian setiap manusia adalah berbeza tapi yang penting penilaian Yang Maha Esa terhadap diri kita. Biar cantik di hati dari cantik fizikal kerana hati adalah Raja kepada semua pancaindera. Jaga Hati, Jaga Peribadi, Jaga Iman, Jaga akal dan jaga diri, insyaAllah kita akan selamat. Hiasi peribadi dengan iman di hati. Wallahualam.
Keep Smile ^_^

Thursday, 19 January 2012

Jodoh Sesaat

Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan
Dalam sujud taubat, hajat, istiqarah,syukur dan dhuha
Dalam kekeliruan mencari cinta
Lantaran usia kian mengejar
Apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa
Yang bukan lagi di gelar dara dan teruna rebutan
Yang kini menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri

Dalam kata mereka, ku terima sebagai nasihat
Dan senyum kanda, senyum berhajat
Ku selami erti tersirat
Mahu aku punya pembimbing kampung akhirat
Bukan aku tidak mahu
Bukan hanya tunggu menanti seru
Tapi aku terkeliru


Dalam usaha itu
Adakalanya aku tersasar dari jalan Mu
Lantas aku undur langkah
Dalam taubat ku mohon keampunan
Dalam hajat ku mohon pertolongan

Dalam istiqarah ku mohon pilihan
Dalam syukur ku mohon pemeliharaan
Dalam dhuha ku mohon kurniaan!



Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman
Kalau kau tu baik sangat…
Kenapa belum punya teman?
Bagaimana harus aku bicarakan
Aku juga seperti orang lain
Jodoh bukan untuk orang yang baik…sahaja
Orang tak baik pun ada jodoh juga


Sudah termaktub janjiNya
Lelaki baik untuk perempuan baik begitu juga sebaliknya
Aku yakin dengan segala janjiNya
Ajal. maut, jodoh, pertemuan ketentuanNya
Bila masanya datang , pasti takkan berganjak walau sesaat!


Masih terdengar suara-suara sumbang
Bilakah mahu menuju ke fasa lain
Bukan diri tidak cantik
Atau adakah diri terlalu memilih
Ibu terdiam memihak kepada diri
Kerana masanya belum tiba
Ada hikmah disebalik ketentuan

Bukan Kekayaan yang aku dambakan
Bukan Kekacakan yang aku impikan
Bukan juga kesempurnaan yang aku nantikan
Cukup hanya dengan agama yang ada pada dirinya
Untuk membimbing diri hina ini
Menuju ke Jannah sana

Ya Allah bantulah hambaMu ini,
Bantulah hamba untuk menjadi wanita yang lebih baik
Wanita yang menjadi pilihan
Wanita yang memberi keteduhan
Kerana aku menginginkan kebaikan
Hanya pada jalanMu
Jauhkanlah aku dari kesesatan dan sifat yang buruk.

Keep Smile ^_^

Tuesday, 17 January 2012

Emak, Ibu, Mummy, Mama, Umi...

       Sesungguhnya aku amat merindui dirinya tika ini. Dia lah ibu, dia lah Emak, dia lah Mama, dia lah Umi, dia lah Mummy kepada 5 orang anak. Bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan seorang ibu yang sentiasa di sisi ketika diri amat memerlukan. Walaupun sering berjauhan tapi hati kami sentiasa bertaut dengan izin Allah. 
       
      Dalam usia 46 tahun dan boleh dikira masih muda, dirinya telah kehilangan seorang suami dan sekarang telah memikul tanggungjawab untuk menjadi seorang ayah, papa, daddy, walid, abah kepada 3 orang anak lelaki, seorang anak perempuan dan sekarang mempunyai anak perempuan yg telah menjadi sebahagian dari keluarga kecil ini. Anak-anak yang kadang2 menghadiahkan tangisan kepada dirinya kerana bermacam2 kerenah terpaksa ditempuhinya. Kekuatan yang amat luar biasa aku kira untuk seorang wanita yang berhati lembut dan baik seperti dia. Ingin sekali aku menjadi seperti dia kerana ketabahan dan kekuatannya dalam menghadapi dugaan demi dugaan yang hadir dalam hidup. 
       
      Walaupun tangisan sering menemaninya di tengah2 malam ketika bersujud menyembah Yang Maha Esa, tapi itulah yang menjadikan dirinya kuat dalam menghadapi hari2 mendatang. Masanya banyak dihabiskan di sejadah beribadat kepada al-Khaliq, menghamburkan segala rahsia yang berada di hati dan fikiran dan kadang2 terdengar esakan kecilnya berdoa memohon diberikan kekuatan untuk menghadapi hari2 seterusnya di sepertiga malam membuatkan aku bermuhasabah diri betapa aku harus bersyukur kerana dikurniakan ibu sebaik dia.

         Kesakitan yang dirasakan seringkali disembunyikan dari anak2nya. Bertanyakan tentang keadaan kesihatannya di setiap hari sebolehnya dia akan mengatakan dia sihat walaupun aku tahu kadang2 keadaannya tidak mengizinkan. Mungkin kerana tidak mahu anak2nya bimbangkan dirinya, namun kadang2 suaranya di corong telefon tidak dapat menipu aku. Hanya doa agar kesihatannya sentiasa baik dapat aku kirimkan memandang aku tidak berada di sisinya di setiap kali kesakitannya menjelma. Betapa kuatnya dia dalam menghadapi kesakitan yang seringkali hadir tidak menampakkan dia berada dalam kesakitan.  
       
      Hidup aku hanya ada dia setelah kehilangan ayah tersayang setahun yg lepas. Alhamdulillah, diri redha menerima segala ketentuan dari Allah kerana dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Tidak dapat dinafikan hati seringkali menangis ketika teringat padanya tapi ibu sentiasa memberi semangat bila diri lemah ketika kerinduan buat ayah bertandang. Hanya doa, bacaan Al-Quran dan Yassin di setiap hari dapat aku hadiahkan kerana aku mahu jadi anak solehah buat mereka kerana akulah satu2nya permata perempuan buat mereka dan aku mahu abang dan adik2ku juga menjadi anak yg soleh buat mereka.
       
