Monday 23 January 2012

Kelebihan VS Kekurangan

       Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah. Setiap manusia lahir dengan setiap kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kenapa perlu mempertikaikan apabila kita tidak mendapat sesuatu seperti yang kita inginkan. Dalam sebuah perhubungan seringkali kita mendengar ketidaksefahaman akibat dari ketidakboleh terimaan sesuatu hal atau perangai seseorang. 

       Padahal kita sendiri sedar bahawa setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan itu lah yang membuatkan kita lain daripada orang lain. Menjadi diri sendiri itu yang terbaik selagi kita tahu apa yang kita buat tidak akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

       Persoalan sekarang kenapa masih lagi timbul isu tentang ketidaksefahaman bila mengetahui pasangan tidak seperti yang kita inginkan. Kenapa kita masih tidak boleh menerima dirinya seadanya kerana itu adalah diri dia yang sebenarnya. Kenapa perlu mengubahnya menjadi seorang yang kita inginkan. Ianya adalah sama seperti kita memandang cermin dan melihat diri kita sendiri kerana ia adalah pantulan dari diri kita kerana kita mnegubahnya seperti yang kita inginkan. Membiarkan seseorang yang kamu sayangi menjadi dirinya sendiri adalah lebih baik kerana dia tidak akan menjadi hipokrit dan menunjukkan dirinya yang sebenarnya kepada kamu. 

       Kekurangan dan kelebihan yang ada di setiap pasangan yang membuatkan hidup kamu sempurna. Kerana ketidaksempurnaan tersebut membuatkan kamu saling melengkapi. Kekurangan kamu disempurnakan dengan kelebihan yang ada padanya dan kekurangan dirinya ditutupi dengan kelebihan yang ada pada dirimu, itu lah yang seharusnya ada pada setiap pasangan. " PRO AND CONTRA". Jangan sesekali mencari kesempurnaaan kerana kita tidak akan berjumpa dengannya kerana tiada yang sempurna melainkan Allah. Segala yang ada pada diri kita adalah milik Yang Maha Esa. 


       Seseorang yang pada pandangan kita berwajah cantik tidak semestinya berperibadi baik dan seseorang yang kelihatan biasa mungkin lebih baik. Semua wanita dilahirkan cantik sebenarnya kerana cantik itu adalah subjektif. Mata yang memandang tidak akan sama kerana penilaian setiap manusia adalah berbeza tapi yang penting penilaian Yang Maha Esa terhadap diri kita. Biar cantik di hati dari cantik fizikal kerana hati adalah Raja kepada semua pancaindera. Jaga Hati, Jaga Peribadi, Jaga Iman, Jaga akal dan jaga diri, insyaAllah kita akan selamat. Hiasi peribadi dengan iman di hati. Wallahualam.
Keep Smile ^_^

No comments:

Post a Comment