Wednesday 11 January 2012

~Silence is better 4~

Di saat ini hati mula gelisah
Dalam penantian penuh kesabaran ini
Kerana hatiku merasa rindu
Rindu pada insan yang ku cintai dalam diamku

Di subuh yang dingin dan sepi
Aku mula bermuhasabah diri
Adakah apa yang akan aku lakukan ini
Bakal memberi kesan yang besar dalam diri

Kekeliruan mula membelenggu diri
Keliru dengan diri sendiri
Kenapa semua ini harus kurasa
Sedangkan bukan ini yang kupinta

Salahku kerana cinta pada seorang teman
Salahku kerana menyayanginya lebih dari seorang kawan
Kerana aku cuma seorang insan
Yang mempunyai naluri yang sama seperti wanita lain

Sampai bila harus begini
Sampai bila harus bermain tarik tali
Perlukah aku lari dari semua ini
Perlukah aku menyepi

Semua yang aku fikirkan tentang mereka betul belaka
Adakah aku yang berada di antara mereka
Andainya aku berada di antara mereka
Akan ku cuba jauhkan diri dari dia

Sepatutnya aku menyedarinya sejak dulu
Aku tidak pantas untuk dirinya
Sepatutnya dari dulu
Aku menghalang perasaan ini dari membelenggu

Tapi siapalah aku untuk menolaknya
Perasaan ini hadir tanpa aku sedari
Mula bercambah dari hari ke hari
Kerana ia anugerah dari yang Esa

Aku tahu siapa di hatinya
Aku juga tahu siapa yang disayanginya
Dan kerana itu aku perlu berpijak di bumi yang nyata
Juga kembali pada asalnya

Mungkin masanya telah tiba
Untuk aku melepaskan segalanya
Menguburkan segala rasa yang sentiasa membelenggu hati
Mungkin ini yang terbaik buat kami

Apakah aku dapat membuang segala rasa ini
Itu menjadi tanda tanya buat diri
Kerana sekali kasih sayang bertapak di hati ini
Amat sukar untuk aku buang dan kikis dari hati

Tapi mencuba lebih baik dari tidak melakukan sesuatu
Aku yakin aku mampu
Kerana Allah sentiasa di sisiku
Dan aku tahu jodohku sedang menunggu kehadiranku

Jika cinta dia bukan milik aku
Jika cinta itu juga bukan untukku
Aku pasrah akan segalanya
Cinta yang aku beri ikhlas keranaNya
Kerana memberi lebih baik dari menerima
Dan kerana aku tahu Allah sentiasa bersamaku
Aku cintakannya kerana cintaku pada Allah
Aku redha akan segalanya
Andainya ini yang tersurat dan tersirat buatku


“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu. Melihat orang yang kita cintai menemukan kebahagiaannya adalah sama seperti kita menemukan kebahagiaan kita sendiri. Biarkan dia pergi untuk mencari kebahagiaannya sendiri kerana kita tahu kita mungkin tidak dapat membahagiakannya."


Keep Smile (^_^)

No comments:

Post a Comment