       Bersyukur dikurniakan ibu dan ayah yang cukup2 memahami walaupun kadang2 berbagai kerenah aku lemparkan kepada mereka. Sekarang kepada ibula tempat aku bercerita segalanya sebagai pengganti kepada seorang ayah. Nasihat ibu yg sentiasa menaikkan semangat buat diri ini kerana aku mahu jadi seperti dia sentiasa tabah dalam menghadapi rintangan dalam hidup. Hidupnya yang tidak pernah serik dari dugaan langsung tidak menjadikannya lemah. Seriously, I want to be like her!!! 
         Matanya yg sembab akibat baru lepas menangis namun tetap tersenyum akibat dipaksa oleh aku..hihihi

        Ketika diri dilanda kecelaruan, kebimbangan, ketakutan, kegembiraan, kesedihan dan kerunsingan dialah sentiasa di sisi mendengar bibir ini berbicara walaupun hanya di telefon kerana hanya itu yg dapat menghubungkan kami. Nasihat yg sentiasa diterima, " Anak mak kuat seperti ayahnya, kak kuat dan kak boleh kuat, sentiasa mengaji dan jangan tinggalkan al-Quran kerana itu lah muzik kita untuk menenangkan hati dan petunjuk kita, jangan tinggalkan solat malam dan dhuha, sentiasa berbicara, bercakap dengan Allah dan luahkan segalanya kerana hanya kepadaNya kita mengadu dan meminta. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya. Sentiasa basahkan bibir dengan zikir walau di mana kak berada. Banyakkan berdoa, Allah Maha Mendengar. Dugaan demi dugaan yg kita lalui selama ni adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita kepadaNya. Bersyukur kerana Allah menyayangi kita dengan memberikan kita kesempatan untuk merasa segala dugaan. Dah, jangan menangis lagi." Itulah kata2 yg sering diterima di setiap kali masalah, kesedihan bertandang dan kekuatan mula menghilang tapi kata2 darinya membuatkan diri makin kuat untuk melalui hari2 seterusnya. Alhamdulillah, segalanya adalah dengan izin Allah.

      Kelahiran si cilik baru menambahkan kegembiraan kepadanya, cucu pertama yg lahir (anak along n Kak Su) benar2 membuatkan dirinya hidup. Panggilan 'Mek Pink' oleh ibu menandakan dia begitu teruja dengan si tiut miut perempuan ini. Seringkali menyebut ayah memang suka kalau perempuan dan dia dianugerahkan cucu perempuan. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui atas apa yg berlaku. Semoga keluarga kecil ini sentiasa bahagia dalam melayari kehidupan yg penuh dugaan dan cabaran ini. 
           
        Ya Allah...
Dia adalah anugerah terindah buat kami
Kau kuatkan dia dalam menghadapi setiap dugaanMu
Kurniakanlah kebahagiaan di dunia dan akhirat kepadanya
Panjangkanlah usianya
Tabahkan hatinya dalam menghadapi kerenah kami
Sabarkan hatinya dalam menghadapi kerenah2 orang2 disekeliling 
yg kadang2 meragut kebahagiaannya
Kau jauhkanlah kami dari menyakiti hatinya
Jadikanlah kami anak2 yg soleh dan solehah 
agar kami dapat membalas segala jasanya terhadap kami
Kasihanilah dia sepertimana dia mengasihani kami semenjak dari kecil
Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani
Amin Ya Rabbal Alamin....





LOVE U SO MUCH MOK!!!!!
Love u Along, Kak Su, Amat & Adik!!!


Keep Smile ~~ Chill~~ ^_^

Monday, 16 January 2012

Hopefully...

Beach Cahaya Bulan / Pantai Cahaya Bulan (PCB)

        Kalau di saat ini betapa indahnya jika aku berada di pantai penuh dengan pepasir ditemani dengan deruan ombak dan angin yg bertiup sepoi2 bhasa sambil menikmati keindahan ciptaan Allah. Alangkah bestnya!!!! Sambil mendepakan tangan menikmati angin yg bertiup sepoi2 bahasa, dah lama tidak menjejakkan kaki ke pantai. Rindunya saat2 itu dan ingin sekali menjerit meluahkan segala ketensionan, kerunsingan dan kecelaruan yg melanda diri ketika ini. Tapi kat shah alam ni mana ada pantai. hukhuk~~

         Ayoyo, apa nak jadi dengan aku ni?  Persediaan kurang ke atau soalan tu yg memang susah? 3 jam menjadi otomen melawan raksasa akhirnya xtau sape yg menang dan sape yg kalah..hahaha~~ Hopefully aku la yg menang. Kalau x menangis x berlagu la aku pas ni.hukhuk~ Segalanya Allah yg maha Mengetahui.

       Segala kerunsingan yg bermain di jiwa bertambah apabila tiba2 di tengahari ini dia hadir lagi. Apa lagi yg dia nak dari aku. What? Why? How? Soalan yg bermain dalam fikiran pada tengahari yg damai ini. Tengahari yg damai ditemani gelak tawa housemates yg sedang bertukar hadiah tanda perpisahan,  aku pula kembali melayan perasaan yg langsung tidak mendamaikan ini. Kenapa mesti nak tahu kehidupan aku sekarang? Samada aku bahagia atau tidak langsung tiada kaitan dengan dia. Tapi kenapa dia boleh tahu perjalanan hidup aku sekarang? Mana dia tahu dan kenapa dia masih mengambil tahu tentang hidup aku? Persoalan demi persoalan yg tiada jawapan bermain di fikiran. hukhuk~~

            Ingin ku luahkan segala yg bermain di minda dan hati, kahkah~~ Bila sesuatu yg berlaku di luar kawalan begini la jadinya. Istighfar banyak2 Cik Onn, remember what is ur mom said sebentar tadi. Kepada Allah kita berserah dan kepada Allah kita meminta. Hanya tinggal doa dan tawakal kepada Allah kerana diri telah berusaha semampunya dan hanya ini yang termampu dilakukan. InsyaAllah Allah akan sentiasa bersamaku dan segala yg akan berlaku lepas ini aku redha....


YG PENTING SENYUM SOKMO!!!!

Friday, 13 January 2012

TSUNAMI CINTA

      Kebengangan dengan 'TSUNAMI CINTA' masih lagi berleluasa. Akibatnya tidur aku turut terganggu dan membuatkan diri makin ketensionan. Alhamdulillah tahap kesabaran makin tinggi tp entah sampai bila xtau la Jangan nanti CIK ONN versi lain akan keluar.ngaummmm~~ Ada ke kejutkan aku pukul 4.20 pagi semata-mata untuk membuka pintu rumah. Aku yg sememangnya insomnia ni pagi2 lagi dah hangin, baru je mata lelap dah ada orang col pg2. Ingatkan sape yg col pg2, rupa2nya si PSYCHO yang keluar untuk berjumpa dengan ex-pakwenya di kedai mamak berhampiran pada pukul 3 pagi. Akibat dari tertinggal kunci rumah, aku yg menjadi mangsa keadaan. 

     Penangan "KE-PUTUS-AN CINTA'nya membuatkan kami semua turut sama menjadi PSYCHO. Selepas subuh, aku terus bertanya ke mana dia pergi kerana tidak manis bagi seorang yg bergelar anak dara dan beragama islam keluar rumah pg2 buta. Dia menerangkan keadaan sebenar, dan membuatkan aku menjadi gila di pagi hari.hukhuk~ Pening kepala aku mendapat housemate seperti ini, nasihat aku sebagai seorang kakak hanya berkesan sikit je. Kekolotan terus menerus berlaku kerana sayangnya dia pada lelaki tersebut.  Dia sendiri mengaku dia memang bodoh sebelum sempat aku membuka mulut.kahkah~~ Agaknya dia dah tahu apa yg bakal keluar dari mulut ini. Makin sakit hati aku, mana hilangnya perasaan malu dan maruahnya sebagai seorang wanita. Dia telah merendahkan maruahnya hanya kerana seorang lelaki. 

          Berkali2 aku mengatakan jangan difikir perkara itu, hanya sia2. Banyakkan mengaji untuk tenangkan diri, jangan tinggalkan al-Quran yg sememangnya menjadi petunjuk kita, banyakkan istighfar dan dekatkan diri dengan Allah dan teruskan berdoa. InsyaAllah semuanya akan baik sebab aku dah laluinya suatu masa dulu cuma cara kami yg berbeza dalam menghadapinya. Mungkin saja semua ini berlaku kerana amaran Allah untuk kita dan dugaan untuk mengukur tahap keimanan kita terhadapNya. 

       Tapi semua nasihat bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri bila dia mula percaya pada benda bukan2 makin membuatkan semua di sini takut dan geram. Takut kerana dia telah berjumpa dengan "ustaz2' yg pada pandangan kami hanyalah kelentong.hahaha~~ Tidak keterlaluan untuk aku mengatakan semua itu hanya rekaan semata2. Hanya kerana putus cinta dan lelaki tersebut beralih arah dia sanggup menuduh perempuan tersebut telah menggunakan ilmu hitam untuk jauhkan lelaki tersebut darinya. Aduhai adikku sayang, sejauh itu kamu berfikir. Susah jugak jadi orang pandai ni. Semuanya dia yg betul. Aku hanya bimbang akidahnya akan terpesong hanya kerana hal ini. 

        Alahai, orang2 yang cerdik dalam akademik pun boleh tewas kerana seorang lelaki. Si PSYCHO bukannya calang2 orang, bersekolah di sek berasrama penuh dan mengambil kelas Arab dan terus memasuki Uitm (fast track lg tu) sama bidang dengan aku dan juga berasal dari negeri yg sama dengan aku. Dan sekarang telah bekerja. Malunya aku kalau orang Terengganu gini. Kenapa cinta mesti membutakan mata kita. Ke mana hilangnya nilai2 agama yg diterapkan sejak kecil.

       Melihat sendiri dengan mata kepala membuatkan aku bersyukur kerana Allah sentiasa bersama aku hingga sekarang dan jauhkan aku dari kekecewaan yg terlampau. Sesungguhnya cinta kepadaNya yg membuatkan aku makin kuat untuk menghadapi hari2 yg mendatang dan senyuman masih menghiasi bibir ini. Alhamdulillah. Otomen2 di sini yg semakin tension dengan raksasa EXAM termasuklah aku sendiri yg bakal menghadapinya pada 16hb ni semakin galak mentertawakannya. Bukan sengaja untuk gelakkannya tapi kelakuannya menyebabkan kami geli hati dan kerana Kesiankan dirinya yg menjadi 'stupid' kerana cinta itu membuatkan aku masih lagi melayani kerenahnya . Hanya 2 orang adikku yg mempunyai pakwe yg lain masih lagi sendiri tapi diorang cool je pun tapi yg baru je melangkah masuk ke sini pulak yg lain. Adakah aku yg bersalah.uwaaaa~~ Jangan pada hari untuk aku bertempur dengan raksasa EXAM dia buat hal sudah, memang masa tu CIK ONN versi lain akan keluar aku rasa.kuang2~

      Betul kata sesetengah orang, cinta manusia kadang2 membuatkan kita hanyut. Hanyut dalam dunia ciptaan sendiri padahal kalau cinta disalurkan dengan betul ia akan membuatkan kita makin kuat dan cinta kita kepada Pencipta Yang Esa makin kuat. Aku bukanlah seorang pakar cinta kerana aku juga pernah tewas suatu masa dulu cuma tidaklah jadi seteruk ini kerana mungkin ia adalah amaran dari Allah kerana kelalaian kita dalam mengingatiNya. Kerana itu sebolehnya aku ingin membuat dia sedar, buka hatinya untuk cinta yg lain tidak hanya fokus kepada lelaki itu. Aku tidak boleh tengok perempuan jadi lemah hanya kerana cinta, kerana cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah. Hidup tanpa cinta ibarat pelita yg tidak menyala. Bersyukurlah kamu kerana diberi kesempatan untuk merasakan cinta. 


Keep Smile ^_^

Wednesday, 11 January 2012

~Silence is better 4~

Di saat ini hati mula gelisah
Dalam penantian penuh kesabaran ini
Kerana hatiku merasa rindu
Rindu pada insan yang ku cintai dalam diamku

Di subuh yang dingin dan sepi
Aku mula bermuhasabah diri
Adakah apa yang akan aku lakukan ini
Bakal memberi kesan yang besar dalam diri

Kekeliruan mula membelenggu diri
Keliru dengan diri sendiri
Kenapa semua ini harus kurasa
Sedangkan bukan ini yang kupinta

Salahku kerana cinta pada seorang teman
Salahku kerana menyayanginya lebih dari seorang kawan
Kerana aku cuma seorang insan
Yang mempunyai naluri yang sama seperti wanita lain

Sampai bila harus begini
Sampai bila harus bermain tarik tali
Perlukah aku lari dari semua ini
Perlukah aku menyepi

Semua yang aku fikirkan tentang mereka betul belaka
Adakah aku yang berada di antara mereka
Andainya aku berada di antara mereka
Akan ku cuba jauhkan diri dari dia

Sepatutnya aku menyedarinya sejak dulu
Aku tidak pantas untuk dirinya
Sepatutnya dari dulu
Aku menghalang perasaan ini dari membelenggu

Tapi siapalah aku untuk menolaknya
Perasaan ini hadir tanpa aku sedari
Mula bercambah dari hari ke hari
Kerana ia anugerah dari yang Esa

Aku tahu siapa di hatinya
Aku juga tahu siapa yang disayanginya
Dan kerana itu aku perlu berpijak di bumi yang nyata
Juga kembali pada asalnya

Mungkin masanya telah tiba
Untuk aku melepaskan segalanya
Menguburkan segala rasa yang sentiasa membelenggu hati
Mungkin ini yang terbaik buat kami

Apakah aku dapat membuang segala rasa ini
Itu menjadi tanda tanya buat diri
Kerana sekali kasih sayang bertapak di hati ini
Amat sukar untuk aku buang dan kikis dari hati

Tapi mencuba lebih baik dari tidak melakukan sesuatu
Aku yakin aku mampu
Kerana Allah sentiasa di sisiku
Dan aku tahu jodohku sedang menunggu kehadiranku

Jika cinta dia bukan milik aku
Jika cinta itu juga bukan untukku
Aku pasrah akan segalanya
Cinta yang aku beri ikhlas keranaNya
Kerana memberi lebih baik dari menerima
Dan kerana aku tahu Allah sentiasa bersamaku
Aku cintakannya kerana cintaku pada Allah
Aku redha akan segalanya
Andainya ini yang tersurat dan tersirat buatku


“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu. Melihat orang yang kita cintai menemukan kebahagiaannya adalah sama seperti kita menemukan kebahagiaan kita sendiri. Biarkan dia pergi untuk mencari kebahagiaannya sendiri kerana kita tahu kita mungkin tidak dapat membahagiakannya."


Keep Smile (^_^)

Tuesday, 10 January 2012

Ke-obses-an Cinta

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi tp mata masih tidak terasa untuk tido. Adakah insomnia aku kembali lg? Tetiba tangan gatal untuk menulis entry baru dan tetiba idea tentang OBSES CINTA akibat dari satu peristiwa yg sedang hangat berlaku di sini sekarang ni.   Sekarang ni topik cinta makin menjadi2 di sini. Ada yg tension, ada yg kesian, ada yg geram kerana di saat mereka2 ini sedang menjadi otomen untuk bertarung dengan raksasa EXAM berlaku pulak tsunami cinta buatan manusia. hahaha~ Akibatnya dari profession akaun bertukar menjadi doktor cinta. kahkah~ Doktor cinta kepada seorang pesakit cinta yg terlalu obses dengan cinta sampai sanggup melakukan sesuatu di luar kawalan.

Kerana kesian  aku telah  adakan sesi 'BRAIN WASH' percuma untuk menyedarkannya kerana telah diperbodohkan oleh cinta. Kalau dibiarkan makin 'Psycho' la, sayangnya aku tengok budak secantik dan sepandai dia berubah menjadi 'Psycho' disebabkan ditinggalkan pakwenya. Akibat terlalu sayang, dia jadi buta. Buta dalam menilai kasih sayang antara manusia.
Betapa dia lupa masih ramai yg menyayanginya di dunia ini, dan yg penting Allah amat menyayanginya. Kenapa kita perlu menyakitkan badan kita hanya kerana kita ditinggalkan seorang lelaki yg tidak pandai untuk menghargai kasih sayang. Badan yg Allah bagi ni hanyalah pinjaman untuk kita jaga kerana dengannya kita dapat beribadat kepada Allah. Ia adalah amanah dari Allah yg perlu dijaga dengan baik sehingga kita kembali padaNya. Tapi hanya kerana "LOVE" kita sanggup menyakitkan diri kita sendiri untuk mendapatkan perhatian.
Sesi 'Brain Wash' mula menjadi tegang bila dia mula menangis dan mengatakan aku tidak memahami. Terpaksala aku buka cerita aku yg sememangnya aku dah lipat kemas tp kerana dia aku terpaksa buka balik. Aku bandingkan cerita aku dengan cerita dia, alhamdulillah dia menerima kerana cerita aku lagi sedih.Sedihla sangat kan.hukhuk~
Masa dia yg dah banyak terbuang kerana 'spy' lelaki tu, air mata yg menjadi penemannya membuatkan aku geram kerana menangis air mata darah sekalipun lelaki tersebut takkan kembali dah kerana dah bahagia bersama orang baru. So let it go, kenapa kita mesti mendera perasaan sendiri hanya kerana lelaki begitu.  Wanita itu amat istimewa, jangan kita menjadi bodoh kerana lelaki.
Life must go on, sampai bila kita mesti seksa hati kita. Sampai bila kita nak kejar balik cinta yg dah pergi. Kita mula lupa cinta yg sepatutnya kita kejar, iaitu cinta Allah. Disebabkan seorang lelaki kita jadi bodoh dan hanya fikirkan macamna nak buat dia kembali kepada kita. No need la sebab kalau dia jodoh kita insyaAllah dia akan kembali. Terdirect pulak aku, tp untuk menyedarkannya terpaksala.
Sebab cinta jugak la membuatkan dia xboleh nak tido dan xlalu makan. Makin pening aku dibuatnya, kenapa mesti jadi gitu ek. Aku kalau tension makin banyak makan dan yg penting aiskrim kena ada, ada kaitan ke ek?kahkah~ Makin aku geram bila dia kata dia jadi patah kaki bila dia kehilangan pakwenya. Ni la yg susahnya bila bergantung ngan lelaki. Buktikan kepada lelaki kita sebenarnya kuat, kuat untuk berdikari sendiri.
Orang yg belajar tinggi pun bila masuk bab cintan cintun ni pun kalah kan, xboleh nak fikir dengan waras, mula fikir tentang perkara bukan2. Akibatnya KEKOLOTAN mula berlaku. Makin susah untuk aku menerangkan keadaan sebenar kerana kekolotan itu langsung tidak berlaku kerana ia adalah dari dia sendiri. Dia sempitkan fikiran dan hanya menumpukan hanya ke arah satu sudut sahaja, Yg dia nampak hanya lelaki tersebut dan hidup dalam dunia dia sendiri.
Sesi 'Brain Wash' berakhir setelah hampir sejam sesi luahan perasaan dan dibasuh oleh seorang doktor cinta yg langsung tidak berpengalaman.hihihi~ Alhamdulillah, dia makin tenang dan aku harap lepas ni dia akan ok, kalau tidak OTOMEN2 kat umah ni akan kehilangan 'POWER' untuk menyerang raksasa EXAM akibat dari tsunami cinta ni.kuangkuang~
Ada orang kata cinta itu indah, ada orang kata cinta itu sakit dan ada orang kata cinta itu buta. Cinta itu yg telah membutakan mata kita tanpa kita sedari.  Definisi cinta itu terlalu meluas, tapi jangan kita lupa cinta yang hakiki, cinta agung dan cinta abadi hanya pada ALLAH s.w.t. 
Kecewa dalam bercinta kadang2 manusia can be ‘stupid moron’. Maafkan kepada sesiapa yang terasa. Kenapa kita perlu menjadikan diri kita hamba cinta padahal cinta itu adalah anugerah dari Allah. Hati manusia sentiasa akan berubah2 kerana Allah Maha membolak-balikkan hati kita.  Tidak mustahil orang yang amat kita benci akan menjadi orang yang kita sayangi suatu hari nanti, dan tidak mustahil orang yang paling kita sayang akan menjadi seseorang yang kita benci pada masa hadapan. Ini kerana hati manusia adalah milik Allah. Jadi berdoalah agar kita ditetapkan hati.
Seorang perempuan akan menjadikan dirinya rendah dengan menjadikan dirinya terlalu bergantung dengan lelaki tersebut. Lelaki akan menampakkan kelemahannya apabila terlalu obses dengan cinta, ‘bagaikan lembu dicucuk hidung’. Apabila berlakunya sesuatu dalam perhubungan kononnya ‘ putus cinta’, kita menjadi seseorang yang lain. Seseorang yang kita sendiri tidak kenal. Pelbagai perkara yang kita tidak pernah lakukan akan kita buat. Menangis bagaikan dunia ini telah berakhir.  Sampaikan kita sanggup bertindak di luar kawalan, bukankah itu semua adalah perkara sia-sia.
Kerana cinta juga kita sanggup mencederakan diri sendiri demi mendapatkan balik perhatian dari pasangan. Kerja ke mana, belajar ke mana. Last2 semuanya hancur berkecai. Kita mula lupa untuk menghargai insan2 lain yg sentiasa berada di sisi yg sejak azali menyayangi kita dan yg penting kita lupa untuk mendekatkan diri kepada Allah padahal hanya padaNya lah kita berserah.
Kita mula mempertikaikan kenapa semua ini harus terjadi kepada diri kita. Apabila kita bercerita kepada teman2, kita mula marah2 bila mereka memberi pandangan yang kita tidak dapat terima. Kita mula mengatakan bahawa mereka tidak memahami apa yang kita alami, mereka tidak merasa apa yg kita rasai. Padahal mereka lebih dahulu ‘makan garam’ dari kita kerana itu mereka memberi nasihat tapi kita langsung tidak mengendahkan dan masih lagi menyalahkan pihak2 tertentu.
  Anggaplah semua itu adalah dugaan dari Allah. Kenapa kita tidak berfikiran positif mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Allah tidak memberi apa yg kita nak tapi Allah memberi apa yg kita perlukan. Mungkin sahaja pasangan kita bukan yg terbaik buat kita, berdoalah agar kita dipertemukan dengan cinta yang akan membawa kita ke syurga sana. 
Cinta itu tidak salah tapi orang yang bercinta itu yang membuatkan cinta itu salah. Setiap orang akan merasakan cinta dalam hidupnya kerana cinta itu terlalu luas takrifnya. Jangan dihalang perasaan itu dari subur di hati tapi pandai2lah mengawalnya dan jangan kerana cinta kita hilang maruah diri. Jangan pernah mengejar cinta kerana cinta akan hadir bila ia diizinkan oleh Allah tanpa kita memaksanya.


Lembut wanita bukan kerana lemah
Tapi lembut itu yang membuatkannya kuat untuk menopang dunia ini
Tegas wanita bukan kerana garang
Tapi ketegasan wanita itu kerana hidupnya berprinsip
Prinsipnya menjadikan dia bermaruah
Tanpa maruah hilanglah harga dirinya.
Dunia ini dipenuhi dengan hiasan
Dan indahnya perhiasan adalah wanita solehah


Keep Smile (^_^)

Wednesday, 4 January 2012

~Silence is better 3~

Jika ia sebuah cinta,
Ia tidak datang dengan kata-kata,
Namun sentiasa menghampiri dengan hati...
Jika ia sebuah cinta,
Ia tidak terucap dengan kata-kata,
Namun sentiasa hadir dengan sinar mata...
Jika ia sebuah cinta,
Ia tidak hanya berjanji,
Namun sentiasa cuba memenangi...
Jika ia sebuah cinta,
Ia bukan kerana kekayaan dan kebendaan,
Namun hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan....
Jika ia sebuah cinta,
Ia tidak hadir kerana permintaan,
Namun hadir kerana ketentuanNya...
Cinta hadir bukan dengan paksaan,
Tapi ia adalah anugerah dari Allah...


Keep Smile (^_^)

Tuesday, 3 January 2012

mAsAlAh = KehIduPAn

Kehidupan seringkali dikaitkan dengan masalah. Masalah adalah kehidupan, kerana dengan masalah kita hidup di dunia yg semakin hari makin mencabar. Dengan masalah juga kita dapat mematangkan lagi diri. 

Dalam hidup seseorang, masalah sering timbul samada kecik atau besar. Kehidupan kita tak akan pernah terlepas dari sebuah kata yang disebut “masalah” itu. Selagi kita masih hidup dan masih saja menghirup oksigen bumi Allah ini, maka masalah akan terus mengikuti gerak langkah kita. Jadi, jangan pernah terlalu berharap masalah akan pergi dari kehidupan kita.

U can't just let it go. Face it!!!
Berapa ramai manusia yg tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang mendepani masalah, masing2 mempunyai potensi untuk berdepan dengan masalah kerana dunia ini tiada jaminan. Lari dari sesuatu masalah tidak akan mengurangkan masalah tersebut malah akan membuatkan ia makin bertambah. Tidak dinafikan kita cepat merasa tension dan tertekan dengan segala masalah yg timbul. kadang2 masalah kita belum selesai masalah lain pula yg datang. Lumrah dunia. Hidup tanpa masalah tiada warnanya. Masalah yg mewarnai hidup manusia, tanpa masalah tidak berseri hidup ini. 

Sebenarnya masalah yg timbul adalah cubaan dan dugaan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Ia adalah untuk mengukur sejauh mana kesabaran dan keimanan kita. Allah menduga hambaNya sesuai dengan kesanggupannya. Hidup seorang mukmin itu akan sentiasa diuji tahap keimanannya. Lebih tinggi imannya kepada Allah, maka lebih hebatlah ujian yg akan menimpanya.

Seringkali kita merintih ketika diri dilanda musibah. Seringkali kita lupa bahawa Allah sentiasa bersama kita susah dan senang. Seringkali kita mengeluh dan mempertikaikan setiap kejadian yg berlaku. Seringkali kita lupa untuk mengucap syukur atas musibah yg datang.
Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Tidak dibiarkan kita terus hanyut dengan permainan duniawi. Kadang2 kita leka dengan segala nikmat dunia yg berada di depan mata. Apabila musibah melanda baru kita akan tersedar dari mimpi yg panjang. Itu tandanya Allah masih lg menyayangi kita dan sentiasa bersama kita.


Menurut Imam Hasan Al-Basri, dunia ini hanya ada 3 hari. Hari kelmarin yg sudah berlalu dan kita tidak mampu lagi untuk mengubahnya. Hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Hari esok adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan untuk berada di dalamnya.


Kita perlu mendepani hari ini, yang berlalu biarkan berlalu kerana ia tidak mungkin akan kembali. Maka gunakanlah kesempatan dan peluang yg ada pada hari ini untuk menjadi lebih baik. 


Seperti kata Saidina Ali, rezeki yg tidak diperoleh hari ini masih dapat diharapkan hasilnya lebih banyak pada hari esok, tetapi waktu yg berlalu pada hari ini tidak mungkin kembali esok.


Hari ini dan sekarang adalah perkara yg kita hadapi dan boleh diusahakan, jadikan hari ini adalah milik kita untuk kita gunakan sepenuhnya dengan kebaikan. Jadilah pekerja, pelajar, ibu bapa dan anak yg cemerlang dan ikhlaskan niat bersungguh2 keranaNya agar apa yg kita usahakan bakal dinilai sebagai sebaik2 amalan di sisiNya, insyaAllah.

Dunia adalah peluang untuk kita menuai secukupnya amal kebaikan dan menyemai rasa cinta kepada Allah dengan sepenuh hati. Dunia tiada jaminan untuk sesiapa, dunia penuh ancaman, penuh risiko yg terpaksa ditempuh kecuali orang yg tenang hatinya dalam rahmat Allah, redha dengan ketentuan dan percaya bahawa apa sahaja yg berlaku kepadanya adalah yg terbaik daripada Allah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya.

Firman Allah SWT surah Aam Nasyrah “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, Yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”
Firman Allah SWT surah Al Baqarah, ayat 286 : “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”


Hayatilah lagu dari Maher Zain ni:




Walau sebesar mana masalah yg datang dalam hidup, hadapinya dengan kematangan. Teruskan tersenyum walaupun dalam duka kerana senyuman itu adalah terapi jiwa. Sentiasa berfikir positif, bergantunglah dan berdoalah kepada Allah kerana Dia Maha Mendengar. Wallahualam.

Keep Smile (^_^)

Monday, 2 January 2012

Hati dan Perasaan VS Takut dan Kecewa

Perbualan dengan seorang rakan di pagi hari seakan2 membuka mata dan membuka minda aku tentang persoalan hati dan perasaan cinta dan perasaan takut kecewa. Sesungguhnya diri cukup tidak matang dalam bertindak bila ia melibatkan soal hati dan perasaan. Thanks for all the advice.
Aku :  Can i ask u something, its about hati n perasaan? I want to share with u n i want some advice about it. I really don't know what to do..

Dia :  Mestilah boleh. I like if u want to share something with me, tambh2 tentang hati. hahaha..

Aku : Kenapa cinta mesti hadir?

Dia : Cinta adalah anugerah dr Allah kan. So sape kita untuk menolaknya. Cinta itu fitrah. Manusia ingin disayangi dan menyayangi. What wrong with u? Are u fall in love again?

Aku : Yes But i'm afraid. Takut akan kecewa lagi. i don't know what will happen to me if i fail again. i dont want to lose him as my friend. So, sy pendamkan je. Silence is better i think because i am a women.

Dia : I want to ask u something. U know in this world there are 2 love, Cinta awal n cinta akhir.

Aku : Yes, i am. Cinta awal 'ADAM dan HAWA'. Cinta akhir 'MUHAMMAD dan SITI KHADIJAH'

Dia: U know kan sape yg proposed dulu.

Aku : Yep, Adam memerlukan Hawa lalu dia minta Allah jadikan pendampingnya. So terciptalah Hawa. Tp dalm cinta Nabi kita, Siti Khadijah yg terlebih dulu melamar Nabi Muhammad melalui org ke 3. 

Dia : So, xsalah kan i f u start 1st. Terima atau tidak that not the point. Xsalah perempuan yg mulakan dulu tp kena pastikan hati kita memang betul2 utk dia la.

Aku : But i'm afraid. Kadang2 tertanya2, layakkah aku untuk dirinya.

Dia : hmmm, see ur face at the mirror. What u can see. Ur face right dan bukannya orang lain. Tanya pada diri, Allah dah jadikan kita sempurna. Sepatut kita bersyukur, bukannya kita bertanya layakkah kita utk dia. Siapa kita utk bertanya soalan spt itu. Allah yg Maha Sempurna, semua manusia ada kelemahan masing2. Awak dan dia adalah sama, sama2 makhluk Allah. Just trust urself. Soalan spt itu hanya akan membuat kita makin rasa rendah diri. Padahal kita adalah sama. Menghirup udara yg sama yg dianugerahkan oleh Allah.

Aku : I know tp nak dibandingkan dengan orang lain apa yg sy ada. Comel pun x, baik pun x, kaya apatah lagi. There is nothing that i have only kasih buat dirinya yg semakin lama makin bercambah. I think i have to stop before it grows more. I afraid that i will lose him as my friend. Biar rasa ini Allah je yg tau.

Dia : Have u done ur istikharah?

Aku : I have done my istikharah and i've got the answer already. Makin saya menjauhkan diri semakin dia dekat. Setiap kali lepas solat i will make a do'a. Kuatkan rasa kasih di dalam hati kami terhadap antara satu sama lain jika dia betul2 untukku. Dekatkan kami andai dia adalah jodohku dan seandainya dia bukan untukku jauhkan hatiku dari rasa kecewa. Cinta buatnya membuatkan sy makin dekat dengan Allah. Cintanya membuatkan Cinta sy buat Allah makin kuat sbb sy xnak ia hanya mainan perasaan semata2. So i let Allah menentukan segalanya. Saya tau dia hanya anggap sy sebagai kawan tidak lebih dari tu. Sebagai kawan yg menjadi tempat utk bercerita dan kami selesa begitu. Sy tak boleh tgk dia sedih that why i will always be with him. Sy penat bertepuk sebelah tangan, penat utk rasakan kekecewaan lagi. Sy xnk disebabkan perasaan sy ni hubungan persahabatan terputus. So i need to stop this feeling, i can't but i will try.

Dia : If u think that he is ur 'jodoh' pertahankanlah. Allah dah beri jalan untuk awak so kenapa nak lari dr semua ni. Rasa cinta tu kan Allah yg bagi. Dia yg membolak-balikkan hati kita. Kadang2 jadoh kita hanya berada di depan mata je, tp kerana takut kecewa kita hilangnya. Awak sendiri pernah rasakan kekecewaan tu kan. So kenapa takut utk mencuba lagi. I know that u r strong enough.

Aku : Yep disebabkan pernah kecewa la jdi gini. I took a year to forget my ex boyfriend. Its not easy and its takes a time for me to forget everything. At the same time i lose my dad too. 2 berita dalam hari yg sama betul2 menguji diri tmbah2 masa tu adalah Final exam. At the afternoon he message me suruh sy cari orang lain sebab dia baru je bertunang and at the evening i got a call that my dad passed away. But i forget about him and just focus on my dad. And i fail all my final paper n i need to extend but i know ada hikmah disebalik semua ini. Allah sentisa bersama sy.

Dia : See, as i said u r strong enough. Mana ada perempuan yg dapat menerima berita kehilangan 2 orang yg tersayang dalam masa yg sama. Betapa beratnya dugaan yg Allah bagi untuk awak adalah tanda DIA sayangkan awak. Allah xkan menduga hambaNya jika hambaNya tidak mampu untuk menanggung tp Allah tau awak kuat. Allah sedang menduga iman awk.

Aku : Let by gone be by gone. Sy dah maafkan dia pun, walaupun dia ada mencari sy tp xpernah sy bg peluang tu kat dia. I still can not face him walaupun dah lupakan semuanya. Sy doakan dia bahagia bersama bersma isteri tsyg dan anak dia yg baru je lahir.  

Dia : Dia dah bahagia so u need to find ur own happiness. Sampai bila nak hidup hanya fikirkan orang lain walau diri awak yg terluka.

Aku : Tapi sy puas bila melihat orang2 yg sy sayang bahagia. Hati sy gembira melihat mereka bahagia.  Kelukaan dan kesedihan sy adalah utk diri sy sendiri. Xperlu di khabarkan kepada orang lain. Sy tidak sanggup mereka sedih bersama2 sy. 

Dia : Sampai bila?? Mungkin awk puas bila melihat orang lain bhagia tp macam mana dengan kebahagiaan awk sendiri. U need to find ur own happiness. Awk pun berhak untuk bahagia macam org lain..hahahaha

Aku : Kenapa gelak? Saya ada wat lawak ker?huhuhu

Dia : Xla, but i am happy with u. Happy bila bercakap pasal hati, perasaan, ketakutan dan kekecewaan. Ketakutan yg berada dalam diri awk perlu awk buang. Face the reality, don't run away from it. Orang yg matang akan berani utk menghadapinya bukan lari darinya. Semua orang akan merasakan kekcewaan dalam dirinya sebab kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan. Jangan bila kita telah kehilangannya baru kita akan tersedar kita sayangkan dia.

Aku : Macam mana kalau di reject lagi, sy bukan macam perempuan lain.

Dia : Just trust urself. Cinta tidak semestinya memiliki. Cukuplah awk sayangkan dia dan awk benar2 yakin. Cinta itu akan datang tanpa kita sedari malah kita rasa di masa yg salah dia datang dan jangan menyiksa diri kita dengan menganggap bahawa cinta kita tidak diterima. Berilah cinta tanpa mengharapkan balasan. Percayalah pada diri bahawa cinta yg kita berikan seadanya takkan bertepuk sebelah tangan. Teruskan berdoa, insyaAllah Allah Maha Mendengar dan Maha melihat.

Aku : Thats true. Cinta memerlukan pengorbanan kan? Give and Take is important in love. So xsalah jika sy yg memberi tanpa mengharapkan balasan. Xpela, biar Allah je yg menentukan. Sy yakin dengan janjiNya. Jika memang benar dia utk sy Allah akan permudahkan segalanya jika tidak sy redha. Silence is better. Thanks a lot. 

Dia : I will protect U like my sister eventhough U are 10days older than me. hihihihi.. Anything to share just tell me.

Keep Smile (^_^)

melangkah ke angka 26

  Tahun 2012 dimulakan dengan kegembiraan dan semoga tetap bahagia di tahun ini. Bertambah lagi 1 angka dalam usia. Sedar tak sedar dah 26 tahun aku ni. Umo yg makin meningkat, amal masih sedikit, dosa makin bertambah.huhuhu~ Just a number, diri masih muda remaja lg. Tak nak mengaku lagi tu.kuang2~~ Sedar diri la, awak tu dah jdi mak ngah dah.kahkah~~
  2011 yg telah ditinggalkan seakan menutup tirai pelbagai kisah yg berlaku dalam hidup seorang aku. Segala suka, duka, tangis, tawa dan air mata akan menjadi kenangan yg tidak mungkin dapat aku lupa. Segala pahit, tawar, masam dan manis yg berlaku dalam hidup memberiku sejuta pengalaman yg menjadikan aku lebih kuat dalam melayari hidup ini. Segalanya akan terlipat kemas dalam sanubari.
  Hidup aku bakal berubah pada tahun ni. Study dah sampai ke penghujungnya. Setelah 4 tahun berhempas pulas untuk menghabiskan degree ni, adui. penat sudah. Hadiah ni untuk arwah ayah, ibu dan abang tersayang. Memaksa diri untuk belajar amat payah aku rasa, tp demi orang tersayang i'm still trying. Mengingatkan janji aku kepada arwah ayahla aku teruskan juga. Alhamdulillah, walaupun hampir tersungkur akhirnya tidak sampai sebulan pn lg aku akan habis belajar.
  Kerja masih xdapat, xkn nak goyang kaki kot. Tiba masa untuk aku menanggung ibu dan adik plak. Hidup masih tidak berubah, asyik memikirkan ibu, adik2 dan orang2 sekeliling instead of diri sendiri. Kalau aku xfikir sape lg nak fikir diorang kan. Along baru je dapat anak, so tanggungjawab dia makin bertambah. so now its my turn.
  Apakah sudah tiba masanya untuk aku menumpukan sepenuh perhatian pada diri sendiri tp aku puas bila aku tengok orang sekeliling bahagia. Salah ker ek, xtau nak fikir dah.
Yg aku tahu, tahun ni akan ada perubahan. Apa nak jadi, jadi la. Aku dah xkisah dah. Nak kata aku jahat ke, xsayang dia ker aku akan buat apa yg aku rasa terbaik wat dia. Dah sampai masanya utk dia berubah. I think this is better for him because i love him so much. I just want to be a good sister, sory dik kalu tpaksa berkeras kali ni.
  Tengok along yg bahagia bersama isteri tersayang dan cahaya mata baru wat aku pun teringin nak ada anak. Gatal..hhaha..Sape la nak kat aku ni, xsedar diri langsung..kihkih~ tp harap2 cinta dari seorang adam utk aku datang thun ni dan dipenuhi dengan cinta dr Allah. insyaAllah. Apa2 pun tahun ni aku ingin menjadi lebih baik dr tahun2 sebelumnya. insyaAllah dengan izin Allah.